Wednesday, June 3, 2009

MENOLONG ORG TERSEPIT, AKU YG TERJERIT



Kebetulan terbaca entry Chime pasal hutang di blognya www.i-chimer.blogspot.com mcm ada connection jiwa pula kebetulan saya nak post kisah hutang kerana bebanan perasaan saya yg tertekan saat ini. Rasanya ramai dari kita yg pernah mendengar peribahasa 'Umpama Menolong Anjing Tersepit'. Peribahasa tersebut menggambarkan kita menolong org yg dalam kesusahan, tetapi kita yang digigit. Tapi dalam suasana saya lain pula situasinya...saya menolong, saya pula dikencing. Susah nak kenal hati budi kawan. Ada kawan yang jujur dan baik suka menolong kita mcm Mrs.X...tetapi kita tak berpeluang menolongnya kerana dia tak memerlukan pertolongan. Tapi saya ada beberapa kawan yang suka minta tolong, tetapi bila kita dalam keadaan sukar, mereka buat tak tahu, atau langsung hilang. Ini lah namanya kawan yg suka kencing kawan. Ada sorang kawan kerja dulu, selalu kesempitan wang. Mulanya kesian juga, lalu tolong juga pinjamkan...walau dia tak bayar setelah dua kali meminjam. Ingatkan dia berjudi atau ambil dadah, rupa2nya kehabisan wang sebab belanja lover dan ikut rentak lovernya. Dah tahu hal tu, saya malas dah nak bantu, biar dia meraung sekalipun. Ada sorang lagi siap sms minta bantu sebab dia dan emaknya di buru Along ( saya masih simpan smsnya ). Masa tu saya agak terhad wang, tetapi sempat juga pinjamkan dan kerana takut terjadi benda buruk, saya sanggup menipu boss kata ada client nak jumpa pasal Landskap, padahal saya berkejar ke bank yang jauh kerana bank yg dia minta bank-in tu Xde kat area Bangsar...area office saya. Bila perlu wang,saya sms X masuk2. Bila call,number dah tak berfungsi. Ada kawan sorang tu pula, keretanya dah nak kena tarik, ejen tarik kereta tahan dia masa nak ambil kereta kat Parking Area. Sibuk call saya minta tolong, siap cakap bossnya X beri gaji sebab cheque dari client mereka tak clear lagi. Walau masa tu tengahari panas terik, saya sanggup cross road berkejar ke bank, padahal saya tak nak keluar lunch sebab cuaca panas kat luar. Bayangkanlah...untuk isi perut sendiri malas nak keluar sebab panas, tapi sebab kawan susah saya sanggup redah panas. Tapi apa balasan kawan? tak ada, malah minta tolong lagi bila keretanya kena tarik bank lepas tiga bulan dari peristiwa tu. Bila saya tanya soal wang or hutang terdahulu, dia kata itu kira bossnya yg hutang. Saya kata "apa pula boss u yg hutang...? dia X bayar gaji U itu lain hal, saya pinjamkan sebab kereta U, means U la yg hutang'. Memang kengkawan kata saya bodoh nak tolong lagi, tapi kerana saya ni terlalu baik dan ingat budinya tolong hantar saya ke sana sini urusan audition dan urusan Stacy FC, saya tolong juga. Ialah, org berbudi...saya berbahasa. Tetapi bila saya berbudi...dia kencing saya. Duduk umah saya dgn adiknya ambil dua bilik, janji bayar...tapi dah dua bulan, dia pindah dgn keadaan rumah mcm sampah. Sebenarnya saya Xnak bagi dia tinggal, tetapi memikirkan kesian dan daripada saya sibuk kat restoran, baiklah dia tinggal. Memang pengotor, pernah saya tegur bilik adiknya busuk...dia mengamuk la pula. Sekarang saya call dan sms beberapa kali, dah senyap hilang, padahal rumah tu nak bayar, bil api dan letrik nak bayar. Aduh, memang tak guna kawan mcm ni, dia pindah dgn hutang hampir RM7 ribu, some of my things pun kena angkut dari rumah. Terkejut tengok umah mcm tongkang pecah, tilam...trolly baju dan yang lain2 kena angkut sekali. Keji betul kawan mcm ni.Memang ada barang dia tinggal kat tempat saya, tapi benda tu ntah berapa harganya kalau tolak kat 2nd.Hand shop. Ada kawan sorang kawan tu pula, berhutang baju...saya juga tolong bayarkan sebab nak jaga nama persatuan, padahal dia yang hutang balance RM750.00 tapi saya juga yang kena bayar. Bukan cakap apa la, wang saya ada di sana-sini, sangkut sana sini. Kiranya saya ada wang, tapi bukan dalam tangan, tapi dengan kawan2 dan beberapa persatuan saya. Kawan susah kita bantu, tapi bila kita susah...siapa yang bantu? Hmm...

13 comments:

rizz said...

aduss sedhnya bce cte abg kos ni..tp abg kos mmg pemurah n baik ati.so proud of u:)..tp kna bhati hti pilih kwan pasni...

Anonymous said...

Bro kena positif, tiap perbuatan baik bro tu maybe X dibalas baik oleh kawan, but tuhan akan kreditkan. Dan pada mereka yg perdayakan bro tu akan dapat balasan juga, trust me- Amirul

MY HEART & MY SOUL said...

U kena tabah, setiap perbuatan baik akan di balas baik oleh tuhan ...walaupun kawan yg U tlg X balas kebaikan U. I ingin kenal u lebih lagi...so proud ada kawan sebaikmu

arep said...

ish .. memang nak citer tak abes kalau bab2 hutang piutang ni..

apapun.. kena ada pengorbanan.. siapa yang terkorban tataulah

chimera said...

U memang ada ciri-ciri sahabat yg baik... sahabat yg baik bukan bersama kita masa ketawa je, masa menagis pun dia akan turut menangis sama...

tapi biasalah, yg selalu kena pijak kepala ni selalunya orang yang baik-baik je... sebab baik, orang suka ambik kesempatan.

Sebab tu lah orang tua-tua cakap, "buat baik berpada-pada..." Tak apalah. setidak-tidaknya boleh dijadikan iktibar pd diri kita supaya tidak terlalu mempercayai sahabat-sahabat yg mcm hanjeng perangainya...

kesian pd kos... tak pe, satau masa diaorg semua tu akan dpt balasannya... Tuhan tu adil.

chumi said...

kwn makan kwn...nie chumi x suka nie...huhuuu...x per kos..1 day tuhan akn balas jasa kamu!

Heartless Devilish said...

relax la kos.. bawak bersabar...k?
aper2 bgtau la aku.. kiter share masalah sesama

LIZA WORLD said...

Kesiannya, U jgn la terlalu baik kat org, nanti org ambil kesempatan selalu. Zaman sekarang ni, bukan jer kawan makan kawan...tapi saudara pun makan saudara...ada terjadi

Kos Serani said...

RIZZ, Xpe la...kurang2nya pengajaran utk kawan2 yg lain agar jgn terkena.

AMIRUL, Thanx so much.

MY HEART, nama u siapa ya? susah nak panggil my heart. Xde la...aku niat nak bantu kawan, sebab bila kita susah nanti...kawan yg bakal bantu.

AREP, tu la, tapi kisah ni teladan utk kawan2 lain...

CHIME, thanx...betul kata kamoo tu.

CHUMI, susah...kan kita tak tau hati budi kawan.

REEN, thanx so much...kamoo sangat baek, susah nak cari,tapi hati2...jgn terkena mcm saya.

LIZA, thanx so much

iyllienaz said...

siannye..kdg2 terpikir jugak..dorg tu xrase pape ke bile idup penuh dgn utang n nyusahkan org laen??

Kak Nab Bekung Sekilo said...

kak nab rasa kak nab tau saper2 yg en kos kiter tuju coz kak nab nih antara yg paling rapat dgn en kos..dan kak nab nak tabik spring sbb en.kos luahkannya dlm blog biar satu dunia tau saper makhluk laknat durja yg buat keja2 keji tuh..(fuhh istigfar jap kak nab sbb dah terlahar org) moga2 klu dia terbaca blog u dia insap..
utk ms nih..biar lah org2 yg kerjakan u tuh idop dlm dunia diaorg sbb kak nab percaya pd karma (bkn terpesong k) maksub kak nab setiap perbuatan pasti ad balasannya..so just wait n see jer lah..hu3x~!! ok lah kak nab nak temankan adik bendi gi shopping makanan hamster jap..chow~!!

Anonymous said...

betul gak ko ckp, even kawan lama, atau adik beradik saudara sendiri pun boleh tikam kita, nikan pulak kawan yg baru kenal.Biar masa je menyedarkan dorg. Sebb bila keep on repeat same mistake nanti dorg pun akan sedar.-sshry

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.