Friday, December 26, 2008

X'MAS PARTY

JOY TO THE WORLD...X'Mas Party yg tak ramai orang, tapi penuh gelak tawa dan havoc. korang semua best la, sampai aku nak ketawa jer. Biasa la kan, kalau dah party org tu...mesti siap ada 'BEST DRESS' ...'BEST MAKE UP' dan 'BEST HAIR DO' katanya tetapi yg datang semuanya mcm ada yg nak ke kebun, ada yg mcm nak pegi pasar basah dan ada yg betul2 basah kena hujan, yg peliknya dah dua kali beraya X'Mas same story basah ditimpa hujan. basib baik Xde snow turun kat malaysia..kalau X...tertimbus dek salji la Riana. Akhirnya hadiah BEST DRESS...nan ado la jawapannya wakaka ( Mati la aku ). Akhirnya hadiah yg sepatutnya itu dibuat sebagai hadiah karaoke. Sapa yg menang? nan ado lagi so terpaksa hadiah tu diundi pula ibarat tiket bertuah. Apa juga isi hadiah tu? special sanagt ker? mahal sangat ker sampai jadi rebutan dan terpaksa diubah-ubah menjadi hadiah lain.


Akibat Ayam Turkey terlepas lari, dapat juga galang gantinya...Turkey
X'Mas cake...kecilnya? budget ker....wakaka


Wah tengok tu...ada banyak hadiah...tapi hadiah tu juga yg mereka rebut. Mana hadiah tu

Ini lah rupa hadiah tu wakaka...ingatkan set make up ker...yg harga RM12.90 tu juga korang pertaruhkan...Ya ampun...Larikkk!!!

Hish X sanggup aku tengok pic ni, mereka siap berkasih2...adeh...mana 360 TV3? atau 999?


Trivia....Siapakah gerangan yg menyanyi itu? Ko ingat ko meneran...baik mcm Misha Omar? ko ingat ko buat-buat suara gemersik...ko Mila? mati la aku
korang memeng, org belum potong kek...korang yg lebih2 ya


Len kali Riana...kalau nak kalahkan aku...bawak MIC sendiri ya...of course aku dapat markah tinggi...MIC tu aku dah Jampi Serapah...mcm artis sorang tut....wakaka

Cheese...smile

















Wednesday, December 17, 2008

SHOOTING DRAMA 'BIAWAK HIDUP'

Sebelum Hari Raya Qurban, aku telah terlibat dengan shooting berlakon satu watak kecil. Ada juga beberapa watak yang agak besar pernah ditawarkan tetapi aku terpaksa menolak dengan hati terkilan kerana terikat dengan kerja tetap sedangkan masa shooting perlu berminggu dan ada sebulan. Drama ini terbitan syarikat Ramona Rahman iaitu ARTICULATE TELEVISION SDN.BHD. Drama rantaian 26 episod ini di tayangkan setiap isnin, 9pm. Drama ini unik kerana pelakon utamanya semua pelakon cina tetapi berbahasa Melayu. Tajuk drama ini pelik sikit 'BIAWAK HIDUP' kalau perasan, ianya adalah dari peribahasa melayu.
ANTARA ADENGAN DENGAN DUA WATAK UTAMA DRAMA INI
ANTARA BABAK YANG TERDAPAT DALAM DRAMA INI
PARA KREW TENGAH SIBUK BUAT SETTING SEBELUM SHOOTING BERMULA





Tuesday, December 16, 2008

AWARDS FROM OTHERS BLOGGER

AWARD DARI WANNZ NUN DI KK


Terima kasih la atas kesudian kengkawan Blogger yg memberikan pingat kebesaran, award ala-ala Anugerah Juara lagu dan sebagainya. Sedar tak sedar, walaupun baru sahaja 9bulan berBlogging tetapi Blog ini menerima kunjungan yg begitu ramai sekali, dan suprisingly, half of pengunjung Blog aku ini dari negara luar bukan setakat Singapura, Brunei, Batam dan Jakarta sahaja, malah dari Australia, Japan, Holland, Oslo, UK dan US. Duit masyuk dari Nuffnang pun dah semakin banyak, rasa menyesal pula tidak meletak IKLAN dan VISITOR METER awal2 dulu. Ya la, mana lah aku tahu yg buat Blog ni boleh mendatangkan pendapatan. Dah beberapa bulan, baru ada kawan Blogger yg beritahu tentang ruang iklan Advetles dan Nuffnang tu. Di samping mendapatan pendapatan dan pujian-pujian melangit berbentuk komen dari Blogger lain, aku dapat pula kenalan dari yg muda sampai yg tua. Tapi rasa best mereka ni semua mcm REEN ( pertama kenal antara blogger yg lain ) KAK UMI MIA, KAK JAH, HOTMAMA, JEK & JIL, KAK AYU AYUMIE, ADRY, RED MUMMY, dan banyak lagi yg X sempat disebutkan. Terbaru, ada faedah lain pula, selain dapat kenalan yg begitu berharga ( antara nama yg disebut ) dapat pula AWARD. Sedar tak sedar, dah banyak Award Blog ni dapat. Antaranya:-


NI AWARD DARI VIRGONZ YG JAUH NUN DI SABAH
NI DARI LIZA NUN DI PERAK SANA

NI DARI VIVI DAN JUGA DARI LOLITA
NI PULA AWARD ALA-ALA OSCAR DARI 'RONA-RONA HIDUP'
NI PULA DARI 'WATI ON HEAVEN'
Sementelah dah senaraikan Award ni, aku nak tujukan pula pada kengkawan yg begitu aku anggap TREASURE IN MY LIFE dan gembira sangat kenal korang semua. Pastinay ada yg dah terima Award yg sama dari org lain, but just pick one or two yg korang Xde ya. Aku tujukan pada KAK IFA RAZIAH,OKFIND, CHIME,HOTMAMA, MEEN ZULEYKA, UMI MIA, AYU AYUMIE, JEK & JIL, ADRY, VIRGONZ, RIANA, JEZZY SUNSHINE , ANN, REEN, FAIZAL P.A, EJAY, LIZA WORLD, ARY @ MR.LOVESS,PAKWE @ UTARA SANA, MY HEART MY UMPH, KAK SENDUK, LAURA, ADEB, WATI ON HEAVEN, RED MUMMY DAN LOLITA.


Monday, December 15, 2008

PENTAS PERSANDINGAN PENGANTIN INDIA

Tugasan kali ini sangat mencabar. Bukan hanya kerana aku tidak mahir tentang hiasan pelamin, malah tidak tahu tempat yang kami pergi sebenarnya. Aku kalau hal2 Interior Design ni memanglah kira expert, tapi kalau hiasan untuk pentas apalagi pengantin, memang kurang. Seingat aku, pernah hiaskan bilik pengantin, katil, dan meja beradab sepupu kawan sahaja. Itu pun demi kawan. Kali ini majlis Perkahwinan kaum India, di dewan yang besar dan Pelamin yg besar, kiranya ini Majlis Gala, keluarga yg berada. Bayangkanlah bunga-bunga yg digunakan untuk menghias pelamin dan dewan, semuanya Fresh Flower hampir RM3 ribu utk bunga sahaja. Aku dan kengkawan bertolak ke Batang Berjuntai 10pm dan setelah melalui jalan sempit dan berbukit dan curam, selamat juga sampai hampir 12 tengah malam. Hias menghias bermula hingga lah 7am, dapat juga rehat dua jam lebih lalu 9am balik ke KL dan terus ikut rombongan Stacy's Frenz berkelah ke Air Terjun Sg.Gabai.
Mula-mula bunga diasingkan mengikut kumpulan sebelum digubah.
Flower Stand yg masih kosong sebelum dihias
Mula-mula Daun-daun disusun diikuti juntaian bunga melingkar
Barulah dicucuk bunga here and there mengikut keseimbangan dan ada bucu dan mercunya
Tara....dah siap, tapi sebenarnya ada 14 Flower Stand semuanya
Inilah rupanya Pelamin yg masih kosong sebelum dihias dengan gubahan bunga
Tara...dah siap...tapi sebenarnya berejam-rejam juga nak siapkannya tau
Tengok tu...tak tido semalaman, ambil gambarpun ketaq-ketaq...gambar blur
Ini enterance di mana pengantin menanti tetamu sebelum masuk ke dewan
Meja beradab seperti juga perkahwinan Melayu, dihias dengan bunga-bungaan
HABIS MENGHIAS, BANYAK BAKI BUNGA, SO BAWA BALIK DAN BERI KAWAN2






























Tuesday, December 9, 2008

AMUKAN MISS TRINIDAD & TABAGO

Nah...Kau, pemenang Miss World Local 2005 yg mewakili negara Trinidad & Tabago dah mengamuk. Semuanya gara-gara salah faham dia balek kampong beraya haji walaupun dia belum naik haji lagi, so nobody inform her AJK Stacy's frenz mengadakan Open House Raya Qurban pada hari isnin lepas. Masalahnya ada dua, pertama selepas jer kami berbincang lepas mengambil tiket Semi Final Pop Rock, kami mengambil keputusan nak cepatkan Open House tu kerana aku akan bercuti panjang balek Sabah lepas ni. Kedua, siapa la yg sanggup call dan invite dia kerana talian ke negara Trinidad & Tabago itu dah lah payah dihubungi, makan credit beratus lagi la pulak. Riana ni kalau orang nampak dia biasa jer, tapi aku nampak dia lebih daripada Diamond. Dia lah sebenarnya orang belakang tabir terpenting kat Stacy's Frenz. Bayangkan bakat dia terlalu banya dan berguna utk Stacy's Frenz. Dia ada PR yg bagus, MODeerator ChatRoom Stacy's Frenz yg ramah tamah...terutama pada chatters lelaki dan dia juga berkebolehan membuat design utk Blog Stacy's Frenz...malah menjadi make up artis Stacy pada masa-masa tertentu. So aku buka thread entri special ini khas untuk beli hatinya agar terhindar dari sumpahan keramatnya. Sapa yg tak takut dgn sumpahannya? dia kata, dia akan sumpah yg satu tu dari sebesar Garuda kepada sebesar Punai...ADOI!!!. maka dengan segala puji-pujian yg melampau beserta photonya yang tak pernah tersiar dimana-mana pun sebelum ini...samada di majalah Playboy, mahupun di majalah Gila-Gila, kiranya sereba serebi ekelusif la...ahaks.

Saturday, December 6, 2008

PENGAKUAN JUJUR, SEBENARNYA AKU SEORANG...

Sebenarnya telah lama aku mahu membuat pengakuan ini. Kadang rasa tak tertanggung oleh diri memendam rahsia diri sekian lama. Tapi aku takut teman2 tidak dapat menerima status diri ku. Pernah aku membuat pengakuan pada kumpulan kawan semasa kerja di hotel dulu. sejak mereka tahu rahsia diriku, semua menjauhkan diri. Mungkin mereka merasakan statusku tidak layak bergaul dgn mereka. Mengapa tiba2 aku terbuka hati utk membuat pengakuan?. Ada dua perkara, pertama kerana ada beberapa org yg kenal aku dari Sabah yg menuduh aku berselindung dan sengaja mengaku bujang. Kedua sebab ada dua tiga org dari Stacy Frenz yg tahu status aku terutama Laura yg mengambil data peribadiku untuk mendaftar ke pertubuhan Kelab peminat Stacy. Ya...sebenarnya aku seorang DUDA. Aku pernah berkahwin di Sabah dahulu. Ntah mengapa ramai org yg tidak suka berkawan dgn Duda? mereka suka berkawan sesama bujang, itu antara sebab aku merahsiakan kisah silamku yg pernah berkahwin. Aku berkahwin di Sabah dgn seorang wanita yg keluarganya berasal dari Filipina. Kahwin suka sama suka dan bercerai kerana perasaan cemburunya kerana akuy diminati oleh ramai gadis pada ketika itu. Aku ada seorang anak yg dijaga oleh emak dan setelah mak aku kena stroke, Ernesto Kosmanto Serani dijaga oleh my sister. maafkan aku pada org2 yg pernah bercinta dgnku dulu dan tak pernah memberitahu perkara ini. Juga maaf pada teman2 ku kini samada teman2 Blogging atau ahli2 Stacy's frenz. Bukan sengaja merahsiakan, cuma tidak bersedia dan takut korang tak mahu berkawan dgn aku lagi atau korang draw line bila tau status aku. Percayalah, bukan niat sengaja berahsia...tetapi pengalaman memberitahu pada teman2 sebelum ini, mereka terus menjauh diri kerana mungkin aku bukan bujang dan X sama dgn mereka lagi. Perceraian yg membawa aku ke KL. mula2 ingatkan nak datang sekejap untuk melupakan kelukaan hati, siapa tahu aku dah mula sukakan Kl dan bertekad utk stay terus kat sini.


AKU BERKAHWIN SECARA SIMPLE SAHAJA
BERGAMBAR BERSAMA TEMAN2 RAPAT YG TURUT HADIR
INILAH MY JUNIOR, DIA MEMANG SEORANG YG RAMAH DAN CERIA MCM SAYA
ERNESTO NI MEMANG SUKA BERMANJA DAN DIPANGKU SELALU
DIA NI SANGAT MENGERTI WALAU SAYA X ADA DEKAT DIA, DIA SANGAT TABAH
DIA MEMANG NAKAL DAN KELETAH
SEMASA DIA DATANG KE KL TIME JUARA LAGU, BAWA DIA KE TAMAN KLCC
ERNESTO BERMAIN DGN PUPPYNYA KAT HALAMAN RUMAHKU DI KAMPONG

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.