Thursday, June 4, 2009

MISTERI NUSANTARA...NGERI & MENAKUTKAN



Susah nak percaya dan tidak terfikir dek akal benda ni akan berlaku pada saya. Bak kata orang sekarang, tak tercapai dek akal mu. Bukan saya tak percaya hal-hal bomoh membomoh ni, but sengaja elak supaya tak masuk ke alam misteri macam ni. Kalau dulu ada masalah, ada jer kawan suruh mandi bunga la bagai...tapi saya cool jer dan ignore benda-benda ni. Tapi sejak akhir-akhir ni, banyak benda berlaku pada saya dan restoran saya, cuma malas nak layan, tapi pagi ni bila anak buah saya call kata sebaik mereeka buka kedai, lantai penuh warna kuning dek ntah apa...belerang ker atau kunyit. Aduh!, siapa la yang punya angkara. Apa makna semua ni? apa yang mereka tak puas hati?. Ni dah kali ketiga tau. Sebelum ni tetiba ada telur ayam kampong tiga biji kat luar kedai. Mustahil ayam bertelur, lagipun manada ayam kampong kat kawasan Bandar Saujana Putra ni. Beberapa hari sebelum tu pula, ada pasir dgn paku karat bertompok kat depan kedai. Ni la masalah orang kita, tak boleh nak lihat orang lain senang. Apa masalahnya? Sampai bila orang kita nak maju kalau dengki mendengki? Sebelum ni kalau saja restoranku penuh, ada jer orang restoran lain ulang-alik lalu dengan kereta asyik tengok2 tempat kita. Nak tuduh dan mengamuk...tapi Xde pula bukti...tapi angkara siapa pula? Saya ni yang tak suka cari musuh dan susah nak sakitkan hati orang lain. lagipun saya tak pernah rasa iri hati kalau ada kawan2 atau orang lain berjaya. Malah saya tumpang gembira dan beri dorongan lagi. Saya sedih sangat lah dengan keadaan macam ni, kalau nak restoran laku, buatlah konsep nice walau dengan kos yg murah. Masak sedap2 dan letak harga murah...itu jer cara terbaik yang boleh tarik orang datang nak masuk bila tengok konsep kedai menarik hati dan harga murah serta masakan sedap pula akan mengikat pelanggan datang lagi...itu jer rahsia saya, takde bomoh2 atau dengki kan orang lain.

7 comments:

rizz said...

aduss siannya kat abg kos..sape la pnye angkara tu kan.saba jelah k:'(

arep said...

seram la dengar kos.. apa kata u cuba lak solat hajat mintak jauhkan semua tu.. ada ayat pendinding gak.. doa2 .. baca 4 kul etc..

sabarlah kos

iyllienaz said...

itu la manusia..xboleh lgsg tgok org laen yg lebih maju..ade je cara nk jatuhkan org laen..be strong bro..

chimera said...

kena ikhtiarkan sesuatu kos... cari ustaz yag handal2 yg boleh guna ayat2 Allah sebagai pelindung... Hal alam-alam ghaib ni kita kena percaya jugak... Jin2, syaitan2 semua tu, kita kena percaya kewujudan makluk tu, dan manusia2 dengki memang sentiasa ambik peluang jadi pengikut makhluk2 jahat tu...

Ikhtiarkan sesuatu.

Anonymous said...

betul kata Chume tu, U kena ikhtiar Kos, nanti parah jadiny. memang manusia punya sifat dengki dan ada yg X senang tengok org lain maju. U if got problem pls talk to me ya, lama U senyap dari kengkawan - AMIRUL

Heartless Devilish said...

ada juge org maen manderam skrg kan?
aku dok dengo isu manderam je skrg..
takot tol la dengo

peTT said...

aiseyman bro...saba jek la...try pegi Daru Syifa' kat bangi tu...minta tolong ustaz2 kat sana..

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.