Thursday, June 11, 2009

TERIMA KASIH DIARI MODEN

Blog bukan hanya ruang untuk meluahkan pendapat, merakamkan peristiwa...malah lebih daripada itu. Pernah beberapa ketika dulu membaca kisah2 curahan perasaan melalui blog seorang kawan. Dia ada menyatakan yg dia risau juga nanti kawan rimas kerana dia asyik memaparkan kisah2 curahan perasaan. Lalu saya komen, tidak ada salahnya memaparkan kisah2 yg terbuku dilubuk hati kerana Blog kita, kita berhak nak letak apa kisahpun. Pada saya, asalkan tidak berbaur fitnah, menghina agama dan kaum, itu tidak salah sekadar meluahkan apa yg tersirat dan tersurat.

Blog adalah satu bentuk Diari moden. Kalau dulu2 orang mencurahkan segala pengalaman dan perasaan melalui Diari, kini blog menjadi pengganti, malah lebih lengkap dengan gambar. Apa yg lebih menariknya, blog ada respond... bukan macam diari biasa yang hanya sekadar catatan harian. Blog ada teman2 yg memberi respond melalui komen dan pandangan. Dalam keadaan resah, duka dan ditimpa kesedihan, terubat juga membaca komen teman2. Terima kasih pada semua, semua komen, pesanan dan nasihat serta pandangan kamoo semua sungguh bermakna dan berguna. Dalam pada org menyalahkan teknologi moden yg banyak membawa keburukkan, ada juga kebaikannya terutama pada yg berada di dalam masalah.

Iyalah...org kata Blog ni ramai yg menyalah gunakannya dgn menjadi medan menghasut, memburukkan parti politik dan mcm2 lagi, tetapi jika digunakan dgn cara yg betul, ianya menjadi medan kita mengenali cara hidup, perasaan dan kehidupan org lain di luar sana. Saya sendiri suka membaca kisah2 teman2 dan blog org lain yg link pada blog teman2 itu. Kadang saya tinggalkan komen, kadang saya hanya sekadar membaca sahaja. Dalam keadaan murung dan rundung, saya lepaskan dan curahkan masalah di Blog baru2 ini. Ada yg beri komen, ada yg datang ke kedai dan ada yg langsung sms dan call sebab saya ada letak peta kedai dan number mobile kat Blog. Jutaan terima kasih pada yg prihatin. Juga terima kasih pada yg call mahu membantu. Saya jenis org yg segan nak terima bantuan, jadi jgn salah faham bila saya menolak. Yalah, sedangkan yg kita kenal sanggup menipu kita, yg tak kita kenal pula nak membantu...mana mungkin saya nak terima budi org macam tu saja.

Terima kasih Blog ( diari moden ), tempat mencurah apa yg terbuku dihatiku... jika tidak...sakit jiwa atau saya dah masuk wad pesakit mental.

4 comments:

rizz said...

yeah mmg diari moden pon ehheheh

suezensuzanna said...

yeah rite.....diary on9..setuju dengan tuh:D

MY HEART & MY SOUL said...

Bro, if U need someone nak dengar masalah, do call me ya, saya ada email number kat bro. Ingat, kawan2 ada disisi selalu

LIZA WORLD said...

Curahkan la apa saja, saya setuju, Blog ibarat Diari Moden. Kalau ada masalah, cari atau jumpa kawan yg betul...jgn menangis dibahu org yg salah...susah nanti jadinya

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.