Wednesday, December 23, 2015

SUNGEI WANG PLAZA MEMBAWAKAN TEMA CHRISTMAS IN THE AIR


Pada hujung minggu lalu, Sungei Wang Plaza telah meraikan para Media dan Blogger sempena menyambut ketibaan Christmas tidak lama lagi. Sebagai sebuah pusat beli-belah yang popular, Sungei Wang Plaza tidak melupakan tanggung-jawab sosial mengadakan Single Mom Charity Bazaar. Tujuan Bazaar itu adalah untuk membantu persatuan Ibu Tunggal dengan kerjasama dari Rotary Club of Pudu. Bazaar tersebut telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 haribulan December 2015. 

Kemeriahan majlis meraikan Media dan Bloggers dengan kerjasama antara Sungei Wang Plaza dan ParkRoyal Hotel Kl itu bermula dengan kejutan tarian Flashmob oleh kumpulan penari seramai 25 orang di hadapan pentas Sungei Wang Plaza. Kemudian sekali lagi penari-penari itu membuat orang ramai merasa teruja bila secara tiba-tiba muncul dan membuat FlashMob di hadapan pusat membeli belah tersebut. Para pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar kenangan dengan para penari tersebut. Selepas itu, para tetamu VIP, Media dan Bloggers di bawa ke Hotel ParkRoyal untuk minum petang dan beberapa permainan telah disediakan oleh penganjur untuk memeriahkan suasana. Majlis pada petang itu berakhir manis dan para tetamu pulang dengan senyuman membawa hadiah Lucky Draw masing-masing. Satu pujian patut diberikan pada team penganjur yang membuat majlis ini walaupun ringkas tapi lancar dan meriah. Apa lagi dikala kita menyambut kehadiran Christmas ini, golongan yang kurang bernasib baik seperti para Ibu Tunggal diberi peluang dan ruang untuk berniaga di mini booth di dalam Sungei Wang Plaza. Diharapkan lebih banyak lagi badan-badan korporat mengambil langkah seperti yang dibuat oleh Sungei Wang Plaza ini.







Wednesday, December 16, 2015

NOVELPLUS GAYA BARU MEMBACA NOVEL MELALUI TELEFON PINTAR



Satu majlis sidang media dan pelancaran NovelPlus oleh NovelPlus Sdn.Bhd telah diadakan di MaTic, Jalan Ampang Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah diacarakan secara santai oleh pengacara dan DJ terkenal iaitu Richie Rachman dan telah dihadiri oleh ramai tetamu dan para media. Selari dengan kemajuan teknologi dan gaya hidup masa kini, satu aplikasi dikenali NovelPlus (Novel +) memberi ruang lebih besar pada peminat novel membaca pelbagai novel kegemaran mereka hanya di tapak tangan. Pengasas Novel di alam maya ini adalah Dato' Lim Thean Keong dan menurut Pengurus Besar NovelPlus iaitu cik Crystal Lai, tercetusnya idea mewujudkan Novel menerusi talian atau alam maya ini adalah dari kisah benar pengalaman Dato' Lim dengan anak pekerjanya yang sangat minat membaca novel tetapi tidak mampu memiliki kesemua novel yang diimpikannya kerana kekangan wang.
Cik Crystal Lai berkata, aplikasi berkenaan bukan sahaja ada pembaca di Malaysia tetapi Indonesia, Hong Kong, Brunei, Singapura, Pakistan, Australia dan Amerika Syarikat.
“Buat masa ini, sebanyak 500 buah novel yang telah diakses oleh lebih 17,000 pengguna. Ada banyak novel di NovelPlus dengan pelbagai genre, dan yang paling popular adalah novel bergenre kisah cinta. 
“Kami juga mempunyai lebih 250 penulis amatur terdiri penulis tempatan termasuk Indonesia dan Brunei,” katanya pada majlis pelancaran NovelPlus di Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Kini anda tidak perlu lagi mengeluarkan duit RM15-RM25 untuk memiliki senaskah Novel malah boleh membaca Novel sebanyak mungkin dan secara percuma dan Applikasi ini boleh dimuat naik di AppStore dan Android dan laman rasmi NovelPlus boleh dilawati di sini http://www.novelplus.com

 Cik Crystal Lai semasa berucap dan menerangkan mengenai NovelPlus
Penulis semasa menanti kehadiran tetamu lain dan sementara menunggu majlis dimulakan

Saturday, December 12, 2015

GENTING BACK TO NATURE RETREAT 2015 ( ECO RETREAT )


Baru-baru ini Genting Resorts World telah menganjurkan acara Back To Nature Retreat 2015. Acara yang memupuk kesedaran dan menghargai alam sekitar ini merupakan acara tahunan yang membuktikan syarikat besar dan berpengaruh ini melalui komuniti prihatin mereka benar-benar serius dalam pengekalan kehijauan dan kelasterian hutan yang bukan sahaja menjadi payung alam sekitar kita, malah warisan berharga yang akan diwariskan pada generasi kita yang akan datang.

Acara bermula dengan pendaftaran para media dan peserta, kemudian taklimat langkah-langkah keselamatan yang dikendalikan oleh renjer yang berpengalaman. Melalui sesi ini para peserta yang berjumlah lebih kurang 200 yang terdiri dari para pelajar disekitar Pahang dan para media telah diberi penerangan mengenai hutan disekitar Genting yang berusia lebih 130 ribu tahun dan hutan hujan ini memiliki nilai bio-diversiti yang sangat bernilai dengan tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok dan juga hidupan liar dari pada sekecil-kecil cacing, ulat, semut, serangga dan pelbagai jenis burung sehinggalah haiwan besar. Para peserta diingatkan agar tidak mematahkan tumbuhan dan memetik tumbuhan untuk mengekalkan kehijauan dan keindahan tumbuhan asli di dalam hutan tersebut. 

Para peserta telah dibawa berjalan di dalam hutan melalui jalan denai, bukit-bukau dan merentasi anak-anak sungai sejauh 1.8km dengan diteman dan diselia oleh para Renjer yang telah mahir mengenai jalan dan hutan tersebut. Hutan yang terdapat disekitar Genting benar-benar asli yang mana jalan-jalan yang dilalui oleh para peserta bukan jalan yang telah diterokai dengan elok dimana para peserta terpaksa menunduk dan mencelah serta ada kalanya terpaksa merangkak kerana laluan dihalang oleh pokok besar yang telah tumbang.

Selepas acara merentas hutan sejauh 1.8km, para peserta telah dihidangkan dengan makan tengahari yang lazat. Selepas berehat dan menikmati hidangan tengahari, acara seterusnya adalah ketibaan dan perasmian yang telah dilakukan oleh YB Datin Paduka Chew dan seterusnya ucapan dari wakil Genting Resorts World. Dalam ucapan YB Datin Paduka Chew, beliau telah menekankan betapa pentingnya menjaga alam sekitar dan mengekalkan kehijauan persekitaran kita. Amanat dari beliau benar-benar dihayati oleh para pelajar yang turut serta kerana mereka telah merasai pengalaman merentasi hutan dan menginap di rumah panjang Genting Awana selama acara berlangsung. 

Acara selama dua hari satu malam ini telah diatur sebaiknya dengan aktiviti yang padat antaranya selain acara merentas hutan, ada acara penerangan mengenai Alam Sekitar, pertandingan fesyen bertemakan bahan-bahan terpakai dan tumbuhan serta acara Treasure Hunt dimana setiap peserta dipecahkan kepada 7 kumpulan dan setiap acara dibuat dalam bentuk pertandingan dan ada hadiah disediakan. Walaupun banyak hadiah yang telah disediakan oleh pihak penganjur tapi kesimpulannya bukan hadiah yang dikejar tapi pengalaman, ilmu yang didapati dari acara ini serta semangat berkumpulan dan juga peluang bermesra dan mendekati alam sekitar adalah hadiah teramat besar nilainya buat para peserta yang terlibat. Tahniah pada penganjur iaitu RWG dan juga  PR Team RWG kerana telah berjaya menganjurkan sebuah acara yang berskala besar dan bermanfaat seperti ini. Sekalung budi buat PR Team Genting Resorts World.










KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.