Tuesday, January 12, 2010

AJL 24, STACY MENANG JUGA...TAHNIAH


Hah!!!, kan berbulu hati sipengutuk...Stacy menang Artis Pilihan AJL yang dipertandingkan oleh Hotlink melalui sms. Menang RM5K...ok lah tu. Pandai-pandai sipengutuk komenkat Blogku dan kat chatboxku kata padan muka aku Stacy kalah AJL dan dia kata lagi, tu la...over confident. Boleh cakap macam tu? bila pula dalam tulisan aku kata Stacy akan menang? Aku hanya mendoakan saja. Anyway, komen-komen busuk tu aku dah delete...padan muka. Bukan aku tak boleh terima komen, kalau sekadar komen membina tak mengapalah, ini kutukan. Aku tak pernah pun kutuk penyanyi lain, kalau tegur membina mungkinlah.

Berbaloikah Stacy menang award Hotlink dengan wang iringan RM5K tu?. Mestilah berbaloi. Ada juga yang tak puas hati kata ala...another Juara SMS. Ada aku kesah? yang penting Award Stacy bertambah dan masyuk. Stacy dah berlatih bersungguh-sungguh, berminggu-mingu dan masa sakitpun dia attend latihan. Bukan senang buat persembahan macam yang Stacy buat, mana nak ingat lirik, mana nak ingat step tarian...itu belum lagi nak kawal suara agar flow walaupun sedang bergerak. Stacy bukan control suara berdiri tegak. Cubalah korang berlari sekejap ...lepas tu berhenti lalu bercakap...tentu tercungap-cungapkan? Bayangkan anda menyanyi sambil menari. Tak payah cakap jauh la, cuba anda bercakap sambil berlari...nah, itulah kuasa Stacy yang patut juri ambil kira dari segi susahnya dia beraksi berbanding penyanyi yang hanya berdiri menyanyi atau duduk. Tapi apa yang paling penting, Stacy menang dihati beribu peminat ( beribu juri ) yang dari beribu pendapat dan bukannya menang dari 8 orang juri. Mana yang lebih baik...menang dipilih oleh 8 orang juri atau menang dipilih oleh beribu orang?, lu fikirlah sendiri.

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.