Wednesday, March 2, 2011

JADI MODEL PENGANTIN LAGI

Seronok juga jadi Model ni, boleh kahwin banyak kali. Kalau bulan sebelum ini terlibat fotografi untuk kempen iklan dan call card Pakej Perkahwinan dibutik pengantin di Shah Alam dan satu lagi untuk Poster Iklan dan album di SS2 Petaling Jaya untuk butik pengantin syarikat Cina, tapi kalai ini pula berbeza. Kali ini saya terlibat menjadi Model untuk majalah dan iklan serta brochure untuk Butik Pengantin milik usahawan Bumiputra seorang datin yang cantik jelita. Walaupun penant shooting pada malam sebelumnya, tapi saya datang lebih awal dari masa yang diberi kerana rasa teruja nak berkahwin lagi di dalam gambar. Tawaran kali ini agak lumayan kerana saya telah menolak dan mencadangkan beberapa rakan Model lain tetapi datin tu nak saya juga kerana kebanyakkan Model2 yang datang jambu2 belaka. Mereka tetap juga mahukan saya sebagai Model untuk kali ini. Sebelum ini mereka ada juga mengambil pemain bola popular Zaquan sebelum beliau mendirikan rumah tangga. Inilah antara pic yang dapat kawan saya ambil menggunakan kamera biasa dan handphone. Manakala pic terbaik dan siap diedit akan kita tunggu pada majalah dan brochure kelak kerana pihak jurufoto profesional masih menyimpan pic2 tersebut.
PERSALINAN UNTUK MAJLIS NIKAH

PERSALINAN UNTUK MAJLIS BERSANDING


KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.