Monday, April 27, 2009

KE PLKN

Baru2 ni sempat sekejap pegi ke PLKN. Bukan saya yang masuk PLKN, tetapi melawat Gerald di sana. Sempat juga pegi sekejap sebelum buka restoran. Selain saya, yang pegi adalah Mrs.X, Ah Mae, Jeff dan Maximus. Si Max merasa sungguh teruja sangat, ya la...X dapat masuk PLKN, dapat mealawat tempat tu pun dah cukup. Memang seronaok suasana kat sana, cuma panasnya...minta ampun ...huh!. Mrs.X beli empat kotak Pizza sampai tak larat kami berenam nak makan. Bertuah rasanya budak2 sekarang dapat pengalaman ke PLKN ni. Hari tu masa masuk ke Blog Reen, dia pun ada cerita pasal lawatannya ke sana, tapi tempat yang lain.PERHATIKAN TANG SI MAX, STAIL DIA TU MCM ANIP, CUMA ANIP BUAT SIGN 7
AGAIN STAIL TANGAN YANG SAMA
AND TENGOK TU...SAME STYLE AGAIN...GAIN
NI TAK LAIN, ACARA PROMOTE RESTORAN LAGI HEH HEH HEH
NOW RESTORAN NI JADI TEMPAT LEPAK KAWAN2 DAN KENALAN
AH HUA DAN MRS.X SIAP BAWA STEAMBOAT LAGI DAN KAMI MAKAN BERSAMA
SERONOK MAKAN STEAMBOAT, TAPI SI MAX POTONG STIM DGN STYLE TANGANNYA AGAIN AND AGAIN...HUH!

Saturday, April 25, 2009

AKU MENANGIS DAN KAK SENDUK & GANG KE BAYU KINABALU

Saya ni seorang yang payah sangat nak menangis. Mungkin kerana pengalaman hidup yang pahit dan getir sejak zaman kanak2 membuatkan saya berhati kering dan tegar. Tetapi baru2 ini airmataku mengalir juga bila merasa terharu sangat dengan bantuan dan sokongan teman2 sejak Restoran Bayu Kinabalu dibuka. Mrs.X terutamanya banyak memberi bantuan dari segi moral dan tenaga. Sejak awal2 lagi dia sanggup hantar dan membuang masanya utk memberi sokongan. Manakala kawan2 di Stacy's Frenz pula membantu dari segi promosi di blog2 mereka dan datang bertandang ke Bayu Kinabalu. Riana dan Ann siap memuji Soto saya di blog mereka. Haori pula siap letak di Google mengenai Restoran Bayu Kinabalu. Ah Hwa pula,iaitu sister Mrs.X siap bagi dua set table cloth ( 12pcs ) yang ditempah khas mengikut saiz meja Restoran Bayu Kinabalu. Sungguh terharu atas pemberiannya dan sokongan teman2 semua. Itulah orang kata,kita menangis kadangkala bukan kerana sedih sahaja, tetapi masa gembira dan terharu.



Itu kisah yang agak sentimental, dan kini pula kisah agak meriangkan. Baru-baru ini Kak Senduk dan Gang telah datang memeriahkan Restoran Bayu Kinabalu. Mungkin tak perlu bagi saya memperkenalkan siapakah Kak Senduk kerana ramai blogger yg kenal dia. Blognya begitu terkenal dan menjadi pilihan pembaca kerana kelucuan tahap cipan cerita yg beliau utarakan. Pendek kata, kalau dia jual racun pun kat blognya, org percaya itu ubat keh keh keh. Kak Senduk & Gang bukan setakat makan dan minum sahaja, malah mereka siap berkaraoke lagi. Suara Kak Senduk sungguh merdu sekali, kalau mengikut hikayat ceritera dahulu kala, oleh kerana kemerduan suaranya, burung dan unggas yang sedang terbang, berhenti. Yang buta datang berpimpin, yang pekak datang bertanya dan yang lumpuh datang berpapah, semua nak melihat siapakah gerangan yang empunya suara semerdu perindu itu. Meen pula bila nak datang berkunjung? begitu juga dengan Hot mama dan Cyber Wira iaitu boss Kak Senduk, sudi2 kanlah bertandang ya. Thanx to Haimi dan kawan2 yang lain juga, sangat terharu sokongan korang semua. Nanti akan saya jemput semua ke majlis Perasmian Restoran Bayu Kinabalu sedikit masa lagi dan pada kawan2 atau kenalan yang nak ke Restoran Bayu Kinabalu, boleh la call tanya panduan ke sini atau inform jika nak datang sebab kadang Soto dan Bakso selalu habis, kadang terpaksa masak lagi jika ada yang call nak datang. Ni nombor talian yang tak hotline 017-3948369-Kose.

KAK SENDUK SEDANG MENYANYI

YANG LAIN MENJAMU SELERA SAMBIL DIHIBURKAN OLEH KAK SENDUK
BAKSO, ANTARA HIDANGAN YANG LARIS DI SINI
SOTO PULA MENJADI KEGEMARAN REGULAR CUSTOMERKU
NASI KUNING BERLAUKKAN IKAN MASAK 'BUMBU BALI'
MASING2 MENCUBA BAKAT DAN SIAP ADA MARKAH LAGI TERTERA DISKRIN
SILA LAH CUBA YA
KALAU DILAIN KENA BAYARAN RM1.50-2.00, KAT SINI FREE JE BERKARAOKE
TENGAH MENANTI MARKAH
BEE SIAP DATANG DENGAN RAMBUT KEPUK-KEPUKNYA










Sunday, April 19, 2009

MERIAH DI RESTORAN BAYU KINABALU

Hari ni baru hari keempat Restoran Bayu kinabalu dibuka. Tiga hari lepas taklah bagus mana, kira oklah. Orang kata ok la tu for starting. Tapi hari ni busy sangat dari siang hingga ke malam. siang ramai yang order Soto, bakso dan Tom Yam masak dengan air kelapa muda. Sebelah malam pula selain pelanggan sekitar saujana Putra, geng-geng Stacy's Frenz datang all the way from KL datang beramai-ramai selepas bermain futsal. Geng-geng Da Vom pun ada juga. Thanks so much la pada korang semua yang sudi support terutama Abbyanty yang on the house belanja. Pada Ann, Liana, Liza, Casper, Mia, Eleza, Capik, Mrs.X, Ah Hua, Ah Mae,Riana, Nad dan yang lain-lain, jangan serik2 datang ya. Sudi-sudikan la datang lagi ya...dan maaf kerana tak terlayan sangat kerana kebetulan ramai customer luar.















Saturday, April 11, 2009

SELAMAT DATANG KE RESTORAN BAYU KINABALU

Semalam tengah sibuk buat kerja ubahsuai kat restoran, tiba-tiba Mrs.X call nak datang. So saya terus perap kepak ayam dengan rempah untuk buat chicken wings panggang. Sedang bakar arang, tiba-tiba hujanlah pula. Dalam keadaan kalut kerana mereka dah dekat, saya terus panggang separuh kat micro wave dan separuh lagi goreng saja. Kesal sangat BBQ tak menjadi. Keadi agak2 80% siap tapi mereka rasa selesa juga, feel like at home kata mereka. happy sangat kerana memang kat dalam nak macam tu dan kat luar pula boleh macam mamak.
SUSUSNAN MUG DARI SABAH JUGA
SELAIN MRS.X, JUGA AH MAY, ERRY @ HAORI & GERALD
PASANG KARAOKE, TAPI XDE PULA NAK NYANYI
KAMI MAKAN SAMBIL BORAK-BORAK KOSONG

Harapan saya agar bila dah siap sepenuhnya nanti, datanglah ya. Mid of April ni buka lah tu, sila...kan!







KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.