Monday, January 19, 2009

LIKE FATHER, LIKE SON

Betapa kuatnya penangan Juara Lagu ke23 kali ini, sehinggakan ahli keluargaku sanggup datang jauh dari Tawau semata-mata untuk memberikan sokongan pada Stacy. Tapi yang pastinya buah hatiku datang juga . Seramai 8 orang datang pada 15hb Januari iaitu 3 hari sebelum Juara Lagu. Maka pada pukul 1.08 petang kapal terbang mendarat di LCCT.
Di perkenalkan, inilah dia buah hati ku yang mewarisi segala-gala yang ada pada diriku.
Dalam gelisah menanti, sempat lagi mengambil gambar jadual ketibaan

Manja dan nakal, memang mewarisi SIFATKU

Sempat membawa dia ke Taman KLCC untuk bermain, tapi X sempat mandi kerana kolam dah tutup
Suka buat memek muka, mewarisi KELETAHKU
Me and my mum 65yrs, mak aku baru pulih sikit dari stroke
Suka bergambar mewarisi TABIATKU
Suka senyum mewarisi ASETKU

Suka Pose di hadapan kamera juga mewarisi bakatku
Adeh...Xde pose lain selain PEACE tu ker?
Dia siap bawa BEDAK BATU atau kat sini kata bedak cina

Sejak kecil aku pakai bedak ni kerana sekeluarga hanya mampu membeli bedak ni. Bedak ni jimat dan tahan lama, kerana kalau bedak yg lain, bila dipakai...50% jatuh berhambur tetapi bedak ni tidak. Hingga kini kami suka walau dah mampu beli bedak yang lain, tapi yg pasti...dia mewarisi aku memakai bedak yg sama sejak kecil. Kiranya inilah model iklan bedak batu, wakaka.












Saturday, January 3, 2009

NAIK BOT PELANCONG BERSAMA ARTIS DAN PERSONALITI TV

Agak lama tak update Blog ini kerana kesibukkan yang tak terjangka. Selepas Party X'Mas 25.Dec, baru hari ini dapat update Blog. Bukan tak ada bahan, ada banyak bahan dan photo2 yang disimpan cuma tidak ada masa . Bayangkan dalam 24 jam, pagi hingga ke petang di set pengembaraan TV3, sebelah petangnya pula ke Penang, itupun sampai Penang dah tengah malam dan keesokannya selepas urusan di Penang tamat, berkejar pula ke KL untuk birthday anak buah Mrs.X. Dah sampai KL dah malam. Nanti la dalam post lain aku sertakan gambar dan ceritanya sekali. Berbalik pada program TV3 ini. Memang seronok bila dapat menaiki Cruise bersama penyampai TV3 dan artis-artis yang lain antaranya, Ifa Raziah, Sharifah Zarina, Dayangku Intan, Azizah ariffin, Ruhil Shafinaz, Nieyl Mentor, Lisdawati dan suami.
POSE DI DALAM CRUISE
SEMASA PENGEMBARAAN TENGAH BERLANGSUNG
BERGAMBAR DI DECK CRUISE


CANTIKKAN SETTING MEJA MAKAN NI...ERM.....

BARISAN JELITAWAN PERSONALITI TV3
ERM...BUKAN HANYA MINUMAN TU CANTIK PRESENTATIONNYA, MALAH SEDAP

LISDAWATI,SUAMI DAN SHARIFAH ZARINA SEDANG MENJAMU SELERA
LISDAWATI BERAKSI ALA-ALA MOVIE TITANIC SEPERTI WATAK ROSE
INILAH SHARIFAH ZARINA YG POPULAR DGN LAGU ' LANGIT KE 7 '

PEMANDANGAN CRUISE DARI LUAR
BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI

Ok, mungkin ramai yang ingin mencuba menaiki Cruise ini. Memang satu pengalaman yang menyeronokkan, harganya hanya RM200 berserta dgn set makan sekali. Tapi kalau anda naik Cruise ini, Xde la artis2 tersebut, kalau nak juga...kena la tunggu aku naik so...dapat la juga naik Cruise dgn Seorang Model Yang Terlampau wakaka.










KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.