Thursday, February 10, 2011

STACY & KOSE DI TV9, "APA SAJA... FBI"

Jika mahu melihat lakonan mantap saya dengan pelbagai reaksi, sedih...serius dan marah, nantikan kemunculan saya bersama Stacy di TV9 dalam rancangan "APA SAJA... FBI" pada 18.hb.Feb.2011 jam 8.30 malam. Sebuah program baru seperti "Alahai Fafau" dengan format yang segar dan terkini. Bermula dari berbincangselama seminggu dan selepas itu pula meeting bersama Faizal Ismail FBI dan penerbit serta krew di Primework Studio bandar Utama, sehinggalah ke lokasi sebenar di Uncle K Kopitiam Taman Tun dr.Ismail, akhirnya rakaman program ini berjalan dengan lancar tanpa cut dan ulangan. Syukur lakonan saya mendapat pujian dari penerbit dan abang Faizal ismail. Tapi yang pentingnya, akan ada lagi undangan selepas ini selepas rancangan 'PERJALANANKU-STACY', 'APA SAJA... FBI' dan tunggu lagi offer berikutnya. Yang penting baju yang saya pakai bukan sponsor dari mana-mana seperti kebiasaannya disediakan stesen TV, tapi design saya sendiri

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.