Friday, May 29, 2009

BERLAKON VIDEO KLIP UNTUK MENTOR 3

Hmm...ingatkan nak buat surprise kat kengkawan masa menyaksikan Mentor 3 ahad lepas, rupa-rupanya Chaq dah bongkar rahsia dengan memberi tahu beberapa org kuat CUZ. Pada rancangan awal saya, nak tengok show bersama2 kengkawan kat bawah, lalu pertengahan show pura2 ke tandas, lalu buat mereka terkejut bila nampak saya tetiba muncul masa persembahan kedua Chaq. Well...no more surprise kecuali beberapa kawan yang menontonnya kat rumah.
Persembahan kedua Chaq, dia menyanyikan lagu dendangan kumpulan Kerispatih ' BILA RASAKU INI RASAMU'. Ajai memerlukan 3 orang pelakon untuk menjayakan persembahan ala-ala Video Klip 'live' ini. Selain saya dan Chaq, Liana Jasmy dan Kefli AF2 terpilih berlakon sama. Kisah bermula bila Chaq menelefon GF nya untuk ajak keluar makan malam. GFnya menyatakan dia tak sihat dan berehat di rumah ketika itu. Oleh kerana Chaq telah ada di area Cafe, dia bercadang hendak makan seorang. Tiba-tiba sedang nak duduk dia ternampak GFnya sedang minum dengan seorang lelaki lain. Hancur luluh hatinya. watak saya pula sebagai waiter memberikan Menu kepada Chaq. Mamat ni ambil menu membelek dengan kepala kosong lalu memulungkan menu tanpa berpaling pada saya. Saya merasa pelik, lalu memandang kearah Chaq ...kemuduan ke arah meja GFnya...lalu berkata...dengan kebingungan..."Erm...whatever..." lalu blah. Heh...heh ...heh...sebenarnya susah berlakon tanpa dialog ni. kalau ada dialog, atleast orang boleh faham jalan cerita, lalu gaya dan memek muka kitalah penterjemah kisah drama tersebut.
MULANYA AJAI RASA SEJUK JUGA SEBELUM KEPUTUSAN, BILA TAHU MARKAH CHAQ TERTINGGI MALAM TERSEBUT, LEBAR LA PULAK SENYUMANNYA

SEMPAT BERGAMBAR DENGAN PESERTA MENTOR LAIN IAITU THYE

Selepas show, kami beramai-ramai chill-out kat cafe Waikiki yg kebetulan dekat dengan hotel penginapan peserta Mentor. Lepak lah kami dgn Chaq...sesekali protege lain seperti Black, Thye dan Sani muncul sekejap.







Saturday, May 23, 2009

TAWARAN MODELLING YANG LUMAYAN LAGI

Adoi!!! terkejut dapat email dari seorang yang bernama Riza ( siapa ya? ). Rupanya dalam sibuk bersorak sorai tu, tak perasan ada orang ambil photo saya kat skrin besar tu. Dia mengirimkan email gambar dengan ayat mengatakan pic menarik dengan wajah yang teruja. Keh keh keh... sebenarnya nilai pic saya kurang bila senyum. Kebanyakkan masa fotoshoot, jurufoto meminta saya jangan senyum kerana resultnya lebih menarik dan ada unsur wow pada mereka. Ntah la, tapi mereka lebih arif lagi...kan?. Ok berbalik cerita pic di atas, ada ramai yg email saya dari orang yang tidak dikenali hingga sms dari rakan2 dan kenalan bertanyakan tak sibuk ker menjadi President fan Club Stacy dan kini busy dengan Chaq di Mentor pula. sebenarnya ramai yang salah faham, saya bukan tamak nak bolot semua. Stacy's frenz berkeluarga, itulah konsep kami. Chaq dan Stacy juga family, so saya sebagai famili harus juga support Chaq. Kalau aksi terlebih sudah kat mentor tu...itu diluar kawalan kalau kita dah happy keh keh keh.

Nampaknya saya terpaksa berkerja keras menaikkan dan memantapkan body semula. ini kerana saya telah mendapat tawaran baru untuk iklan website. seperti yang anda pernah lihat di www.manhut.com begitulah lagi sekali saya akan membuat aksi2 pose panas dan terlampau. orang kata rezeki jangan ditolak, so baik buruk itu sata tau dimana letaknya. Cuma fikirkan ini soal kerja, think positif. So saya ada sedikit masa untuk built up my body, harap kali ni fotshoot berjalan dengan cepat, tidak seperti dulu dari pagi sampai malam di studio sambil terketar2 tu kerana air-cond sejuk sangat dan saya cuma pakai spender sambil di spray seluruh badan dengan air...huh...sejuk sampai terketar gigi tau. Apa2 pun, suasana dan tempat berbeza kali ini, tapi yang pasti pulangannya baik juga...perhaps.

STACY KAT JELAJAH 11 ERA & B'DAY ANIP

Saturday busynya tidak terhingga, siang pergi second screen test, petang ke Jelajah 11 ERA dan sebelah malam pula gathering dengan members stacy;s Frenz meraikan birthday Anip dan perpisahan sementara dengan Capik yang akan menyambung pelajaran di pahang. Kebetulan lama terperap kat Bandar Saujana Putra, busy dengan bisnes restoran sampai badan kurus kering. Apa tidak kering, malam lewat tutup kedai...dan awal pagi kena bangun lagi buka kedai. Hmm...tapi walau penat sekalipun, bisnes ni kira macam untuk masa depan juga. Apapun, saya sangat gembira kerana berkumpul beramai-ramai dengan ahli Stacy's Frenz.
REZA DENGAN AKSI-AKSI SPONTANNYA
DIA NI PELAPIS PENGACARA DI MALAYSIA, BAKAL PENGACARA POPULAR NO.1
STACY BERBAKAT DALAM BIDANG SOLEKAN, BAIK BILA MASA KECEMASAN
STACY PUN SUPPORT ERA JUGA TAU
WAH!!! very nice cake...MU yg menjadi pujaan Anip dan capik
Eppy besday Anip
POSE ORANG KELETIHAN HEH HEH HEH
SANTAI DAN HAPPY SUASANA DI RUMAH MRS.X
APAKAH ITU? INILAH INAVA...MAKANAN ISTIMEWA SABAH
AKSI LUCU BEREBUTKAN INAVA YG BEGITU SEDAP. IANYA DARI RAW FISH,HALIA, CILI PADI , GARAM DAN PERIA, HMM...KECUR AIR LIUR

Saturday, May 9, 2009

KEMATZ & GANG MENYINGGAH KE BAYU KINABALU

RESTAURANT BAYU KINABALU & CAFE, NO.54, JALAN SP 4/28, BANDAR SAUJANA PUTRA, JENJARUM, 42610 KUALA LANGAT, SELANGOR D.E

Minggu lepas Kenatz dan kengkawannya datang ke Restoran bayu konabalu. Akhirnya...kataku. Walaupun mereka terlajak, tetapi kerana kegigihan mereka, sampai juga ke bandar saujana Putra. Agak ramai juga yang tanya pasal alamat dan peta ke restoran ni, so kat sini tempekkan juga lah alamat dan peta sekali. Happy sangat bukan hanya Kematz sudi datang support bisnes saya, tetapi kerana telah agak lama X jumpa dia. kami mula kenal semasa kehangatan konsert mingguan AF6 tahun lepas. nadia FC dan Stacy's frenz memang X gaduh punya, walau ada juga yg sengaja nak api2...kan. Kawan kematz Xtau apa itu bakso dan X pernah dengarpun. Walau telah memesan tomyam ayam, tetapi kerana dek godaan selera Kematz yang order utk kali kedua malam tu...akhirnya dia memesan juga. Apa komennya? "ERM..SEDAP", arghh...hilang rasa penat seharianku di restoran. pada Kematz, thanx so much. Sudi...sudikanlah datang lagi ya, cuba pula chicken wings panggang dgn kicap special resepi Sabah.



GAMBAR-GAMBAR DICILOK DARI HAMPEH.COM - CREDIT TO KEMATZ

Sunday, May 3, 2009

AJAI MENCARI JUSTIN TIMBERLAKE MALAYSIA



Ramai yg sedia maklum tentang program MENTOR yg bersiaran di TV3 setiap ahad 9pm. Untuk musim ke3 ini, saingan amat sengit sekali. Selain Jac, Awie juga menjadi Mentor untuk kali ini dan pasti sekali ada peminat Jac atau awie yang mengundi bukan disebabkan Protege mereka, tetapi kerana mereka minat pada kedua-dua penyanyi tersebut. Namun begitu, Chaq sangat bertuah sekali kerana dipilih oleh Ajai yang kita semua sedia maklum yg beliau ini seorang yang sangat2 cerewet. Kiranya Chaq benar2 bertuah kerana Ajai pasti tak akan membiarkan anak didiknya tanpa lagu baru kelak samada Chaq menang ataupun tidak. Lebih2 lagi Ajai memiliki syarikar rakaman sendiri. Berbalik pada persembahan pengenalan semalam, sambutan begitu meriah sekali terutama Chaq yang menang sorak dan jeritan tak henti2 sepanjang dia berada di pentas. Namun begitu, semasa dia diinterview di belakang pentas, sorakan masih kuat dan panas. Syabas pada para penyokong Chaq. Kalau ada masa, layanlah Website atau Blog CUZ @ Chaq Ultimate Zone.
INI BARU SEBAHAGIAN DARI PENYOKONG CHAQ
PADA TEMAN2, JANGAN LUPA VOTE YA
WAJAH2 CERIA STACY'S FRENZ
WAH...MRS.X SIAP BERHOYEH-HOYEH
CHAQ TERSENYUM GIRANG MELIHAT PARA PENYOKONGNYA
NAH...INILAH BAKAT YG BELUM ADA DI MALAYSIA
PENTAS MENTOR 3 CANTIK SEKALI

Samada percaturan Ajai mencari Justin Timberlake menjadi atau tidak, semuanya terserah pada takdir dan kemudian pengundi. Tapi seperti yang saya katakan, Chaq akan muncul juga dengan lagunya sendiri kelak. Mana ada artis lelaki yang boleh menyanyi dan menari di Malaysia saat ini. Yang ada ramai menyanyi malas, tegak atau setakat tangan ke kiri kanan. Kalau lagu rancak pula, harap back up dancer saja yang menari, tetapi penyanyinya tidak menari. Sudah sampai masanya kita lari dari lagu yang meleleh dan mendayu-dayu...melelh dan cengeng...kecewqa merana...huh...letih dengar. Semuanya stereotype, tidak ada kelainan abntara penyanyi lelaki lain dgn imej lagu slow milo ( mylo ). Sepatutnya penyanyi lelaki kita mencipta imej lagu berbeza atau tersendiri, baru penanpilan mereka diingati dan menjadi sejarah biar mereka muncul sekejap saja...tetapi kesannya berpanjangan dan mencipta rekod kerana kelainan yang ditampilkan.

Friday, May 1, 2009

KAWAN2 LEPAKING KAT RESTORAN BAYU KINABALU

Semalam Geng-geng Stacy's Frenz telah datang beramai-ramai ke Restoran bayu Kinabalu siap buat surprise buat saya. Rupa-rupanya mereka berpakat membeli sebuah jam besar untuk diletak kat restoran. Terima kasih pada yang sudi beri hadiah dan memeriahkan lagi restoran saya. Enjoy dengan korang semua, berkaraoke sampai suara nak pecah keh keh keh. Disamping berkaraoke, kami siap BBQ chicken wings dan kerang bakar.


NI LA TEMPAT LEPAK BARU KAT BELAKANG RESTORAN, MINI GARDEN TEMPAT MAKAN DAN MINUM


KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.