Friday, October 23, 2009

RUNAWAY SHOW - NUR ARFA BATIK NEW COLLECTION

Dunia Modelling ini sama juga macam dunia lakonan dan nyanyian, yang mana pelakon yang telah berpengalaman beralih pula pada bidang pengarahan. Begitu juga penyanyi yang telah berpengalaman, mencuba nasib pula atau mula berjinak-jinak dengan dunia penerbitan lagu atau album. Saya yang telah pernah beraksi di pentas dan fotoshoot untuk majalah serta pelabagai pertandingan antaranya Manhunt, Mr.Pretty Boy dan pertandingan Prince Chaming serta Ms. & Mr.Valentine juga turut mengorak langkah baru menjadi keografer fashion show. Bukan show biasa, tetapi Runaway Show yang berskala besar. Kiranya macam pelakonlah, bukan mengarah Drama tetapi terus yang besar iaitu mengarah filem. Mulanya ikut perancangan, saya hanya hendak kendalikan fesyen show biasa yang menampilkan peragaan pakaian dari pelbagai butik sementelah ada empat buah butik berminat untuk ditampilkan rekaan pakaian mereka. Tetapi bila berbincang dengan Designer dari Nur Arfa Batik iaitu En.Shabri, hati saya terdetik untuk mencabar diri mencuba show yang bukan setakat show biasa yang keluar masuk tukar baju, tetapi juga menampilkan round demi round dengan tema berbeza. Tidak cukup dengan itu, siap ada Finale Round lagi sama macam fesyen show kat barat untuk Summer Collection atau Winter Collection. Bila melihat himpunan koleksi terbaru Nur Arfa Batik, hati saya tertawan dengan koleksi mereka. Ialah, butik ini biasanya menjadi pilihan Datuk, datin dan orang diluar sana siap menganggap rekaan mereka sesuai untuk VIP dan majlis formal sahaja.
Setelah mengatur program hampir dua minggu, akhirnya Runaway Show ini berjalan dengan lancar dimana saya menjadi keografer dan sekaligus memberi Que pada setiap model mengikut giliran masing2. Memang mencabar kerana ada model yang terpaksa menarik didir disaat 5jam show hendak bermula. Kalau model lelaki, saya boleh gantikan sebagai bidan terjun sementelah ada pengalaman, tetapi ini model perempuan. Semuanya berjalan lancar, terima kasih pada pengacara malam itu iaitu Nadzree @ Pakwe yang begitu cekap walau banyak perubahan terpaksa aku buat tetapi tetap smooth dengan laungan Finale round darinya. Juga sekalung tahniah buat Model serta Riana yang menjadi make up artis untuk para model. Make upnya sangat natural sekali terutama pada model lelaki, kerana ada ramai yang pandai make up wanita, tetapi bila disuruh make up lelaki...muka model jadi macam pondan lah pula. Untuk show akan datang, sure Riana dan Pakwe menjadi pilihan utama. Sesiapa yang inginkan khidmat pengacaraan dari Nadzree atau khidmat make up dari Riana ( dia biasa make artis dan pengantin ) bolehlah menghubungi saya. Model2 pula semestinya boleh hubungi saya under ICON KOS-MOPOINT MODELLING AGENCY
EDWIN & AFIQ DALAM ROUND PERTAMA
ERYN DI ROUND PERTAMA
AFIQ YANG TELAH MUNCUL DI MAJALAH 'REMAJA', ' MANGGA ' & ' YEZZ'
LINDA BERAKSI DALAM ROUND KE2
AFIQ DALAM ROUND KE2
AFIQ DAN EDWIN
EDWIN DAN LINDA
LINDA DENGAN POSE MENGGODA @ CHEEKY
HALIL DALAM SEGMEN ROUND KE3
FINALE ROUND, PARA MODEL DAN SAYA SEBAGAI KEOGRAFER
RIANA YANG SEDANG TEKUN MENYOLEK MODEL
HASIL KERJA RIANA YANG HEBAT













Tuesday, October 20, 2009

BIRTHDAY MRS.X & GATHEING AJK SFC


Ahad lepas kami beramai-ramai berpakat membuat satu parti kejutan buat Mrs.X. Yalah setelah beberapa hari buat make dont know jer pasal besdaynya. Seolah-olah semua lupa hari istimewanya yang jatuh pada hari rabu iaitu 14hb.Oct. Nak buat malam minggu iaitu sabtu, Stacy pula ada Show Gempak Astro di kluang Johor. Rasanya semua sayang Mrs.X dan Stacy pula tahu menghargai orang kuat kelab peminatnya dengan mengatur B'day surprise. Terima kasih pada Stacy yang sponsor kek, juga Naizle pun sponsor kek. Tidak lupa juga trimas pada Cherry yang goreng nasi, sedap juga...dah boleh kawin la Cherry, juga pada Chaq & Chelton sponsor chicken wings dan bontot wakaka, juga pada Tkvie yang murah hati sponsor Pizza. Aku bawa Hinava jer...yang aku minta Mrs.X buatkan keh keh keh, dia Xtau yg tu untuk meraikan besday dia juga wakaka. Meriah juga malam tu dengan kehadiran lebih 20 orang berkumpul meraikannya.

CHAQ & AKU MENJADI PENJAGA PINTU WAKAKA


KENAYANG SAMPAI POSE MELINGKAR WAKAKA

MRS.X TERIMA CIUMAN MMUAH DARI TKVIE & GIFT

X LEPAS PUNYA,WALAU MRS.X HARAMKAN TEPUNG,TAPI KENA KEK JUGA

ADEH...KENYANG SAMPAI POSE LENTOK LA PULA

AMBOI...SI ZURA NI, NAK AMBIL PIC AKU JER

SEMUA HAPPY....ADIB @ SNIPER MCM X HAPPY PULA

NAH KAU!!! BILA sTACY, cHAQ, BERKUMPUL...GOSSIP PUN BERMULA

EVERYBODY CHESSE......








KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.