Sunday, September 25, 2011

OPEN HOUSE KU DIMERIAHKAN ARTIS2 DAN MODEL2, ARRORA SALWA, AESAR & MAX 247

Syukur, rancangan hendak membuat Open House dan menjamu rakan-rakan sempena Hari Raya telah terlaksana. Walaupun perancangan awalnya hanya membuat secara sederhana sahaja tetapi tidak sangka pula ianya menjadi meriah dengan kesudian rakan artis dan Model datang ke teratak saya yang tidak seberapa di Sentul. Gembira tidak terkata bila Arrora Salwa yang popular dengan lagu 'Ahmad', Kumpulan Max 247 yang popular dengan lagu 'Cinta 247' dan Aesar yang popular dengan lagu 'My Girl' serta finalis model dari Pencarian majalah Maskulin dan finalis Kacak Bergaya ( Pancaindera ) dan finalis Manhunt berkumpul menjadikan rumah saya yang kecil dan suram tiba-tiba meriah dan bercahaya dek kerana kilauan para artis dan Model2. terima kasih banyak, serta terima kasih kerana ramai yang memuji masakan saya antaranya yang popular di Sabah, Nasi Kuning, Ayam masak Kicap, Ayam masak Merah, Ayam Masak Bumbu Bali serta Telur Sambal dan Mee Hoon, Mee Goreng, Nasi Himpit, Buah-Buahan dan tidak lupa juga juadah Raya yang ala-ala dulu-dulu tema Kampung seperti Kerepek Ubi Pedas, Kerepak Ubi Masin, Kerepek Pisang, Kuih Baulu, Kuih Semprit, Kuih Makmur dan Kek Lapis, kali ni tiada kuih moden seperti Almond London dan lain-lain. Raya kali ini sangat bererti bukan sahaja dengan kehadiran rakan artis dan Model, tetapi juga sebab Baju melayu yang saya pakai, saya design dan buat sendiri. Percayalah, jika kita yang buat sendiri...rasa memakainya sangat istimewa rasanya.










Wednesday, September 21, 2011

BAJU REKAAN SAYA UNTUK MAJALAH REMAJA

Pada isnin lalu saya telah terlibat dalam fotoshot untuk majalah Remaja. Bukan sebagai Model tetapi sebagai co-ordinator dan pereka pakaian. Ya lah...seperti pelakon, dah lama berlakon lepas tu nak juga naik ke satu tahap lagi menjadi pengarah dan begitulah pula saya. Dari seorang Model yang diarahkan memakai itu dan ini serta disuruh bergaya begitu dan begini tetapi kali ini saya pula yang mengarahkan Model. Satu pengalaman yang menarik apatah lagi bekerja dengan team Karangkraf yang begitu kreatif dan mempunyai idea-idea yang segar. Bayangkan cik Oda memilih lokasi disebuah galeri yang unik dan lepas itu bertukar lokasi ke bengkel galeri yang nampak serabut tetapi bila keluar hasilnya nanti tentu nampak unik dan menarik. Di sini hanya dikepilkan dengan foto yang kecil dan dari jauh sebab jika dikeluarkan semua, nanti tidak ada nilai eksklusif pula bila keluar dimajalah Remaja. Nantikan hasil-hasil rekaan saya yang diperagakan oleh 12 orang talent-talent yang muda dan kacak pada keluaran Remaja yang akan datang.

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.