Tuesday, November 24, 2009

JUARA LAGU 24 DIMONOPOLI ARTIS REALITI DAN INDIE

Setelah membaca review, komen dan pandangan dari beberapa akhbar dan majalah, hati saya terpanggil juga hendak menulis mengenai lagu-lagu yang tersenarai ke Juara Lagu 24. Harian Metro ada menyatakan Misha Omar satu-satunya penyanyi senior yang tersenarai ke final...padahal ramai yang tidak sedar ( wartawanpun ramai yang tidak tahu ) bahawa Alyah adalah seangkatan dengan Misha Omar...malah telah lebih awal membuat album sulung pada awal tahun 2000 lagi semasa era EMI masih kukuh. Ramai wartawan yang tidak tahu sangat tentang fakta, sama macam lepas menang Malaysian Idol, Jac buat album...ramai wartawan yang kata album sulung Jac, padahal Jac telah merakamkan album sebelum Era Millenium lagi iaitu sebelum tahun 2000 semasa lagu-lagu berkonsep ala-ala ABOT dan Cranberries yang popular dengan lagu Zombie. Rentak tersebut disebut Musik Alternatif.

Berbalik pada senarai 24 buah lagu yang layak ke final, sebenarnya Juara Lagu mempertandingkan lagu...bukan pertandingan penyanyi. Tapi maklumlah di malaysia ini, peminat lebih suka mengaitkan lagu pada penyanyi dan bukan pada pencipta. Lalu orang bukan sebut " Eh!!! lagu Edry masuk Final Juara Lagu"...tetapi Orang bersorak-sorai menjerit " Yeah!!!...lagu Stacy layak Ke Juara Lagu...". Begitulah senario dunia hiburan kita pada masa ini. Saya ada banyak membaca review bukan hanya dari pandangan wartawan, malah pada pandangan blogger-blogger juga. Ada yang hanya sekadar menyenaraikan lagu-lagu yang ke final dan ada juga yang memberi komen tentang lagu mana yang layak dan tidak sepatutnya ke final. Aku sebenarnya telah tahu lagu Stacy akan ke Final sebelum Semi Final pertama bermula lagi. Malah aku telah pesan pada RYO di Sarawak agar menempah tiket pada 10hb. Januari 2010 ini. Malah telahan aku lagu Black, Tomok dan Faizal Tahir pasti akan ke Final benar belaka. Sama macam tahun lepas bila artis realiti Ayu dan Faizal Tahir ke final ...sama seperti yang saya jangka.

Ramai Yang tidak sedar Alyah dan Misha Omar adalah artis dari program realiti juga, menjadikan pertandingan kali ini didominasi oleh artis-artis kelahiran program realiti dan artis Indie. Antara senarai penyanyi yang beraksi ( bukan bertanding ya, kerana lagu yang dipertandingkan ). Cuma pada pendapat saya, sepatutnya persembahan terbaik dikembalikan kepada peminat yang mengundi melalui sms dan oleh bukan pengadil. Cukuplah lagu yang diadili oleh juri profesional.

1.PAKAI BUANG - STACY ( AF6 )

2.MASIH JELAS - HAFIZ ( AF7 )

3.RINDU TERHENTI - TOMOK ( OIM 3 )

4.PERGI - AIZAT ( AF5 )

5.BENCINTA - FAIZAL ( OIM1 )

6.KAU AKU - AIZAT ( AF5 )

7.BENGANG - AKIM ( AF7 )

8.AKU RINDU SAYANG KAMU - BLAKE ( MENTOR 3 )

9.CINTA ADAM & HAWA - MISHA OMAR ( BINTANG RTM )

10.TAK MUNGKIN KERANA SAYANG - ALYAH ( BINTANG HMI )

11. AURORA - ( INDIE BAND / AF4 ( RICH )

12.AKU SKANDAL - HUJAN ( INDIE BAND )

13.SITUASI - BUNKFACE ( INDIE BAND )

14.DAN SEBENARNYA - YUNA ( PENYANYI SOLO INDIE )

kalau dilihat dari keputusan terbaru Juara lagu lepas banyak berpihak pada kumpulan Indie seperti ...

- ITU KAMU - ESTRANGE ( pemenang JUARA LAGU ke 22 )

- LAGU UNTUKMU MEET UNCLE HUSSAIN ( pemenang JUARA LAGU ke 23 )

Kalau format penjurian masih sama iaitu mencari sesuatu yang segar dan baru, tidak mustahil lagu kumpulan Bunkface pula meneruskan tradisi Juara Lagu dari kumpulan Indie. Tapi pada pandangan peribadi saya, tidak eloklah jika juri diberikan panduan format sedemikian kerana kalau betul format telah diberi panduan pada juri, tidak payah lagi pertandingan Juara lagu. Buat saja pertandingan lagu-lagu Indie jika mahu mencari sesuatu yang segar dan baru. Katakanlah ada 3-4 lagu segar dan baru, lalu buat apa pencipta lain buang masa dan penyanyi keluarkan modal cari props , sewa baju, bayar penari, penyanyi latar dan sebagainya edangkan dah sah-sah tahu lagu mereka tidak akan menang. Pada pendapat saya, setiap tahun corak penciptaan lagu berubah dan berbeza dari satu lagu ke satu lagu walaupun iramanya Balada atau Rock. Kita bukan lagi di zaman Rock kapak atau di zaman kegemilangan Slam dan Spring yang lagu mendayu-dayu tangkap leleh dengan irama similar atau hampir sama dari satu lagu ke satu lagu eperti lagu ciptaan Eddie Hamid dan Saari Amri pada masa dulu. Kalau nak kata cari kelainan, dangdut mix Rock pun kelainan.

Kalau nak juga kelainan, lagu-lagu Rock mix Rap atau Joget mix irama bhangra pun sesuatu yang unik juga. Atau memang Juara Lagu ini mengikut trend seperti dulu Irama Balada, lagu Aishah ( Janji Manismu ), Fauziah Latiff ( Teratai layu Di tasik madu ) menang. Bila muzik beralih ke Irama Rock, Lagu Search ( Isabella ), Shima ( Teringin ) & kumpulan Mega ( Bayangan Gurauan ) pula menang. Bila irama Nasyid dan irama padang pasir menguasai persada seni, lagu M.Nasir dan Yassin ( Mimpi Laila )pula menang. Jika masih lagi Juara Lagu ikut trend muzik sekarang, iaitu lagu-lagu Indie, baiklah semua pencipta lagu mencipta lagu Indie sepanjang tahun ni kecuali tidak mahu bertanding Muzik-Muzik...kerana jika calonkan lagu Irama Etnik kreatif atau Balada atau Pop dah sah-sah tidak akan menang. Pertandingan Juara Lagu sepatutnya tidak berkiblatkan mana-mana rentak muzik agar pencipta kita bebas berkarya dan tidak tertumpu ke satu jalur musik sahaja kerana hendak menang atau mengikut trend semata-mata. Biarlah Irama kita pelbagai warna demi memeriahkan industri seni kita yang tidak layak lagi dipanggil INDUSTRI SENI kerana industri itu sendiri bermaksud sesuatu yang pesat membangun tetapi persada seni kita semakin lesu.


Tuesday, November 17, 2009

EDWIN TERPILIH PULA TOP 12 MALAYSIA INTERNATIONAL MAN MODEL SEARCH 2009


Wah...wah...wah, murah rezeki dan bertuah sungguh Edwin kerana setelah terpilih dalam program pencarian Ford models kendalian Supermodel Amber Chia, kini dia terpilih pula sebagai Finalis atau TOP 12 pertandingan dunia peringkat Malaysia iaitu International Man Model Search 2009. Juara peringkat ini akan mewakili Malaysia ke pertandingan peringkat dunia pula.


Nampaknya sebaik sahaja beraksi di pentas Runaway Koleksi Nur Arfa Batik, anjuran Stacy's Frenz ...model-model yang terlibat semakin popular antaranya, selepas itu Afiq telah muncul dalam majalah REMAJA dalam ruangan HERO bulan lepas dan majalah YEZZ. Manakala Farish Ziegler pula muncul dalam MINGGUAN PERDANA keluaran minggu ini ( sedang dalam pasaran ) dan kini peluang berganda Edwin pula.


Pada Edwin, menang atau kalah bukan persoalannya, menjejakkan kaki ke Final adalah pencapaian yang cukup hebat kerana saingan antara beratus orang itu dah cukup dasyat. Saya tahu betapa susahnya hendak melayakkan diri menjadi Finalis. Teringat saya semasa mengikuti pertandingan MANHUNT 2005 di Orange Club, letih beratur dan menunggu giliran dari pagi hingga ke malam. Lepas pengumuman TOP 40, peserta di bahagi pada 4 bahagian 1st. Heat 10 orang, 2nd.heat 10 orang, 3rd.heat 10 orang dan 4th. Heat 10 ( sebulan ). Ianya sama seperti Semi Final Juara lagu. Nasib baik giliran saya 2nd.Heat, jadi saya sempat ke kelab malam itu dan melihat proses pertandingan dan pemilihan. Lepas it setiap heat akan dipilih 5 orang, menjadikan 20 orang ke Final. masa Final, aku terlepas ke TOP 10 pula. Masa TOP 10 ini agak mencabar kerana soalan diberi dan jawapan kita menjadi kayu pengukur samada kita beauty with brain atau tidak. Walaupun tidak mendapat 1, 2, atau 3...tetapi melayakkan diri ke final adalah kenangan paling manis pada saya. Good luck untuk Protege ku...Edwin.

MAAF TIDAK DAPAT LETAK SEMUA PIC FINALIS KAT BAWAH NI


AHYA, PERNAH BERAKSI CATWALK MASA "MAJLIS RAYA STACY" TAHUN LEPAS. PIC NYA ADA DI BLOG RIANA JUGA DIA BERGAMBAR DI KOLAM DENGAN SELUAR DALAM KUNING BERSAMA RAKANNYA.



EDWIN YG BERASAL DARI SABAH DAN TERLIBAT RUNAWAY SHOW "WARNA-WARNI AIDIL FITRI STACY & CHAQ"











PIC ATAS. MR.TARO...WINNER WORLD INTERNATIONAL MAN MODEL SEARCH TAHUN LEPAS 2008











Sunday, November 8, 2009

EDWIN ANTARA PILHAN AMBER CHIA UTK FORD MODEL

Anak didikku terpilih sebagai FORD MODELS SUPERMODEL OF THE WORLD MALAYSIA 2009. Bukan kerana sebab dia asal Sabah dan kebetulan Amber Chia dari Sabah juga ( untuk rekod, keluarga Amber berpindah ke Sabah dari Ipoh masa dia masih kecil lagi ). Dalam ramai-ramai model yang terpilih, memang semuanya tinggi 6 kaki dan ke atas, tetapi wajah Etnik yang Edu miliki adalah faktor penting selain tinggi dan bodynya yang kekar dan mantap. Wajah-wajah lain dah terlalu biasa dan similar ala-ala Pan Asia atau Arabic look.
Ingat lagi dulu bila saya paksa dia join Modelling, dia kata layak ker? boleh ker? dan macam-macam alasan yang membuat aku tambah geram. Untuk menjadi Model atau memaksa orang menjadi Model, kita harus ada pendekatan. Pertama sekali menaikkan semangat dan keyakinan diri. Kedua memberi peluang atau jalan dia buat Modelling. Bukan setakat kata "EH...KAU BOLEH LA...". Benda ni tidak akan membantu. Ibarat kita kata "EH...KAU BOLEH KE KK LA". Kalau setakat cakap saja macam tu, orang tu tetap akan berada di KL. Kita kena belikan dia tiket, hantar dia ke airport, barulah dia boleh sampai ke destinasi itu. Perlu beri latihan dan mencari peluang untuk dia memulakan langkah. Bila orang itu telah dilatih, dan berpeluang memulakan aktiviti Modelling, secara tidak langsung semangat dan confidentnya akan terserlah. Bila dia berkeyakinan tinggi, orang yang menguji bakatnya akan nampak dan yakin mereka tidak salah pilih. Setelah aku gesa banyak kali, akhirnya hatinya cair jua. Setelah beberapa kali mengajar dia Catwalk, mengajar pose depan kamera dan mengajar dia memek muka dan cara cari mood untuk bergambar, akhirnya keyakinan diri Edwin datang ibarat elektrik. Sejak dari hari itu, dia tidak berpaling lagi dengan muncul beberapa fotoshoot dan stage show. Bukan semua Model berpeluang ke Runaway Show...kerana ramai yang hanya muncul dalam majalah atau iklan atau peragaan pentas biasa, tetapi Edwin telah muncul dalam Runaway Show. Nantikan kemunculan Edwin dalam realiti Show dikaca TV anda tidak lama lagi. To U Edwin, Congrats...















KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.