Monday, November 29, 2010

MENGAPA KITA SUSAH KAWAL BERAT BADAN ATAU BENTUK TUBUH?

Ramai yang cuba dan berusaha bersungguh untuk kurus atau mengurangkan berat badan tetapi tidak berhasil. kalaupun berhasil, tetapi kesannya cuma sedikit. Itulah perlunya kita memasak makanan kita sendiri. Cuba beli seekor ayam dan bersihkannya. dari seekor ayam yang beratnya 1 1/2 kilo itu, hampir 1/2 kila yang kita buang adalah lemak, itupun jika dibesihkan betul-betul. Tetapi jika kita makan diluar samada direstoran atau gerai, kita akan termakan lemak dan kalori yang tinggi kerana lemak-lemak tersebut tidak dibuang. Bukan semua restoran, ada juga restoran yang pemiliknya begitu prihatin tentang hal lemak dan kalori ini tetapi pekerjanya pula yang tidak peduli kerana fakror malas atau mahu cepat. Selain itu ada yang sengaja menyimpan lemak untuk menjadikan masakan berminyak dan rasa lemak seperti masak lemak, kari, masak kicap dan sup. Selain itu penggunaan monosodium glumate yang banyak juga menyebab rasa masakan sedap tetapi akan menyebabkan keguguran rambut dan penyakit buah pinggang. Jadi tahulah anda mengapa ramai anak muda sekarang gemuk dan botak selain banyak penyakit walaupun mereka belajar sains dan ada antaranya yang bekerja dihospital tetapi masih gemuk walau mereka tahu teori dan diet untuk kurus dan sihat. Sebaiknya kita makan masakan sendiri kerana kita tahu jumlah kalori yang kita ambil dan boleh seimbangkan mengikut piramid makanan. Jangan percaya masakan yang sedap, bahaya.
TENGOKLAH BUKTI LEMAK YANG SAYA DAPAT SEMASA MEMBUAT OPEN HOUSE HARI RAYA HAJI BARU-BARU INI.

ABPBH 2010 SUDAH TIBA

Sudah lama tidak mengemas kini Blog ini kerana kesibukkan bekerja dan kuliah, juga ke Gym dan ke kelas Muay Thai. Oleh kerana ABPBH telah muncul kembali, lalu saya dengan rasa prihatin memberi beberapa panduan untuk para pengundi. Ramai yang berkempen dan tidak kurang juga yang mempertikaikan peluang dan kelebihan artis pilihan masing-masing. Malah ada yang memberi peringatan agar jangan komen artis lain dan undilah artis pilihan masing-masing.

Sebenarnya adalah salah atau tidak tepat pendapat sebegitu kerana untuk peringkat pemilihan ini yang paling utama kita harus mengundi artis yang tidak digemari dan kurang popular, barulah memilih artis pilihan kita. Sebagai contoh, jika Adira tersenarai ke Top5, peluang untuk Stacy menang adalah tipis kerana undi penyokong dari Sabah terpecah dua dan akan memberi peluang besar untuk Yuna menang.
Peluang untuk merebut trofi Penyanyi Lelaki Popular adalah sama rata kali ini dan antara nama-nama yang berpeluang adalah Shahir, Faizal Tahir, Tomok, Black dan Akim. Untuk kategori Penyanyi Wanita Popular pula adalah terbuka luas sejak Datuk CT menarik diri tetapi antara nama yg disebut-sebut adalah Yuna & Stacy. Manakala peluang untuk Artis Baru lelaki & Wanita selalunya terjurus kerana limpahan populariti AF. Jika artis baru lain ada peluang 30%-40%, tetapi peluang untuk Adira dan Shahir adalah 50-50. Pada yang mahu membeli secara pukal, hanya RM1.20 sahaja berbanding diluar RM1.50 senaskah. Beli terus ke NSTP atau hubungi wakil pengedar atau bahagian pemasaran Berita Harian. Selamat mengundi dan selamat menderma umtuk artis kesayangan anda.

Tuesday, November 9, 2010

RUPANYA AKU JER YANG SENGKEK

Selalu terfikir kenapa tiap kali lunch tak ada student yang nak lepak kat Foodcourt ataupun mamak stall. Fikir, punya fikir tetap tak habis fikir. Tapi bila baca profile para pelajar kat Kolej, baru dapat jawaban selama ini bermain difikiranku. Selain terdiri dari anak-anak Datuk, Tan Sri, ahli perniagaan, ada juga pelajar yang isteri muda kepada datuk. Rupa-rupanya aku saja pelajar yang paling sengkek kat kolej ni, patutlah bila sebut saja yuran RM22,500.00 setahun, ramai yang terlopong, itu belum lagi alatan lukisan, harga kain dan perincian serta alatan menjahit. Bila fikir balik, memang perangai aku ni suka menongkah arus. Kat Kampung kakak berkeras nak pegi sekolah Cina dan aku sekolah swasta Inggeris walau tau tak mampu yurannya mahal. Dulu masa kata nak jadi Model, ramai kawan-kawan dikampung ketawa dan kata mustahil sebab kita tidak ada rupa Pan Asian. Kata mereka tak pernah ada rupa kampung selain wajah-wajah Pan Asian yang muncul dimajalah dan dada akhbar. Tapi aku tetap degil dan yakin satu hari nanti wajah Kampung akan menjadi penghias majalah dan poster. Dan saya telah membuktikanya kerana kedegilan itulah saya muncul artis/model pertama penghias Poster majalah Inggeris GALAXIE yang sebelum itu hanya menyiarkan cerita tentang artis tetapi tidak sebagai Poster. Selain Poster saya juga menjadi penghias Mini Poster majalah SENSASI LELAKI, menjadi Back Cover majalah HAI , selain dijemput majalah REMAJA, IMPIANA, APARTMENT dan pelbagai akhbar seperti The Star dan The Straits Times. Dare to dream? I will...





Sunday, November 7, 2010

BERALIH ANGIN

Memang Idea ni sangat gila, ingatkan saya boleh merintis menjadi Model yang pertama menjadi designer dalam Malaysia tetapi rupa-rupanya ada 2 orang Model yang sebelum ini juga beralih arah tetapi sesekali masih membuat Modelling untuk pakaian rekaan sendiri. Mereka adalah Datuk Benard Chandran dan Orson Li Yu. Menjadi orang ketiga Model yang beralih ke bidang Feshion Design pun masih rekod terbaik untuk diri sendiri kerana sekurang-kurangnya saya menambah title yang ada dalam diri. Sebelum ini pernah menjadi Pelakon, Peragawan, Pereka Hiasan Dalaman, dan kini Pereka Fesyen menjadikan saya memegang 4P dalam diri setakat ini. Bukan soal tamak hendak grab semua tetapi saya percaya tuhan telah melahirkan saya dengan pelbagai bakat dan jarang orang dapat Gifted yang sebegini banyak. Mensia-siakan bakat atau Gifted yang tuhan beri adalah satu pembaziran. Cuma yuran pengajian untuk mengambil diploma dalam bidang Fashion Design ini sangat mahal iaitu RM22,500.00. Itu tidak termasuk lagi untuk membeli sendiri bahan-bahan seperti kain, benang dan hiasan untuk setiap assignment yang diberi setiap minggu. Manakala bahan-bahan dan peralatan melukis dan mereka pula sangat mahal dan seperti yang saya tanya pelajar yang lain, jika tidak ada RM50,000.00 jangan cuba-cuba memasuki Kolej ini. Tapi saya percaya setiap pengorbanan ada balasannya jika kita berusaha gigih kerana ada juga pelajar yang baru setengah tahun membuat pengajian telah mendapat tempahan dari artis dan datin.


Wednesday, November 3, 2010

MAKAN MINUM DALAM TANDAS

Hari ni genap 2 bulan saya tak update Blog. Bukan apa, sibuk dengan kerja dan pergi kolej. Ya la, dulu kerja sahaja, jadi adalah masa sengang,tapi bila dah kembali belajar dan bekerja dalam masa yang sama, jadual harian lari jauh dari yang biasa. Baiklah, kerana lama tak ada cerita baharu, jadi nak cerita sedikit tentang pengalaman saya yang bukan semua orang dapat rasakan. Oleh kerana ada 3orang kawan datang dari Sarawak, saya berkira-kira nak bawa mereka ke tempat yang istimewa, pelik dan lain daripada yang lain. Tiba-tiba teringat sebuah restoran yang berkonsepkan tandas...lalu saya membawa mereka ke sana. Interior restoran ni memang sangat istimewa, mejanya berbentuk sinki dan bangkunya pula adalah mangkuk tandas. selain itu segala makanan dihidang dalam bekas yang berbentuk mangkuk tandas atau tub mandi. Tapi jika anda mencuba-cuba pergi ke restoran ini, jgn sesekali memesan ais krim coklat, kerana bukan sahaja dihidang dibekas berbentuk mangkuk tandas, malah bentuk ais krim yang berwarna coklat dan berpintal-pintal sebiji macam najis. Ada berani nak cuba?






KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.