Sunday, August 31, 2008

FOTOSHOOT FOR "NUYOU" MAGAZINE

Fotoshoot kali ni berjalan dgn lancar, namun percaya atau tidak, bakal keluar hanya satu muka sahaja...tetapi untuk fotoshoot memakan setengah hari dan interview pula memakan masa sejam lebih. Mula-mula busy dgn kamera dan photografer dan lepas tu pula di interview oleh wartawan majalah ini...iaitu Andy. Interviewnya dalam bahasa Inggeris, tapi akan di alih bahasa ke bahasa cina untuk siaran nanti. Photografer kali ni perempuan, percaya atau tidak, selama menjadi model majalah, iklan poster dan iklan pelbagai brochure...inilah kali pertama saya bekerja dengan Photografer wanita, tapi dia bagus dan kaya dengan Idea, manakala angle yang dipilih sangat menarik.
PERNAH NAMPAK MAJALAH NI? MESTI RAMAI YG TAK PERNAH, TAPI IANYA ADALAH MAJALAH YG BEGITU VOGUE. CHINESE MAGAZINE NI BEGITU POPULAR SEBENARNYA.
DAPAT JUGA SENASKAH MAJALAH NI...BIARPUN AKU TAK PANDAI BACA, CUKUP UNTUK BELEK-BELEK BUAT RUJUKAN AGAR AKU TAHU APA KONSEP YANG MEREKA TAMPILKAN UNTUK MEMUDAHKAN FOTOSHOOT DGN AKU. WARTAWANNYA ADALAH ANDY CHEE, KECIL JER ORANGNYA.

THIS IS THE LADY PHOTOGRAFER...WAS BUSY CARI ANGLE DAN TEST SEBELUM MEMULAKAN FOTOSHOOT.



LAMPU NI DI INSPIRED DARI SNOOPY...DAN DIBERIKAN NAMA SNOOPY JUGA.



NI LAH GAMBAR SETELAH DIEDIT...CANTIK...KAN? TERUNG TU PULA BUAT NAMPAK CONTRAS DAN LOOKS MORE EXOTIC.




GOTHIC...KAN? NI BELUM DIEDIT LAGI TAU...KALAU DAH...MEMANG LAWA.






NAH...TU LAH HARGA SEBENAR SNOOPY TABLE LAMP NI...RM4,845.00 ADA BERANI BELI?

CANTIK...KAN...SETELAH SIAP DIJADIKAN KEMASAN...LAMPU GANTUNG.


NI DIA LAMPU MAYDAY....DIA JADI MODEL UTAMA...DAN AKU JADI MODEL SAMPINGAN. BEGITULAH...KADANGKALA...OBJEK YANG JADI MODEL UTAMA, BUKAN MANUSIA.

NI MASA BUSY SNAP FOTO TABLE LAMP YG DIBERI NAMA BEDSIDE GUN.


NI LA PHOTO BEDSIDE TABLE GUN NI. KALAU NAK TAU...IANYA DISALUT 18KARAT EMAS ATAU 18K GOLD PLATED.


TENGOK HARGANYA...RM6,450.00...HUH...SERAM AKU TENGOK...TAPI LAWA...KAN?


ANOTHER POSE DEKAT ATIFICIAL GARDEN...AKU PUN KURUS LURUS MCM TIANG.

Memang seronok fotoshoot kali ni. Letih memanglah letih...tapi bila tengok slide-slide photo yang telah diambil...rasa seronok bila melihat resultnya. Tapi kena sabarlah ya...kerana semua ini akan hanya keluar pada December Issue...so check it out....cuma aku doubt, boleh ker...Kak Jah, Kak Umie Mia...Abg Jek N kak Jil, Riana...dan yg lain baca? Kalau Laura...confirm lah boleh...kalau dia tak boleh baca...sure si Laura tu Cina berangan Mat saleh heh heh heh.








Thursday, August 28, 2008

PELANGGAN TETAPKU NAK LEBIH...

TAK ADA PIC MCM TAK BEST, TAPI XDE PIC YG SESUAI, SO INI JER YG ADA DEKAT SIKIT DGN STORY, YG KARENAH MEREKA MCM BOLEH UKUR,BOLEH SCAN, BOLEH FEEL, BOLEH AGAK DAN BOLEH RASA TANPA SENTUH...CAMANA TU?



Agak lama tak update blog ni kerana busy yg teramat sangat. Blog terakhirpun dah 5hari lalu...bukan takde new story, ada banyak...tapi tahap sibuk ni memang tahap gila, tahap cipan kerana banyak projek yg kena siapkan before Raya dan ada yg dah nak serah kunci utk ceremony. Tapi kerana tak tahan sangat degan karenah PELANGGAN dan boss,aku nak post juga entri tentang ni kerana hatiku yang membengkak sangat.

Memanag susah menjadi aku, dengan kerja yg menimbun, nak juga buat part time model dan menguruskan Kelab Peminat @ FC. Disamping kesibukan kerja, hal peribadi...aku menghadapi dilema yang teramat besar dan sungguh membebankan. Masalah yang aku maksudkan adalah PELANGGAN. Memang betul customer always right, atau Customer is A king, tapi kerana pepatah yang dicipta itu, ramai orang yang sengsara kerana terpaksa tunduk pada pelanggan.

Pernah dulu aku kerja kat Hotel sebagai Front Office kat kaunter. Macam2 karena pelanggan, kalau mereka salahpun boss tetap suruh kami yang meminta maaf kerana asyik berpegang pada pepatah ntah siapa jadah yang cipta pelanggan adalah Raja. Kerja kat kaunter Hotel ni, kita tak lebih dari pelakon. Walau sedih, putus cinta atau nenek mati, tetap kena pose cantik, senyum satu kemestian dan ramah tamah ngalahkan GRO.

Oleh kerana sekarang aku bekerja dgn company yg supply ID thing dan semua berkaitan dengan Decor, maka aku terpaksa berjumpa ramai pelanggan yg VIP,Tip top dan Over The Top. Kalau soal layanan, kena lah aku buat yang the best of me. Masalahnya, aku ada ramai pelanggan Datin yang agak gatal,Adoi...susah aku nak cakap. Some of them bukannya nak buat dekor sangat. Boss aku pula satu, dia lagi la suruh aku layan lebih2...ikan besar katanya...so, aku pula ikan kecil...atau Anak Ikan?

Ada sorang Datin ni, dia memang beria-ia sangat. Selain selalu datang kat office aku, dia juga selalu datang bawa kawan2nya. Yang aku malas nak layan, setiap kali datang tu, asyik cerita hal yang sama, tapi tak deal2 juga. Selain asyik ajak keluar minum, dok sibuk ajak ke bungalownya yang katanya perlukan perubahan yang maha besar. Ntah apa yang besarnya, aku pun tak pasti, tapi perangainya buat aku rimas. Bila pegi umahnya, aku tengok serba-serbi ok...teratur, kalau nak ubahpun sekadar susun atur. bayangkan lampu yang mahalpun dia kata nak tukar lampu yg lebih cantik lagi. Lepas tu siap tanya, mengapa datang dgn kawan, aku kata dia training kat tempat aku, kena lah dia belajar banyak benda dan ikut aku.

Ada lagi seorang Datin ni, asyik cerita hal2 kotor jer ( lucah ) lepas tu sengaja bagi hint benda2 yang menjatuhkan maruah aku. Dia selalu kata orang Sabah sesuatu la, un predictable la, so misteri lah dan yang lucunya, dia kata Native guy so Ecotic. Boleh cakap macam tu? setahu aku exotic ni untuk makanan, atau Haiwan...kalau macam tu...aku ni Binatang exotic la? Memang susah dan serba salah aku sekarang ni...macam menghadapi jerung-jerung yang sedia lapar. As for me, aku suka benda yang aku buat kerana aku memang berkenan...kalau nak kata nakal, aku ni memang nakal tahap cipan juga, tapi aku ada prinsip. Dalam hal kerja aku serius.

Ramai kawan2 kata aku bodoh...tapi inilah aku,yang nakal dan gatal bertempat. aku selalu memikirkan hal2 di belakang. Kalau nak tahu, ada seorang kawan aku dibela Datin, siap kena bayar sewa Condonya tiap bulan, dan dapat kereta serta duit pula...tiap kali jumpa...kalau tak RM300-500 tak sah. Tapi duit tak berkat...kan, macam air aje...dan dia tak tahu ke mana duit tu. Yang sedihnya, kakinya patah sebab dipukul oleh org2 datuk kerana kantoi ada affair dgn Datin. nanti lah ada masa aku cerita hal dia, kerana aku dah lama away dari dia kerana takut terbabit dgn masalah dia. Yang lagi teruk, dia ni ada affair dgn Lelaki pangkat VVIP yg dah ada cucu, huh...lelaki perempuan dia layan, nanti la aku cerita kisahnya yg kemaruk duit tu...sanggup buat apa jer asal dapat duit, Hemm.......

Wednesday, August 20, 2008

PENGALAMAN KAT KG KAWAN DI PAHANG.

Aduh...tak dapat digambarkan dengan kata2 betapa seronok dan gembiranya aku bila dapat pergi ke Pahang yang tak pernah aku pergi lagi sebelum ini. Walaupun balik hari, tapi sempat juga buat banyak hal kat sana. Sebenarnya aku dan kawan2 pergi ke sana sempena majlis pertunangan abang si Fazlee dengan org sebelah kampungnya. Seronok rasa explore tempat orang yg sebelum ini hanya aku dengar dari TV masa di Sabah.
Macam pepatah, pergi ke kandang kambing mengembek, ke kandang harimau mengaum. Aku walaupun X suka dan X selesa memakai baju Melayu, tapi kerana menghormati tuan rumah dan majlis, pakai aje lah. Baju ni sebenarnya dulu lama dah di taja Oleh Riezman, ada lengkap dgn kain sampin yg bersulam benang Emas penuh sampin jer berharga RM400, thanx ya Riezman.
Kat Kg Fazlee ni redup, tapi tengahari kami tiba suasana agak panas, sempat minum fresh air kelapa utk basahkan tekak. Kalau kat KL, air kelapa yg dijual dah dicampur air dan gula,hilang rasa aslinya.
Tengok Kakak Ipar si Fazlee ni...dgn bunting-buntingnya beria-ia membawa hantaran ekekek.
kami sempat curi pose Fazlee masa bersedia membawa hantaran ke rumah pihak perempuan.
Sempat Juga bergambar kenangan dgn Faizal, dia yang drive ke Pahang hari tu.
Ni masa kami mula2 sampai kat umah pihak perempuan, aku goyang tangan jer sebab tak tau nak buat apa, 1st.time tengok cara orng kat sini bertunang.
Walaupun hanya bertunang, pihak perempuan tumbangkan dua ekor kambing. Tu, siap buat Gulai Kawah kambing lagi...but too bad, aku tak makan daging, so tengok jer ladan ratah lauk yang lain.
Sebaik jer lepas dari Majlis Pertunangan abg fazlee, kami mula melakukan aktiviti lasak. Kat belakang rumah Fazlee ada kebun dan kolam ikan. Aduh...rajin la mereka ni, kawasan penuh dengan pokok rambutan, manggis, jering, dan yang paling aku suka jambu Madu...erm..sedap.
Sempat bergambar kat tepi kolam, macam2 ikan ada kat dlam kolam ni, Lempam, keli, dan beberapa ikan yang aku tak tau nak sebut.
Mula-mula Fadhil dan Fazlee sauk ikan tersebut ( kat Sabah cakap Siut ikan ), tetapi ikan tu semua pandai lari dan ada yg melompat, akhirnya Fazlee keluarkan skillnya menjala.
Antara ikan yang kami dapat, ikan yg lain malu nak enter frame. Agak besar2 ikam yg kami dapat. Lepas tu mereka panggang ikan tu degan rempah lepas tu makan air asam. Sayur pulak aku ikut mereka petik pucuk ubi yg dimasak lemak cili padi, aduh...sedapnya. Sempat juga makan durian sebelum balik ke KL. Kira nasib aku baik lah sebab masa ni...kan musim buah.

Ini adalah Gua atau Gunung Cinta manis. Kat sini kata Fazlee tempat orang menuntut Ilmu Hitam dan Ilmu Putih. Dari dalam katanya gua ini bulat.

Sempat berhenti ditepi jalan nak ambil latar Gunung Cinta manis ni. Memang seram lah pulak, masa tu tengah azan Maghrib...mcm misteri pula...tengoklah kesan photo ini kabur mcm ada Infiniti disekitar aku.












Friday, August 15, 2008

DAPAT ANUGERAH BLOGGER KREATIF, EH...BETUL KER?, ALAMAK...TERLEBEY SUDA

Terkejut...kerkesima dan tersentak dari lena bila tetiba dapat Anugerah sebesar ini. Dah la tu, kena suruh berangan-angan dapat Anugerah yg besar ini sambil berucap ( Untuk merialisasikan dan buat ucapan aku hidup dan mcm betol, aku kena makan buah BERANGAN dan pisang BERANGAN...barulah angan2 tu mcm real nanti. Dan di bawah adalah hasil angan2 aku itu...
Hola...beratusafugharethehelafusamttipukimatillasaramanitut, sabar-sabar...aku tau la aku menang,tapi biar aku bergelek dan goyang bontot dulu untuk Warm-Up sebelum berucap.
Owh...my God....owh my God, i'm speechless u know ( tapi masih boleh bercakap...camana tu? ). Erm...sebelum itu, izinkan saya menadah tangan ke langit ( bukan MENADAH GERIMIS mcm lagu Ziana Zain tu tau )...I'm very thankfull to my God yg beri rezeki ini. Serius...sebenarnya saya tak sangka yang saya akan menang pada malam ini, tapi walau pun saya tak sangka saya akan menang, tapi saya sempat menyediakan ucapan ( sambil menyeluk kat kocek mengambil secebis kertas....boleh? ). Pada mak bapak dan famili sekelian, ucapan utk kamu nanti jer aku sampaikan kat umah...kang kena maki pulak oleh penonton dan wartawan kata..."MACAMLAH TAK JUMPA MEREKA KAT UMAH NANTI..".
Sungguh tak percaya, tak sangka dan saya tak sedia langsung ( sama mcm artis yg Propa tu ). Belom pernah dapat Anugerah seistimewa ini...sejak dari burung saya sebesar Pipit, hinggalah kini berubah menjadi garuda...ini lah Anugerah pertama yg saya pernah terima. Terus terang , saya katakan yg saya sememangnya kemaruk sangat nak dapat Anugerah ini, erm...well, akhirnya angan2 saya jadi juga kenyataan. Seterusnya saya nak tujukan ucapan terima kaseh saya pada para pengundi terutama PENGUNDI ATAS PAGAR yg sudi vote saya, walaupun ada yg sanggup pungut tin kosong dan jual kotak serta surat khabar lama demi mendapatkan wang untuk Afunmaki saya sebagai pemenang. Kiranya tak sia-sia saya memerah otak ( sampai kering otak saya mcm org isap gam tau ) semata-mata untuk mencari TAGLINE yg lain dari ALAMAK TERLEBIH SUDA, atau MESRAA....( sambil melambaikan waris jejari HANTU ...ala2 BobAF2 ). Setelah memerah otak dan kerana inginkan kelainan...tercipta la TAGLINE aku sendiri yg berbunyi "ALO...ALO...ALO, apa khabar Malaysia...Brunei, jgn lupa Afunmaki KOS...ALO...ALO...ALO... ( dgn nada sengau sebijik mcm Saiful Apek ) dan kerana bunyinya sengau mcm suara yg dikepit, maka Tagline "ALO...ALO...ALO..." ini telah begitu popular di kalangan Bapok-Bapok dan yg sewaktu dgnnya.
Seterusnya, saya ingin saya ingin mengucapkan beribu-ribu Lemon pada cik Riana yg Anugerahkan saya TAG Anugerah Kreatif ini yg dengar khabarnya hanya sekadar Anugerah menjaga hati...tapi aku peduli apa, aku anggap jer dia ikhlas tapi jauh ( la mcm lagu la pulak ). Cuma satu jer nak bagitau kat kamo Riana,walaupon kamo bagi Anugerah ni pada org laen...aku akan tetap rampas dari org yg dapat tu masa dia berucap kerana aku dengan rasa tidak malu merasa begitu yakin yg aku sahaja yg layak menerima Anugerah yg mengada-ngada ini. tidak lupa juga thanx so much pada Fan Club saya yg digelar KOSHARGA MURAH FC, kerana sanggup memungut barang2 kitar semula semata-mata untuk menempah Banner yg murah dgn kualiti gambar aku yg kurang bermutu itu. "KOSHARGA MURAH FC, sila lambai-lambai RATU kain rentang aku itu". Bukan apa tuan2 dan puan2 sekalian, aku takut kalau tak mention nama FC aku tu...kot2 mereka merajuk dan bakar rambut aku pulak. KOSHARGA MURAH FC...zillion thanx to U all guys n girls ( perlu ker girls? )...U all yg make it happen hingga aku berjaya meraih anugerah yg mengada-ngada dan ntah hapa-hapa ini.
TERIMA KASIH SEMUA...AWARD INI BUKAN HANYA AKU CIUM...MALAH AKAN AKU BAWA KE MANA-MANA SAHAJA, SEKALIPUN KE JAMBAN, DAN AKU AKAN AMBIL INSURAN UTK AWARD NI DARI KAK JEK@IZZU TU.

TAKPE LA TUAN2 DAN PUAN2...SAAT NI AKU HANYA MAMPU GOSOK AWARD NI KAT DADA, BALIK UMAH KANG...AKU GOSOK PULAK KAT BAJU2 SEMASA MENGGOSOK BAJU.
" LIHATLAH DUNIA"...NAH KAU...AKU TETIBA JADI BONGKAK DAN LUPA DIRI...LUPA DUNIA. NASEB BAEK TIDAK LUPA INGATAN HEH HEH HEH.




Thursday, August 14, 2008

APPY BESDAY TO REEN & BELATED TO LAURA

HARI NI ADALAH BESDAY REEN YG KE 30, DAN UTK MEMBERI PENGHARGAAN PADA DIA DAN JUGA LAURA, AKU DAN STACY FRENZ YG LAIN TELAH MEMBUAT PARTY TERKEJUT UTK LAURA ADDITIONAL KEJUTAN UTK REEN. SEBENARNYA DAH LAMA NAK BUAT SURPRISE UTK LAURA, BUT MASA NAK BUAT TU, ANN BERCUTI KAT PULAU DAN REEN PULA BUSY SANGAT NAK CATCH TIME DIA BARU BELAJAR. IKUT PERANCANGAN KONONNYA NAK SURUH REEN N ANN LEPAK KAT STARBUCK KLCC, N LATER AKU TETIBA DATANG BAWA CAKE...BUT TAK JADI.
KEBETULAN ADA MEETING STACY'S FRENZ, BUT REEN TAK DAPAT DATANG KATANYA, SUSAH NI, YG NAK DIBUAT KEJUTAN YG TAK BOLEH DATANG. NAK...TAK NAK, AKU TERPAKSA BONGKAR RAHSIA YG NAK BUAT SUPRISE KAT BESDAY LAURA, SO DIA PUN BERSEDIA NAK DATANG DEMI LAURA, SEMENTARA TEMAN2 YG LAIN MASIH TAK TAU PASAL BESDAY LAURA KECUALI RIANA ( ITU PUN AKU TERPAKSA BAGITAU KERANA DIA SOUNDS MCM TAKLEH DATANG JUGA ). SO, MLM TU AGAK RIUH RENDAH LA UMAH AKU.
NAK TAU APA WISH REEN B4 BLOW THE CANDLE? HEH HEH HEH MERAH MUKA DIA DAH
HAH...SIAPA YG MENGAMUK KERANA TERKEJUT SANGAT TU? ABIS LA KO RIANA....
SIMPLE FOOD, SIMPLE PLACE...BUT WE ARE HAPPY THAT NITE...KAMI BETUL2 UNITY
RIANA LAGI LA TRIPLE HAPPINESS MLM TU, HAPPY BESDAY LAURA, HAPPY BESDAY REEN...DAN HAPPY DAPAT JUMPA ANAK IKANNYA YG DIA KENAL MASA KONSERT SUPERSTAR,KAT MELAKA HARI TU
TADI OPENNING HAPPY BESDAY TO REEN...AND FOR THE CLOSING OF THIS ENTRY, I WOULD LIKE TO WISH APPY BELATED BESDAY TO LAURA...HOYIEH...HOYIEH...HOYIEH





Wednesday, August 13, 2008

DANAU HATIKU- ( JIWA KACAU PART II )

Bersendirian...menerima hukuman meninggalkan kau dahulu, lesu langkahku... ( Senyumanku ini adalah topeng kedukaanku ).
HANYA KAU YG MAMPU - ( AIZAT AF5 )



Ku cuba redakan relung hati

Bayangmu, yg berlalu pergi

Terlukis di dalam kenangan

Bebas bermain dihatiku



Cerita tentang masa lalu

Cerita tentang kau dan aku

Kini tinggal hanya kenangan

Bebas bermain dihatiku



Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi

Membuat ku terpuruk rasa ingin mati

Derita yg mendera kapan akan berakhir

Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku






Pantai itu aku,

Laut itu cinta

Yang sering datang dan pergi

Berulang kali

tapi dalam kadar pukulan ombak yg berlainan

Senja itu kesepian pantai

tatkala dia menjelma dengan seribu kebisuan

Pantai, Laut dan Senja bila di mana dan kenapa?




Sunday, August 10, 2008

KENA TAG OLEH ABG MOTOR BESAR@NIEZEARM

Kena Tag la pulak, tapi kali ni oleh bro Jek. Seperti mana dgn penampilannya yg ada gaya,Mutu dan keunggulan tu, Tagnya juga ada kaitan dgn penampilannya. Pasal motor, kereta, rumah dan gadjet. Nasib baik dari dia, kalau dari kak jah...alamatlah kena Tag pasal masak memasak, atau sekurang2nya pasal sayur, ikan dan kueh- mueh. Ok la, let's check it out...apa content Tag itu.

NAK BELI MOTOR?

NI LA RUPA MOTOR YG AKU MINATI...SIMPLE, KAN? MAKLUMLAH, SELAMA IDUPKU,
AKU HANYA ADA DUA MOTOR JER IAITU, SCRAMBLER ATAU KAT KG KAMI GELAR MOTOR BELALANG KERANA KEADAAN KG AKU YG BERBUKIT-BUKAU, AKU GUNA UTK KE PEKAN, MEMANG LASAK MOTOR TU PEMBERIAN ABG AKU. BILA DAH KERJA PULAK, AKU BELI MOTOR SCOOTER V100 WARNA PEARL BLACK,YG SEKARANG ADIK AKU PULAK GUNA DI KG.
TAPI KALAU DAPAT MOTOR NAKAL SI JOCKER NI LAGI BEST...HEH HEH HEH.
NAK BELI KERETA?
AKU NI BUKAN LA BERSELERA BESAR PADA KERETA, CUKUP SODAP MATA MEMANDAG...OK LA TU. NI MODEL YG AGAK LAMA, BMW 3 SIRIES 2006, RASANYA... SAMPAI MASA AKU MAMPU BELI,HARGANYA DAH JATUH MERUNDUN HEH HEH HEH.


KALAU KERETA PELIK NI...TAKUT PULAK NAK PAKAI, TERLALU MENARIK PERHATIAN


NAK BELI RUMAH?

AKU NI SUKA RUMAH YG JENIS PAPAN SEBENARNYA...MAKLUM LA, ASAL KG...BUT UMAH PAPAN TERBALIK HARGANYA, KAT KG MURAH DAN RUMAH BATU MAHAL...TAPI KAT KL NI, YG RUMAH BATU LAGI MAHAL.
NAK BELI GADGET?
AKU PAKAI YG SIMPLE JER...MCM KATA KAWAN AKU, KALAU NAK TUKAR...2 OR 3YRS LATER...SURE ADA YG LEBIH CANGGIH HANPHONE 6 DALAM 1.




Thursday, August 7, 2008

TUKAR DECOR LAGI

Nah...kau, cerita pasal hiasan dalaman lagi. Walau pon aku pernah disindir yg ruangan ni dah jadi mcm Casa Impian oleh Abg motor besar @ Niezearm tu...aku tak kisah. Abih, dah takde bahan nak post kat sini. Lagi pon aku pinjam semangat kak Jah tu, walau aku cerca banyak kali kata yg Blog dia tu dah jadi program memasak ala2 chef Wan...dia tetap kebal dan dengan rasa tak tau malu, meneruskan niat murninya memberi menu2 masakan. Thanx la kak Jah, aku bukan cerca pon...saja jer komen gurau2 manja kat Blog kak Jah tu. Kurang2nya, dapat juga aku belajar memasak dari menu Kak jah tu. Lagi pon aku tau, kak Jah post entri pasal masak-memasak tu kerana minat bermasak...bukan mcm kak Hotmama tu, minat masak sambil minat membedal sekali...tengok la body dia tu, heh heh heh.
NI LA TANDAS AKU, IANYA TERPISAH DARI BILIK MANDI. TIPS AKU, TANDAS ADALAH TEMPAT KITA MEMULAKAN HARI SEBENARNYA. NAK TAKNAK, KITA KENA PEGI SITU SAMADA NAK BUANG AIR BESAR/KECIL SEBAIK JER BANGKIT DARI TIDUR, SO BILA TANDAS CERIA...BERMAKNA KITA MEMULAKAN HARI DGN CERIA. SAMA MCM TANDAS KAK JIL YG BERSEH DAN CERIA TU.
RUANG TAMU DARI PANDANGAN HADAPAN PINTU MASUK, SIMPLE JER. BIARLAH SIMPLE..KAN, KALAU BANYAK BARANG MCM KAWAN AKU TU, RUMAH CONDO...PELAKON DAN PENGACARA LAGI TU,TAPI RUMAH DIA AZAB...TV KALAU DICALIT,HABUK TEBAL SEINCI, SINKINYA...BERKERAK...ADOI,PENAMPILAN OK,TAPI...RUMAH SEDIH. KALAU AKU SEBUT NAMANYA...MESTI KAMO TAK CAYA


KITA JARANG MANFAATKAN RUANG KECIL ANTARA PINTU BILIK, ACTUALLY BOLEH NAMPAK MENARIK DGN HIASAN YG SIMPLE.



DINING TABLE KATANYA, TAPI MOST OF THE TIME TAK DIGUNAKAN SEBAB TIAP HARI MAKAN KAT LUAR HEH HEH HEH, PATUTPUN KEMAS DAN TAK TERUSIK...KAN



KALAU NAK BUAT DECOR BARU, KITA TAK PERLU BELI PERABOT BARU, CUKUP MENGUBAH KEDUDUKANNYA DAN CAT BARU SAHAJA. THE MOST IMPORTANT, THE ITEM MUST BLEND WITH YOUR INTERIOR. BUKAN HANYA BAJU KAIN SEE THRU JER YG NAMPAK SEXY, KALAU LANGSIR RUMAH PUN SEE THRU, BUKAN HANYA NAMPAK SEXY, MALAH LIMPAHAN MATAHARI AKAN MASUK KE RUMAH, BAWA BERKAT DAN LAMBANG MURAH REZEKI KERANA RUMAH DIMASUKI CAHAYA.



TEMPAT LETAK KASUT, KADANG BUAT ORG SANGKA IANYA BERBAU, SO TO AVOID THIS, KITA LETAK LA HIASAN DAN DIGALAKKAN LILIN BERAROMA DILETAK, SELAIN MENGHIASKAN ALMARI KASUT, IANYA JUGA MENGHARUMKAN RUANG RUMAH.



BAK KATA PEPATAH, THE SIMPLE IS THE BEST, SO JGN JADIKAN RUMAH KITA SARAT SANGAT DENGAN PERABIT KALAU RUANGNYA TIDAK BESAR MANA.




Tu lah sedikit sebanyak perubahan decor rumahku. Nampak bezanya mcm jauh walaupun menggunakan perabot yg sama...kan?( sila rujuk entri bulan July ). Sementelah dah dekat raya ni...so ada lah sikit banyak panduan utk kakak2 yg jadi sahabatku sekarang ni kak Umi Mia, Kak Jah, Kak Izzu @ Jil, Kak Ayu Ayumie, Hotmama, Ita Itu dan Kak Senduk. Dah terlanjur kenal...kan, mana tau ada kueh Raya nanti aku terima...heh heh heh.







KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.