Monday, January 3, 2011

HATI YANG TERLUKA

Hidup ini ibarat putaran dunia, ibarat putaran roda, sekejap kita di atas, sekejap kita dibawah dan kembali di atas dan begitulah kitaran seterusnya. Ada kalanya kita gembira dan ada kalanya kita berduka. Dalam menempuh hidup ini telah banyak perkara yg telah saya lalui dan benar pepatah berkata, 'What goes around, will comes around'. Ya hukum karma tidak datang pada akhirat, tapi masa didunia. Kalau dulu saya pernah melukakan hati orang, kini hati saya pula dilukai cuma caranya berbeza. Masih ingat lagi dahulu kala dia meminta maaf untuk kali kedua tetapi saya dengan keras hati, membatu dan keringkan hati. Saya berfikir saya akan dapat yang terbaik kelak. Lalu target dihati tetap mencari yang ada rupa dan senang.Tetapi lepas beberapa hari berkenalan dengan seseorang, dia siap membawa barang dan pakaian. Saya agak terkejut tetapi sikapnya yang baik dan mewah buat saya cair. Selang beberapa hari masih lagi hidup melimpah dengan hadiah itu dan ini, tetapi itu tupa-rupanya sementara. Selepas beberapa bulan baru saya terkejut, bahawa dia berhutang kad kredit hampir RM18K. Dia merayu meminta tolong kerana telah mendapat surat dari mahkamah. Nak tak nak terpaksa juga keluarkan wang tetapi tak tau apa jadi pada diri saya rasa bagai telah diguna-guna dan segala kemahuannya saya turuti. Mujur juga saya cepat tersedar. Menyesal memanglah menyesal tetapi itulah balasan dari tuhan.

Setelah itu, rasa serik bercinta, tetapi tidak sampai sebulan kenal pada seseorang yang sangat budiman. Hati tertawan padanya sejak lama tetapi kerana masa dan sibuk dengan tugas kami terpisah. Dalam tempoh itu kenal pula dengan seorang yang baik hati dan agak kaya tetapi hati masih dibayangi oleh kisah lama, lalu saya berkata dengannya yang kami hamya kawan dulu buat sementara. Takdir telah menentukan, aku tersua kembali pada orang yang pernah menawan hati setelah hampir setahun tidak bertemu. Keramahan dan caranya membuat pintu hatiku diketuk lagi, lalu kami bercinta dan saya terpaksa berterus terang pada yang satu lagi kerana mengharapkan dia faham yang selama ini kami hanya berkawan sahaja. Ternyata saya bahagia bersama sidia. Dia memang baik hati dan berhemah. banyak susah senang kami bersama. Tapi adat bercinta, mana ada indah dan manis semuanya, itu lumrah. tapi pada saya kerana terlalu sayang, baka pepatah. 'Andai sengsara hidup bersamamu, aku pilih sengsara'. Pelbagai janji dan ikrar telah kami buat, pasang surut percintaan itu sudah pasti. Sehinggakan saya sempat mengatur sesuatu untuknya sempena annivesary pertemuan kami semula. Dan yang manisnya sesuatu yang saya rancang itu saya buat sempena ulangtahunnya.

Kita hanya merancang, tetapi tuhan yang menentukan, percutian indah yang telah saya tempah untuk bulan Julai berkecai begitu saja. Dia meminta putus hanya kerana saya suarakan rasa tidak puas hati selepas dia tidak bertemu dan datang ke rumah saya selama 8 hari. Apakah erti sebuah perhubungan jika kita tidak boleh menyuarakan rasa hati? adakah harus dipendam biar bernanah atau disuarakan dan cari jalan penyelesaian. Jika tidak dapat atau tidak mahu cari jalan penyelesaianpun, cukuplah hanya mendengar rintihan, sayapun bukan memaksa dia buat sesuatu. Tapi mungkin juga hatinya telah berubah. Orang kalau sudah tak suka, salah sekecil kumanpun akan dijadikan sebab. Saya rasa sungguh kesal atas semua ini. Percutian ke Sipadan Island hangus begitu saja kerana Air Asia tidak memulangkan wang jika pembatalan dibuat. Sedih memang sedih, tapi iniah nasibku, takdirku yang pernah melukakan hati orang dan aku pula menerima balasannya dan situasinya sama seperti kekasih lama merayu dan menangis, kini saya pun merayu dan menangis tetapi dia tidak mahu mempertimbangkan dan tidak mahu berbincang lagi.

Saya memang tidak meluahkan pada teman-teman kerana malu dan sedih, tetapi saya tidak tahan untuk memendamkan rasa terbuku ini dan takut menjadi gila kerana depresi. Lalu Blog ini saja menjadi medium saya sebagai Diari Moden tempat mencurahkan rasa hati, dan kini rasa benar-benar lega. Satu masa nanti saya percaya, saya akan mendapat kebahagiaan dan akan berterima kasih padanya yang telah mengecewakan dan meninggalkan saya hanya kerana kesilapan kecil saya. Ada orang yang curang, memukul kekasih, tetapi masih boleh lagi berbincang dan meneruskan hubungan. Tapi inilah jalanku, aku pasrah apa akan jadi selepas ini samada bercinta lagi atau terus bersendiri.

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.