Monday, February 15, 2010

MENDAPAT TAWARAN LECTURER

Setelah beberapa kali memberi taklimat tentang bidang perhotelan, tiba-tiba pula mendapat tawaran untuk mengajar di Kolej tersebut. Memang terkejut sangat kerana mulanya berjalan macam biasa di mana salah seorang Markering di kolej tersebut menghubungi saya meminta kerjasama untuk membawa para pelajar kolej tersebut melhat operasi dan aktiviti sebenar di hotel kami. Sebagai pengurus hotel, saya tidak ada masalah. Selepas itu, mereka minta pula saya untuk membuat taklimat kerana pelajar2 tersebut selain melihat aktiviti dan operasi hotel secara praktikal, mereka juga perlukan segala teori yang memerlukan penjelasan. Mengajar untuk bidang Hospitality ni bukanlah masalah pada saya, cuma perangai saya jer yang payah nak diubah, ntah2 lebih nakal dari pelajar sendiri heh heh heh. Ntahlah, nak kata ini semua rezeki atau apa. Hati pula berbelah bagi kerana saya sayangkan title bebas saya sekarang kerana jika menjadi lecturer, gaya dan cara kena berhemah untuk menjadi cermin dan teladan pada pelajar. Persoalannya sekaranag, to be or not to be.?. Pelbagai reaksi dari kawan-kawan di Facebook bukan membuatkan saya mudah membuat pilihan, malah menjadi semakin bingung. Hmm...

Saturday, February 13, 2010

"AF8,JOM BERKEMPEN PESERTA SABAH"

"Jom berkempen untuk peserta Sabah AF8 ni", getus sorang teman melalui telefon yang telah lama saya tidak temui. Saya terpaksa menolak dengan berderet alasan kesibukkan kerja, aktiviti seni sendiri dan kehidupan sendiri. Bagi saya cukup-cukuplah sudah. Bukan senang nak menjadi ahli sorak AF ni, permulaannya itu yang teruk kerana selain berkempen, datang setiap minggu, kewangan mesti cukup untuk membeli tiket mingguan dan perang poster. Itu belum lagi soal masa. Pada saya cukuplah dah ada seorang juara dari Sabah kerana masa itu agak geram juga kerana dari AF2-AF5, peserta dari Sabah hanya layak bergelar Naib Juara. Seleps niat saya itu berjaya, saya dah tak kisah pemenang akan datang dari mana, saya suka saja. Ini bukan soal racial atau kenegerian, tapi soal tidak puas hati bakat-bakat sebelum ini hanya layak ditangga kedua sahaja.

Memang sukar untuk mencari pewaris AF pada kali ini. Ya la, setiap tahun orang yang sama yg gagal datang lagi mencuba nasib. Itu tidak termasuk yang pernah menghadiri ujibakat pada pencarian bakat stetsen TV lain. Kebanyakkan yang datang adalah recycle. Saya sendiri pernah menyaksikan beberapa orang kenalan yang hampir setiap ujibakat nyanyian dia hadiri dan walaupun tidak terpilih, dia masih terus mencuba untuk tahun-tahun berikutnya,lalu wajah-wajah yang sama juga kita lihat walau di arena yang berbeza.

Tetapi, situasi di Sabah dan Sarawak agak berbeza kerana di sana ada ramai bakat-bakat terpendam yang jarang mengikuti uji bakat kerana jarak tempat. Untuk di Sabah, pemilihannya di KK, maka bakat-bakat bagus yang berada jauh di Tawau umpamanya, ramai yang tidak dapat datang kerana untuk ke KK memakan masa 8 jam jika menaiki Bas atau kenderaan. Jadi setiap tahun akan ada bakat yang muncul dengan suara yang lain sehinggakan ada pengadil dari program lain seperti melopong bertanya, " di mana awak bersembunyi selama ini". Sebenarnya bukan bersembunyi, ramai yang tidak dapat datang kerana jarak yang jauh.

Seperti kata Deja Moss yang sempat menilai bakat-bakat bersama cikgu Shafi, " Apa yg saya nampak, peserta di Sabah lebih baik berbanding peserta di Semenanjung. Paling ketara dari segi kualiti vokal. Rasanya itu memang kelebihan orang Sabah kerana sebutan percakapan seharian mereka 'bulat', jadi bila menyanyi, bunyi sebutan itu secara automatik akan sedap. Satu lagi, telinga mereka tidak pekak ( tone deaf ) kerana mereka dengar banyak muzik luar" komen Deja Moss pada KOSMO AHAD ( 7.Feb.2010 ). Lagi pun ada ramai yang belum pernah didedahkan lagi. Jadi sama-samalah kita menyaksikan AF8 tahun ini. Pada saya, I will enjoy the show dan akan memberi bantuan dan tips pada bakal-bakal FC AF8 nanti.

Kalau di barat, ramai yang tidak berapa serius dan tidak kisah kalaupun mereka tidak menang kerana niat mereka cukup sekadar beberapa saat muncul di TV atau mendapat perhatian orang ramai. Walaupun pada pandangan juri 90% peserta yang datang untuk audisi AF8 tidak bersedia, tetapi tidak adalah yang sampai macam peserta American Idol yang datang untuk menarik perhatian dengan berpakaian pelik, bersuara ganjil dan berperangai pelik-pelik. Cuma diharap para peserta janganlah terlalu simple kerana kali ini ada yang berselipar, berbaju selekeh, padahal mereka harus tahu yang tujuan mereka untuk menjadi bintang. kalau soal ukuran tubuh tu kita tidaklah boleh ubah, tetapi penampilan haruslah kemas dan menarik.


Monday, February 8, 2010

MODEL SELUAR DALAM DAN KESANNYA

Blog adalah DIARY MODEN yang lebih canggih boleh menyimpan gambar dan video tidak seperti diari biasa atau yg dulu2. Mencurahkan perasaan dan pendapat adalah hak si empunya Blogger, saya harap yg bagi komen busuk2 dan mengutuk Stacy dan saya tu hentikanlah. Bukan apa, sia2 saja kerana semua komen saya tapis dan ID si pelawat saya boleh jejak di sini, jadi awas. Kalau setakat komen saya model murahan, model lucah, korang buat sia2 saja kerana saya dah kalis komen2 busuk mcm tu. Ada yg siap menyeru nama tuhan lagi dihujung komen. Dari korang buat dosa kering dan pahala korang lari pada org lain, baik korang yg busuk hati tu nyah dari sini kerana anda datang tak bersambut, masuk tak diterima. Pada yang masuk cara baik, sila...sila, kita berkongsi rasa dan pendapat serta info dunia Model dan kehidupan biasa.
AMMAR DALAM POSE MAUT, INI SEMUA ADALAH TUGASAN KERJA MODEL
DAVID BECKHAM MENJADI MODEL SELUAR DALAM EMPORIO ARMANI
PERUT DAVID SEBENARNYA MENGGELEBEH WALAU SERING BERSUKAN
SAYA, SEMASA MENDAPAT TUGASAN MENJADI MODEL SELUAR DALAM
Memang dah menjadi lumrah, apa yang kita buat hari ini akan menjadi refleksi esok hari. Saya pernah di dalam situasi Ammar ( pelakon tari Tirana ) tapi dalam situasi yang berbeza, cuma persamaannya, kami pernah menjadi model seluar dalam dan menjadi bahan cemuhan orang dan dalam situasi yang lain orang akan mengungkit perbuatan tersebut tanpa memikirkan alasan kita. Saya ada sebab tidak ingin terus masuk ke dalam mainstrean dunia hiburan kerana tidak mahu orang mengungkit perbuatan lampau saya dan menyentuh perasaan keluarga terutama emak yang stroke. Ada banyak tawaran berlakon saya terpaksa tolak bukan hanya sebab loghat saya masih ada telo Sabaha, tapi kerana tidak mahu kisah silam saya akan menjadi bahan, kerana telah banyak terjadi hal sebegini bila Model turn to Pelakon.Seperti si Ammar ni, setelah jadi pelakon, kerana sikapnya, segalanya diungkit perkara lama yg dia lakukan semasa menjadi model seluar dalam.

Di bawah adalah petikan dari berita Minggu:-

ADEGAN pergaduhan Puteri Sarah Liyana nampaknya bukan hanya dalam filem Lu Fikirlah Sendiri De Movie, sebaliknya turut berlaku selepas majlis pratonton filem itu di sebuah pawagam Di Damansara, baru-baru ini. Gelagat Sarah dan kekasihnya, iaitu model dan juga pelakon baru ( Tari Tirana, Tv3 ), Ammar Alfian Aziz memang agak mengejutkan orang ramai yang berada selepas majlis itu. Ia boleh dianggap agak memalukan. Kalau ya pun nak bergaduh atau berperang, takkan depan orang adik ooi...

Dah namanya pelakon utama, mestilah Sarah jadi tumpuan, bergandingan pula dengan juara Raja Lawak, Nabil, tentulah lensa kamera dihalakan pada mereka. Nak jadikan cerita, adalah sekumpulan jurugambar yang minta Sarah dan Nabil berposing mesra, bukan berpeluk bagai nak rak pun, hanya ambil gambar rapat-rapat dan Nabil terpegang bahu Sarah, tetapi kekasihnya Sarah, si Ammar ni tiba-tiba macam naik angin, mungkin cemburu tak bertempat.

Si Ammar boleh siap 'sound' seorang jurugambar, "tak boleh ambil gambar elok-elok ke?"

Apa yang membuatkan Raja dan teman-teman wartawan lain tak puas hati, Sarah boleh siap salahkan jurugambar berkenaan, katanya jurugambar itu bersikap kurang ajar terhadap kekasihnya. Hai, sudah terang lagi bersuluh. Masalahnya, perkara itu berlaku depan mata teman-teman Raja, mereka lihat sendiri sikap Ammar yang tidak profesional itu.

Sudahlah datang majlis orang, buat kecoh pula. Kalau tak mahu kekasih bergambar mesra atau ambil gambar `daring' dengan pelakon lain, suruh saja si Sarah tu duduk rumah, jangan jadi artis.

Peliklah, cakap saja berdegar-degar pernah bekerja dengan syarikat antarabangsa dan selalu ke luar negara, tapi pemikiran...? Ammar pernah juga ambil gambar separuh bogel ketika jadi model seluar dalam suatu ketika dulu, tak memalukan pula? Tapi, kekasih ambil gambar rapat-rapat dengan orang lain jadi masalah. Cerminlah diri dulu...

RAJA: Sebut nama Puteri Sarah, teringat filem M Nasir, Aduh Saliha yang tak siap-siap tu...

Sunday, February 7, 2010

CINTA YANG KU DUGA




Kadang kita tidak dapat menjangka yang hidup ini tiba-tiba boleh berubah serta merta tanpa amaran dan tanda-tanda. It's just like Tsunami where U can't hold that thing's U love and gone by the wind just like that.

Well, memang kebahagiaan bukan milik mutlak kita, kerana segalanya hanya dipinjamkan pada kita, samaada kita rela masa ianya ditarik balik or we have to let it go. Sakit dan perit tetapi ianya harus ditelan.

Bak pepatah Inggeris " my silent is my pain". Kalau biasa orang menggunakan perkataan SENTAP bukan pada maksud atau nahu yang betul iaitu mereka maksud macam merajuk atau rasa sentap. Tetapi dalam keadaanku kini, jiwa dan ragaku rasa di SENTAP ( ditarik/diragut ).

Terima kasih pada teman2 yang memahami dan sudi menjadi pendengar atau sudi menghulurkan bantuan dari segi nasihat. Bukan saya tidak sudi berjumpa dengan teman2, tetapi saya jenis yang lebih suka menyendiri dikala menghadapi keadaan sedih sebegini. Bayangkan bahagia sekejap sahaja tetapi meninggalkan kesan dilubuk hati yang paling dalam.

Ramai kawan2 yang bagi nasihat ask me to fight for my love...fight kebahagiaanku, tapi aku tak mampu bersemuka. Pernah bertemu sekejap lepas break off, tapi lidah kelu dan rasa tak mampu bertentang mata. Aku cuba kuatkan hati dan buat selamba, tapi lepas dia pergi, aku menangis lagi. Hmm...

Setiap kali bila mendengar lagu 'PERPISAHAN' - Anuar Zain dan lagu 'CINTA YG KU DUGA' - STACY, perasaan semakin hanyut bila mendengar alunan suara gemersik Stacy dengan melodi yang melodrama dan bait2 lirik yang bagai kena dengan perasaanku kala ini. U-Tube Stacy ini menjadi kegemaranku tiap hari.

Stacy - Cinta Yang Ku Duga : Ciptaan : Ajai

walau hatiku pedih
ku rasa sendiri kepedihan
kesakitan hati ku menangis
rintihan jiwa yang terus merana

walau ku sendirian
ku renangi lautan yang dalam
tiada siapa sudi perhatikan
itu yang ku duga selama ini

kesakitan cinta yang melanda ku
menghentikan degupan rindu
yang hampir bernyawa

kecewa yang tiada terhingga
bila mendengar berita kau tak cintaiku
kini ku fahami erti cintamu
kau hanya bernyawakan patung dalam dirimu
kecewa melanda dihati
mengapa begini yang aku hadapi
(kekasihku)

kesakitan cinta yang melanda ku
menghentikan degupan rindu
yang hampir bernyawa

kecewa yang tiada terhingga
bila mendengar berita kau tak cintaiku
kini ku fahami erti cintamu
kau hanya bernyawakan patung dalam dirimu
kecewa melanda dihati
mengapa begini yang aku hadapi

walau ku sendirian
ku renangi lautan yang dalam
tiada siapa sudi perhatikan
itu yang ku duga selama ini

Saturday, February 6, 2010

PERPISAHAN


PERPISAHAN - ANUAR ZAIN

Ku mengerti..
Perpisahan ini..
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah ku beri
Tiada lagi bersama
Sering kala aku terlihatkanmu
Impian nan indah bersulam bahagia
***
Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima Ditinggalkan sengsara
Keraguan ini.
Bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu Kekalutan ini hanyalah untukku Tercari cari bayanganmu Tak sanggup aku kehilangan mu Kehilanganmu..

Friday, February 5, 2010

PERGI & LELAKI INI

Dalam situasi begini, lagu 'Lelaki Ini' senantiasa berkumandang dan bergema ditelinga yang sepatutnya ku tujukan padanya. Lagu 'Pergi' pula mengundang rasa awan yg terpilu dibenak kalbu. Namun buat apa tenggelam dalam kesedihan jika ada ramai yang memerlukan komitmenku. Keluarga, rakan-rakan dan kerjaya semuanya menanti dengan penuh harap, dan semua ini menjadi semangat untukku bangkit semula bukan untuk menyelusuri jalan-jalan lalu dan menjejak bayang semalam, tapi mencari arah hidup baru dan menerima kekecewaan ini sebagai takdir dengan penuh rasa syukur sambil memujuk diri bahawa ada hikmah disebalik semua kejadian. Langkah semalam semakin hilang jejak, dihembus angin duka dan kini hanya tinggal samar bayangan yang tak mampu ku usir, tetapi akan ku cuba sepenuh daya dengan kekuatan hati.

PERGI

-
Sayu, tepisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
-
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku - kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi... pergi
-
Sepi, tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apapon kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia
-
Music by Pete Teo
Words by Amran Omar & Pete Teo

Thursday, February 4, 2010

VALENTINE'S DAY

Bukan nak berkempen, apatah lagi last year dah keluar FATWA yg orang Islam diingatkan Haram menyambut Valentine ni. Ini kisah filem romatik komedi yang membariskan pelakon bukan hanya hebat berlakon, malah popular dan setaraf Pelakon Gred 'A'. Siapa tidak kenal Ashton Kutcher, Julia Roberts, juga jelmaan Julia masa muda iaitu Anne Hathaway, Jessica Alba, Jennifer Garner, Taylor Lautner dan Jessica Beil. Senarai nama pelakonnya sahaja sangat mengujakan.

Kisah seorang pegawai tentera bernama Kate dalam perjalanan dari Iraq ke Los Angeles lalu bertemu seorang lelaki Gay bernama Holden. Dlm situasi lain,pemilik kedai bunga,Reed...melamar teman wanitanya Morley. Sementara kawan baiknya Julia mempunyai teman lelaki yg sudah berkahwin...bernama Harisson.Liz pula bekerja di Talent Agency dan bercinta dgn Jason dan sama mcm Jason dan Liz, Tyler dan Samantha juga sedang hangat bercinta. Apakah kaitan antara mereka semua? Kena tunggu di Pawagam tayangan bermula 11.Feb ( pada yg single ) dan yg telah ada partner, boleh tengok 14.Feb ini.

Wednesday, February 3, 2010

INTERIOR DESIGN MAGAZINE PHOTOSHOOT

FOTO IHSAH DARI AIZUL @ RIANA YG TERLIBAT SEBAGAI MAKE UP ARTIS

Baru-baru ini sekali lagi aku terlibat untuk fotoshoot dengan majalah dekorasi iaitu majalah 'Apartment Impiana". Sebenarnya ini bukanlah penglibatan saya yang pertama menampilkan kreaviti saya dalam seni hiasan rumah. Sebelum ini, saya pernah terlibat untuk majalah "Impiana', rancangan TV2 bertajuk "Laman Rias", Majalah "Remaja" dan NTV7 untuk program "Live Session". Itu yang melibatkan rumahku, tetapi kalau yang melibatkan kerja@profesion, saya telah terlibat untuk majalah "ID", akhbar 'New Straits Times' dan pelbagai majalah yang melibatkan rumah client untuk pengembraan Tv atau majalah,

Fotoshoot kali ini agak berbeza dengan beberpa majalah yang saya pernah terlibat sebelum ini, kerana Team majalah Apartment Impiana ni kreatif sangat kerana selain menonjolkan hiasan rumah, siap ada beberapa model yang terlibat agar suasana nampak hidup dan tidaklah nampak ruang tu macam galeri, atau macam muzium, atau seperti ruang pameran semata-mata.

Selain fotoshoot di dalam rumah, saya dan model lain yang terlibat turut beraksi outdoor untuk menunjukkan keadaan dari pandangan luar. Selain itu, majalah ini juga ada ruangan khas dimana ditunjukkan tempat2 menarik atau tempat pilian untuk mencari barang2 hiasan rumah. Model yang terlibat seperti Edwin, Thiran Naidu, Shima dan saya sempat mengadakan fotoshoot minggu sebelumnya di sekitar luar dan dalam Bangsar Village. Maaf saya tidak dapat loadkan foto2 tersebut kerana "Apartment Impiana" nak yang eksklusif dan keluar dari majalah ni secara segar. Nantikan Kemunculan 'Apartment Impiana' akhir bulan depan atau awal April.

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.