Friday, February 29, 2008

EastToWest Ning's International Album.


EAST2WEST

Ini adalah album terbaru dari penyanyi kesayangan ramai, Ning. Album ini adalah tanda jerit perih Ning dan usaha keras pihak pengurusannya.Bukan seperti lagu Inggeris "In Another Life" yg diselitkan dalam album Bahasa Melayu Ning pada pertengahan 90an dulu... masa kita masih berhingus dan sebahagian dari kita masih di alam persekolahan. Lagu tersebut dan juga sebuah lagi lagu Inggeris rancak ( sekarang dirakamkan semula oleh Jac dalam versi Melayu ) walaupun pernah meraih populariti,namun hanya untuk pasaran tempatan sahaja. Tidak juga seperti album Inggeris penuh Ning "Women" yang hanya khusus untuk pasaran Japan. EastToWest akan menerjah pasaran antarabangsa, khususnya Eropah dan Asia, malah mungkin juga US. Di fahamkan album ini akan mula dipasarkan pada bulan March dan pastinya Ning memberi keistimewaan pada peminatnya di negara ini yang akan memilikinya terlebih dahulu, sebelum dipasarkan ke tempat lain.

Sebagai pembuka selera, telah ditampilkan sebuah single yang bertajuk "Age Of Pollution". Lagu ini adalah sebuah lagu yang rancak dengan muzik yang segar dan lirik yang simple tapi menarik. Walaupun suara Ning begitu sesuai dan terserlah kehebatannya dengan lagu berirama Balada, tapi kita jangan lupa yang sebenarnya Ning mempunyai warna vokal yang pelbagai. Oleh kerana kita telah biasa mendengar Ning menyanyikan lagu berirama perlahan, kita seakan lupa bahawa Ning juga tampak hebat dengan lagu-lagu berirama rancak.

Berbalik pada single "Age Of Polution", iramanya yang segar dan catchy akan bisa dengan mudah mempesonakan hati pendengar. Biarpun belum mendengar lagu-lagu lain yang terkandung dalam EastToWest, tapi saya kira...pemilihan lagu ini sebagai single pertama adalah pilihan yang tepat. Irama sebegini memang popular di Eropah dan mampu menambat hati pendengar dan bakal peminat Ning di sana. Jika kena dengan promosi dan juga sokongan peminat Ning di Malaysia dan Eropah, EastToWest bakal sukses. Tumpuan pemasaran di Eropah adalah strategi yang tepat kerana pasaran Eropah adalah lebih besar dari pasaran US sebenarnya. Kita turut merasa bangga dengan kemajuan karier Ning yang bukan hanya mempopularkan dirinya dan memperkukuhkan lagi legasi seninya, malah turut sama membawa dan mempopularkan nama Malaysia sekaligus. Dengan suara Ning yang asli, hingga hampir tidak ada beza menyanyi secara live dengan suara dalam kaset/CD, saya yakin Ning akan dapat diterima di sebelah Eropah sana kerana peminat disana mementingkan originality dan bukan status semata-mata.

Nota kaki: Bila mendengar lagu "Age Of Pollution", kaki pun ikut bergoyang . Bila mendengarnya pada waktu baru bangun tidur, rasa bersemangat hendak memulakan hari. Ayuh dengarkan lagu ini. Kalau rasa ingin berdansa, layan sahaja...sekurang-kurangnya, lagu ini pembangkit semangatmu dihari-hari yang lesu dan membosankan.

Saturday, February 23, 2008

SIAPA NAK MODEL2 COMEL???





KALI INI AKU NAK BERCERITA HAL YG ADA KAITAN DGN MODELLING, TAPI JAUH MENYIMPANG. MENGAPA? KERANA MODEL2 YG INGIN AKU PROMOTE NI ADALAH KUCING. MENGAPA KUCING? APA KAITANNYA DGN MODELLING?. SEPERTI YG KITA SEMUA MAKLUM...CATWALK TU DI INSPIRED DARI CARA JALAN MODEL YG BERSILANG, PENUH YAKIN DAN CANTIK. TAPI JGN SALAH SANGKA...MODEL LELAKI TIDAKLAH PERLU BERCATWALK SEBEGITU...ALA-ALA SAJA...UNTUK CONTROL MACHO.

BERBALIK DGN ENTRI INI TADI, SAYA ADA MASALAH BESAR YG HANYA ANDA YG MEMBACA BLOG INI SAHAJA YG DAPAT MEMBANTU DGN MENGAMBIL ANAK2 KUCING SAYA, ATAUPUN BERITAHU KENGKAWAN ANDA. SEBENARNYA MASALAH INI MENJADI BEGITU KOMPLEKS SEBAB SAYA NI JENIS PENYAYANG...JGNKAN PADA KUCING, MALAH PADA ANJING YG TERBIAR DAN TERLUKA DI TEPI JALAN PUN SAYA BISA TERSENTUH HATI. JIKA ANDA MUNGKIN AKAN HANYA MELIHAT KUCING2 DAN ANJING2 ITU SEKILAS PANDANG SAJA, TAPI SAYA PULAK...SIAP FIKIR, DI MANALAH MEREKA DAPAT MAKANAN, MINUM AIR DAN BERTEDUH?

MULANYA SAYA ADA SEEKOR KUCHING SIAM BERWARNA KELABU BERNAMA BETSY. BETSY MEMANG SAYA BELA SEJAK KECIL SEBAB SAYA KESUNYIAN DI RUMAH. BILA ADA BETSY...RASA HIDUP SAYA CERIA. SATU HARI..MASA MENUJU KE LIFT DI APARTMENT, SAYA TERNAMPAK SEEKOR LOCAL CATS ( KITTEN ) BERWARNA HITAM PUTIH YG KECIL SEDANG KEDINGINAN DAN KURUS. WALAUPUN TAHU MASALAH NAK JAGA DUA EKOR KUCING, TAPI AKU BAWA JUGA BALEK KITTEN TU SEBAB KESIAN.MULANYA AKU BERI NAMA BALLERINA, TAPI SETELAH KUCING TERSEBUT MEMBESAR...BARU TERBONJOL TELURNYA. ALAMAK...TERPAKSA TUKAR NAMA CHIHUAHUA. MEREKA BERDUA JARANG AKU KELUARKAN DARI KANDANG...KECUALI AKU BENAR2 FREE...LALU AKU BIARKAN MEREKA BEBAS BERMAIN BERLARI, TAPI AWAS...KALAU MEREKA CAKAR SOFA AKU...ATAU KENCING SOFA ATAU KATIL...SIAPLAH MEREKA AKU HUMBAN DARI BALCONY DITINGKAT 8 NI HEH HEH HEH.

BILA DAH SEMAKIN MEMBESAR...KEBIMBANGAN MULA TERASA...BIMBANG KALAU2 MEREKA BERDUA MENGAWAN. KAWAN PERNAH SARANKAN AGAR CHIHUAHUA DIKASI...TAPI MCM X SAMPAI HATILAH PULAK. HARI DEMI HARI PERUT BETSY SEMAKIN MEMBOYOT. AKU TIDAK SANGKA YG SI CHIHUAHUA MUDA BEBERAPA BULAN DARI BETSY...SANGGUP MEMBUAT ONAR HINGGA BETSY TERMENGANDUNG...DAN SATU MLM...AKU TERJAGA DARI TIDUR BILA BETSY ASYIK MENGIAU. MCM FAHAM...AKU LEPASKAN DIA KELUAR...LALU DIA MENYOROK DI BAWAH KATIL. OLEH KERANA MENGANTUK...AKU HANYA LETAK ALAS KAKI KAIN YG LEMBUT LALU SAMBUNG TIDUR.

BILA BANGUN JER,PADA AHAD 14.FEB 2008, LAHIRLAH ANAK2 BETSY SEBANYAK EMPAT EKOR...WAH, INI KAH VALENTINE GIFT YG BERHAK AKU TERIMA TAHUN NI...WAHAHA. ADA WARNA HITAM...ADA KELABU...ADA PUTIH HITAM...TAPI YG AKU X FAHAM...MENGAPA TIBA2 ADA PUTEH ORANGE...SEDANGKAN IBUNYA KELABU DAN BAPANYA HITAM PUTEH, MUNGKINKAH BETSY PERNAH MELACURKAN DIRINYA? ATAU PERNAHKAH DIA BERSCANDAL DGN KUCING JIRANKU? TAPI MUSTAHIL...KERANA BETSY X PERNAH KELUAR DARI RUMAH DAN MOST OF THE TIME KEDUA MEREKA DLM SANGKAR. YG BESTNYA, BETSY DAN CHIHUAHUA HANYA BERAK KENCING DI DALAM BILIK AIR. KELAHIRAN KUCING2 YG AKU NAMAKAN SEMPENA NAMA ANAK CELEBRITIES IAITU MADDOX, ZAHARA ( BRANGELINA ), SURI ( TOM-KAT ) DAN BROOKLYN ( POSH-BECKHAM ) HEH HEH HEH. MASALAHNYA AKU X MAMPU NAK BELA KESEMUANYA SEBAB KERJA AKU YG SELALU BUSY, KADANG PEGI PROJECT SITE DAN KADANG PULAK ADA SHOW DAN FOTOSHOOT DI LUAR KL. KALAU DUA EKOR...SENANG LAH SURUH JIRAN JENGUK DAN BAGI MAKAN, NI DAH ENAM EKOR KESEMUANYA.HEM.....

I WILL PUT ALL THE PHOTO ( NEXT ENTRY ) OF THE KITTEN AND HOPE ANY ONE OF U CAN SETTLE MY PROB...AND ADOPT THEM...PLEASE TAKE MADDOX,SURI,BROOKLYN & ZAHARA. TAKE THEM HOME...PLEASE

Friday, February 22, 2008

IMPIAN KANAK2, IMPIAN BUDAK KAMPUNG.


Memang kisah dlm blog ini X la seceria blog2 org lain yg penuh lucu dan tawa, juga tidak se dramatik blog yg lain yg agak serius.Saya sebisa mungkin menulis yg ringkas dengan nuansa yg lebih santai. Setiap org ada impiannya sejak dari kecil. Kalau masa zaman kanak2...bila cikgu kita tanya apakah cita2 kita bila dewasa kelak, jawaban yg cukup klise pastinya kita dengar, yg budak perempuan akan jawab nak jadi Cikgu atau Jururawat dan yg budak lelaki akan jawab Polis. Ntah la...ada jga yg kata nak jadi penyanyi ( menyebut nama penyanyi yg popular zaman itu ) "nak jadi Mawi... cikgu" ( kalau sekarang ).Seperti biasa cita2 aku sama juga dgn budak2 yg lain akan sentiasa berubah mengikut tahun dan suasana, tapi seingat aku...hanya aku saja seorg yg rela di 'boo' bila menjawab pertanyaan sebegitu masa sekolah menegah..." saya nak jadi model". Di Sabah...model ni bunyinya macam taboo dan agak mustahil. Tambah lagi dengan muka yg berkarat dan kulit gelap he he he ( masa tu memang comot ). Mungkin ramai juga antara kita yg berangan bila nampak wajah model di helaian majalah, poster atau pun tv. Rasanya kalau perempuan memang ramai, tapi kalau lelaki kurang sangat, jadi bila melihat aku terpegun atau meneliti majalah dengan penuh khusyuk...rakan2 akan kata yg aku perasan ( wei....suka aku la..). masa aku naik remaja...( sekolah menegah ) dah banyak stail rambut aku cuba...sebutlah....Tommy Page...kumpulan Bros...dan Rick Ashley...bayangkan di sekolah menegah...berkali kali juga kena tegur cikgu disiplin ( lantak lah he he he).

Semasa masih dalam pengajian...aku mula berangan dengan cuba memulakan langkah...dan percubaan pertamaku adalah Mr.Pretty Boy. Pertandingan ini di jalankan setiap tahun di Sabah...seiring dgn pertandingan Manhunt. Pertandingan ini adalah untuk Remaja lelaki yg Fresh dan belum pernah memasuki mana2 pertandingan. Prosesnya sungguh meletihkan sebab kesemua peserta dikenakan hadir sesi latihan ( catwalk dan grooming ). Masa ni lah baru tau cara sental karat2 muka he he he. Niat utk memasuki pertandingan ini hanyalah untuk menimba pengalaman, kerana aku ada misi yg lebih besar iaitu utk menyertai pertandingan yg begitu berprestij iaitu Manhunt. Walaupun niat utk menimba pengalaman atau suka2 ( jawaban klise )...tapi siapa sangka aku mendapat 1st.Runner up ( naib Juara ) dan yg lebih memeranjatkan...aku juga menggondol dua piala iringan untuk Mr.Friendship dan Best in catwalk ( patut kalau lelaki 'Lionwalk' he he he ). Maka penuh la sash dengan pelbagai title di badanku...juga piala( yg siapa2 pun boleh beli dan tempah sendiri ). walau macam mana pun...gelaran yg penting kata temanku...tapi pada aku, pengalaman tu yg penting, sebab bukan semua org melalui peristiwa seajaib begini ( walaupun ramai peserta yg tuduh aku dan juara pakai pemanis heh heh heh ). Seperti biasa...dalam mana-mana pertandingan...samada anugerah Festival Filem, waima Anugerah Juara Lagu sekalipun...mesti ada soksek-soksek di belakang. Aku antara yg diumpat dengan tuduhan pakai pemanis, manakala si Winner pulak dituduh dimakan oleh one of judges. So...dlm sedih tu, aku bersyukur juga sebab tuduhan terhadap aku, X lah seteruk dan sejijik siJuara he he he ( lantak kau lah labu ). Oleh kerana Tawau tu hanya bandar kedua terbesar selepas KK...so merasa lah juga aku famous dan jadi bualan seantero Tawau ( glamour kampung he he he ).

Biasa lah kan...manusia ni X pernah rasa puas...begitu lah juga dengan aku. Kerana gatal hati dan tercabar oleh desakkan kawan2...aku masuk pulak pertandingan Manhunt. Masalahnya, pertandingan ni mengharuskan peserta memakai swimming trunk. Bayangkan lah...masa itu susuk tubuhku cukup makan saja. Pertandingan Manhunt ini bukan hanya cabarannya pada memakai swimming trunk semata...tapi juga kena melalui proses pemilihan dan penapisan yg begitu rumit. Lupa nak cerita...pertandingan Mr.Pretty Boy...sesiapa pun layak masuk dan terus layak ke final...( mcm proses Ms.World ). hanya di final sahaja kesemua 68 org peserta di saring ke Top20, lepas tu Top10 dan Top5 sebelum di umumkan pemenang. Namun begitu..ada lima pusingan. 1st.Round, pakaian tradisi Malaysia, 2nd.Round pakaian kasual, 3rd.Round pakaian sukan, 4th.Round office wear dan last Round Formal Wear ( baju kot ). Tapi utk manhunt proses pemilihan dibahagi pada empat minggu. Oleh kerana pertandingan diadakan di disco yg sangat terkenal di Tawau, jadi setiap Friday nite di adakan Heat Night. Minggu pertama 1st.Heat ada 15org, pemenang pertama, kedua dan ketiga, layak ke Final. Begitu lah dgn 2nd.Heat, 3rd.Heat dan 4th.Heat. So amazing, saya yg bertanding 3rd.Heat mendapat no.3 dan sekaligus layak ke malam final.

Maka bertandinglah 12 org untuk satu gelaran sekaligus akan mewakili Tawau ke pertandingan peringkat negeri di KK untuk mencari pemenang wakil Sabah di Semenanjung. So sad...aku hanya mendapat 2nd.Runner Up, atau tempat ke3. Ada beberapa penyebab kekalahan aku. Pertandingan ni ada 3 Round sahaja. 1st. Round, kesemua Finalist memakai swimming trunk. Aku selesa dgn ini sebab Bods aku yg padat sempat membuat ruang Club riuh dan bergemuruh. Round kedua...setiap Finalist dikenakan pakaian sukan dan harus beraksi dgn cara pakaian sukan. ada yg pakai baju Rugby, Badminton...siap bawa racket ( that's me, baju T kolar warna putih dan seluar pendek putih ), ada Tenis, bola sepak dan lain2 lagi.Last Round semua memakai Kot. Aku X rasa selesa sebab Kot yg aku pakai agak besar...seluar dia pun x sempat nak pendekkan sebab sponsorship lambat bagi. Tapi yg paling azab adalah bila aku ke Top5, soalan yg diberi agak susah... soalannya berbunyi...'JIKA ANDA PEMBAWA HIV...APAKAH NASIHAT ANDA PADA ORG LAIN?'. mASA TU DGN GEMURUH...LAGI...DGN DEBARAN LAGI...DGN ANGAN2 DAH 'ONE STEP TO HEAVEN' KATA ORG SEBAB DAH DI tOP5...APA LAGI, AKU HANYA MAMPU JAWAB..."KALAU SAYA PEMBAWA HIV...SAYA AKAN NASIHATKAN ORG AGAR JGN JADI MCM SAYA". sEPERTI BIASA...DAH HABIS PERTANDINGAN, BARU RASA DIRI BODOH...DAN TANYA DIRI SENDIRI MENGAPA X TERFIKIR JAWABAN MCM NI..." KALAU SAYA PEMBAWA HIV...SAYA AKAN NASIHATKAN ORG AGAR JGN MELAKUKAN SEKS BEBAS...PAKAILAH CONDOM BILA BLA...BLA...BLA. HUH...GERAM TAU.

OK LAH...NEXT, AKU AKAN CERITAKAN PENGALAMAN MEMULAKAN LANGKAH KE KL DAN BEBERAPA INSIDEN PAHIT...MANIS DAN LUCU...SEBELUM TUTP BUKU...THANX FOR READING THIS SIMPLE BLOG ( BOSANLAH HE HE HE ).


KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.