Thursday, March 26, 2009

KEDAI BELUM BUKA, BISNES DAH JALAN

Ntah la, ada banyak cabaran nak berniaga ni, ada saja masalah kecil yg kalau dihimpun jadi besar dan banyak juga. Tapi biasalah...kan, manada kerja Xde masalah...kan!. Walaupun nak buka secepat yg mungkin kerana sewa dah berjalan, tapi Chef kita busy la pula dgn rancangan memasak utk Tv dan teman penyanyi popular tu ke sini-sana. Walau bagaimana pun, yg bestnya, kedai belum buka, tapi dah banyak tempahan poster dan banner dari org. Tentu ramai yg terkejut...kan? hari tu war2kan nak buka restoran...mengapa tetiba jadi bisnes printing pula? Restoran camana pula?.

Sebenarnya memang restoran, tapi satu sudut tepi saya buka side bisnes iaitu KOS PRINTING & DESIGN HOUSE. Ya, la...kena ada banyak lubang kalau nak more income...betul tak?. Mula2 tu saya menerima tempahan dari ah ken, agen hartanah yg juga tempat saya deal sewa kedai tu. Bila dia tau saya buat printing juga, lalau dia tempah Banner pelbagai saiz FOR SALE/TO LET, yg ni saya bagi murah sebab X payah design dan X perlu photo, hanya ayat tu dan nama juga nombor handphone nya. kalau kamu ternampak namanya di sana sini di setiap Apartmen, kedai dan teres house tu, tu tempah dari kedai saya lah. Printing & Design bererti saya pun ambil job design rumah dan kedai serta pejabat...ialah, tu my expertise, kena la praktikkan selalu, kalau X, berkarat ilmu yg ada.

NI LA SUDUT PRINTING DIDALAM RESTORAN BAYU KINABALU TU

PELBAGAI JENIS JUGA YG SAYA BUAT SELAIN PRINT BANNER DAN POSTER


BUAT MUG, KAD KAHWIN DAN JEMPUTAN SERTA PAPER BAG PUN ADA


SELAIN ITU BAJU T.SHIRT DAN SHORT SLEEVE UTK CORPORATE UNIFORM

KELAB PEMINAT IFA RAZIAH PUN TEMPAH DARI SAYA TAU

MEREKA BUKAN PUAS DARI SEGI DESIGN,TAPI JUGA HARGA YG SAYA BAGI

MEREKA TEMPAH TIGA KEPING BANNER SEKALI TAU

SEMENTELAH POST ENTRI PASAL NI, SAYA TERPAKSA LAH BAGI PIC SIKIT2 PASAL RESTORAN, ITUPUN SETELAH RAMAI YG TANYA PASAL KONSEP RESTORAN TU.

NI LAH RUPA KEDAI TU SEBELUM DIUBAHSUAI DAN HIAS


NI SETELAH DI CAT DAN DIHIAS...BUT INI SEBAHGIAN JER TAU

KALAU PERASAN, ADA LAGI PENAMBAHAN DINDING KAT SITU

LAMPU UNTUK BUFFET AREA

NI LAMPU KHAS UTK SOFA SET DI SUDUT RELAX DAN BERKARAOKE


Ok, harap Mrs.X dan Joe serta Irwan puas hati dgn gambaran sikit2 yg saya beri. X boleh tunjuk semua, tunggu lah April nanti ya. kiranya ini hanya warm up atau pembuka selera jer, harap stacy pun free masa tu...but sepanjang April dia busy sangat, apatah lagi ada ABPBH kat genting dan show sana -sini.














Tuesday, March 24, 2009

SABAH...SEAFOOD PARADISE

Talk about seafood, Sabah memang terkenal tang benda ni. Bukan setakat murah, malah fresh lagi. Kat KL bukan hanya mahal gila, malah kebanyakkannya tidak lagi segar kerana segalanya di bawa dari luar KL. Saya pernah juga menikmati seafood di area Selangor dan Johor, tetapi still seafood Sabah murah. Mungkin kerana tahap hidup kat Sabag dan masih ramai penduduk di sana yg kebanyakkannya bertani dan menjadi nelayan sebagai pendapatan tetap. Kalau nak ikan paling segar dan murah, kena pergi di sebelah timur Sabah seperti Semporna, Lahad Datu dan Tawau. Kebetulan baru2 ini balik ke Tawau, apa lagi...terus Seafood segala bermain dibenakku. Di area Sabindo berselerak restoran dan gerai makan, tinggal pilih saja mana yg rasa suka. Saya memilih sebuah restoran yg agak santai di Highway Sabindo. Meriah sungguh kat area sini, tapi hanya pada sebelah malam.
PELBAGAI JENIS MAKANAN LAUT BOLEH DIPILIH DI SINI,SEMUANYA SEGAR
KERANGNYA PUN BESAR2 DAN ADA YG SEBESAR PENUMBUK, ADOI!!! BESARNYA
MALANGNYA BUKAN MUSIM UDANG GALAH, TERPAKSA AMBIL DUA IKAN, IKAN KERAPU 'MASAK TIGA RASA' DAN IKAN MERAH 'MASAK SWEET & SOUR'
YANG LAIN BUTTER PRAWN, SOTONG SALUT TEPUNG DAN SAYUR KANGKUNG BELACAN
TIME NI KIRA LEPAS GERAM, KERANA IKAN DAN UDANGNYA MANIS
BUDAK SORANG NI, XNAK MAKAN, ORDER AIR KELAPA TAPI NAK ISI KELAPA JER
Dalam order banyak lauk pauk mcm ni pun hanya RM202.00 sahaja, kalau kat KL dah hampir empat kali ganda. Tu la seperti yang saya kata, berblog ni kita boleh berkongsi idea, perasaan dan cara hidup orang lain. Kiranya X payah melancung ke tempat sebenar, cukup melawat blog rakan2 sahaja.





Thursday, March 19, 2009

MARAH IBU, TETAP SAYANG ANAKNYA

Peluang balik ke Sabah semasa mengikuti Tour dan pelancaran album Stacy minggu lepas telah membongkar rahsia emakku, mungkin dia tak sempat sorok kerana saya sepatutnya stay overnight kat KK. Seusai dari KK, saya kembali ke Tawau untuk menjenguk emak di Kg. Mulanya ke Balung yg dekat dgn Tawau Airport, tetapi mak tak ada, rupanya dia di rumah lama kami di Tawau Lama, dekat Rich Park. Sempat membongkar rumah emak, dan terbongkar juga satu rahsia mak. Setahu saya dia benci saya buat modelling dan berlakon. Apatah lagi bila setiap kali keluar majalah saya selalu melondehkan baju dan seluar, maka malu lah mak dengan kutukan dan umpatan jiran2 sekampung. Walaupun saya terluka dgn sikap mak yg tidak mahu sokong minat saya dalam lakonan dan modelling, tapi saya tahu dia lebih terluka dari hati saya sendiri. Bayangkan hampir tiap hari dia mendengar umpatan org kampung tentang perihal hidup pelakon dan model yg hidup bebas dan jarang beramal pada sangkaan mereka. Sejak emak kena stroke, saya terpaksa menolak tawaran kerana doktor kata, dia tak boleh terkejut atau sedih kerana ada darah tersumbat kat otaknya.
NI LAH BUKTINYA, WALAUPUN MAK TAK SUKA, TAPI DIA MENYIMPAN RAPI BEBERAPA MAJALAH YG MENAPILKAN SAYA.
RUPANYA DIA BENCI-BENCI SAYANG,KALAU TAK, MENGAPA DIA SIMPAN SEBAHGIAN MAJALAH YG ADA WAJAH SAYA DENGAN RAPI DAN NAMPAK BARU LAGI.
MAJALAH 'SENSASI LELAKI' INI JUGA MENAMPILKAN SAYA DLM 'PIN UP' ATAU MINI POSTER.
SELAIN TAMPIL MENJADI MINI POSTER, SAYA DIINTERVIEW BAGAIMANA KEEP SLIM AND FIT SELALU.

MAJALAH 'HAI' BUKAN HANYA MENAMPILKAN SAYA SEBAGAI 'BACK COVER', MALAH CERITA PANAS TENTANG SAYA.
PERCAYA ATAU TIDAK, JARANG ADA ARTIS ATAU MODEL TEMPATAN JADI DAPAT COVER MAJALAH 'GALAXIE' APATAH LAGI PELUANG JADI POSTER MCM PELUANG YG SAYA DAPAT. MENJADI MODEL PRODUCT 'DOCKER' PUN DAPAT PADA ARTIS LAIN MCM YG SAYA DAPAT KERANA PRODUCT INI SELALUNYA MENAPILKAN MODEL/ARTIS BARAT.
TERSENYUM SAYA BILA SUDI JUGA EMAK MENGUMPUL WALAU BUKAN SEMUA DIA BELI.

SIAP DITAMPAL KAT DINDING, NASIB BAIK DIA TAK TAU YG SAYA ADA JADI MODEL PANAS DLM IKLAN INTERNET DAN BERGAMBAR PANAS UNTUK MAJALAH TERBITAN THAILAND.

ERNESTO DAN PUPPY YG MERONTA MINTA DILEPASKAN, NAKAL DIA NI

ERNESTO BELAJAR DAN BERLATIH JADI MODEL HEH HEH HEH

SMILE ALL THE TIME SAME AS ME
WALAUPUN TAK KAYA TAPI AKU DAN FAMILY STAY DEKAT AREA SEBELAH RICH PARK KEH KEH KEH

TAPI MAKAN BIASA JER...IKAN BAKAR CICAH KICAP/LIMAU/CHILI PADI, DAH BIASA MAKANAN ORG SUSAH

AIK...ERNESTO,NAK MAKAN PUN SEMPAT MINTA GAMBAR DAN POSE
















Tuesday, March 17, 2009

KAMPUNG HALAMANKU, TAWAU

Dah setahun berblog, namun tak penah lagi saya ceritakan atau memasukkan photo rumah atau kampung halaman saya. Ada beberapa orang teman blogger dan rakan rapat sendiri teringin sangat nak lihat. Ntah mengapa saya tak suka nak masukkan semua itu. Mungkin pengalaman hidup kami yang susah dulu buat saya trauma dan malu. Kami membesar bukan dalam keluarga kaya, atau senang...tapi miskin. Emak diceraikan dan ditinggalkan dengan 5 anak yang masih kecil. Lalu hiduplah kami berlauk kicap dan sayur keladi nyang tumbuh melata di belakang rumah. Sesekali ada juga abang dapat ikan yang dipancing bersama temannya di lombong tinggal. Emak yang tidak pernah duduk diam, saya pagi menjual kuih sama macam Dato siti menjunjung kuih di besen sambil melaung merdu..."KUIHHH......KUIHH....". Kuih yang aku jual keripap ( karipap), kontok-kontok ( pau versi goreng ), apam ( steam cake) dan gogos (pulut panggang). Berjalan dari rumah ke rumah sekeliling kampung, lepas tu baru pegi sekolah petang. Selepas siapkan kuih muih pukul 3am....emak bersiap untuk menoreh pukul 5am. Mesti awal keluar kerana kalau matahari naik, getah beku dan kurang susu. Lepas itu, emak akan mencari kayu api bersama abang di tepi hutan untuk guna memasak. Emak memamg kuat masa itu, dia pernah membasuh di rumah orang pagi dan petang kerja di kilang papan, kerja orang lelaki kerana masa itu harga getah jatuh dan orang mula beralih pada Koko dan lepas tu kelapa sawit. Kadang bila tiada lauk, banyak kali juga kami makan dengan nasi ditumpah minyak gorengan ikan. Sedap juga rasanya, macam nasi goreng. Itulah sebabnya saya agak tertutup kalau hal kampung halaman. Namun keterbukaan saya mula atas desakan teman-teman yang ingin sangat melihat. Berkat kerja keras dan usahaku bermodelling, kerja office dan sesekali berlakon, dapat juga membantu emak. Biar bukan kaya, tapi better dari masa emak muda dulu.
INILAH HADAPAN RUMAH KAMI, HANYA ADA SEBIJI KERETA SAJA

DEPAN RUMAH MACAM OK JER, TAPI TUNGGU...KAT BELAKANG...ADOIII!!!!
NAH...INI PANDANGAN DARI BELAKAN. SEBENARNYA RUMAH KAMI KALAU AIR PASANG, RUMAH JADI TERAPUNG. INI KERANA KEDUDUKAN RUMAH DI MUARA SUNGAI...100 METER JER LAUT, KALAU ADA BOT BESAR LALU...BERGOYANG RUMAH KERANA OMBAK. TAPI RUMAH NI LAH KAMI MEMBESAR, DARI PONDOK KECIL...SLOWLY DIBESARKAN DAN DIBAIK PULIH. DULU HANYA ADA SATU BILIK, SEKARANG 5 BILIK

SEBENARNYA KAMI DAH BELI SATU RUMAH, TAPI EMAK TAK BETAH DUDUK KAT RUMAH BARU, DIA SUKA RUMAH PAPAN NI JUGA

WALAU RUMAH PONDOK...SET KERUSI NI DITEMPAH KHAS DARI INDONESIA RM10 RIBU, SAMA YG DATIN2 SELALU ADA DI RUMAH. MACAM TAK PERCAYA KAN? TAPI SERIUS, INI KENYATAANNAK TAU NAMA BUDAK NI? NI LAH ERNESTO, BARU MASUK 5YRS
GILA BERGAMBAR MACAM SAYA JUGA
MALANGNYA...ASYIK POSE YANG SAMA 'PEACE' KAT ENTRI DULU MCM TU JUGA

MAKAN MALAM DENGA UDANG DISALUT TEPUNG kfc. NAMPAK YG HITAM TU? ITU SOTONG YG DIMASAK BERSAMA DARAH HITAMNYA, KALAU ORANG MESTI GELI NAK MAKAN...BUT SEBENARNYA IANYA SEDAP DAN MANIS

DI SINI PULA RUMAH BARU KAMI, TERLETAK DIBALUNG COCOS, DEKAT TAWAU AIRPORT . RUMAH FLAT 3 BILIK JER.

BAS MINI NI ADALAH TRANSPORT PADA SESIAPA YG TAK ADA KERETA PERJALANAN TAWAU-BALUNG COCOS 45MINIT HANYA RM5

MAK HANYA DUDUK KAT SINI SEBULAN 3-5HARI SAHAJA, DIA HANYA SUKA RUMAH LAMA

YANG SAYA TAK TAHAN.,..SEMUA SERBA PINK...ADOIII!!! TAPI APA NAK KATA, DAH SELERA EMAK, ASALKAN DIA HAPPY DAH LA

NI PULA KAT SEBELAH DRY KITCHEN

KAT AREA MAKAN DAN MELEPAK
TENGOKLAH...BILIKKU PUN DAH DIUBAH,SEREBA-SEREBI PINK JUGA...ADOI!!

NI BILIK ERNESTO, NTAH ARR AKU SUKA BELIKAN TEDDY BEAR

Tu la orang kata...tak payah jalan jauh...melalui Blog kita boleh tengok cara hidup dan keadaan tempat orang lain. Orang sekarang senang, susah2 pun ada biasiswa, ada pinjaman PTPTN kalau nak sambung study, masa kami kat Sabah...kena cari sendiri. Saya pernah kerja Attendant pump minyak masa lepas SPM semata2 nak kumpul wang utk sambung study. Kalau susah orang sekarang ada BERSAMAMU TV3. Dulu mana ada. Sebenarnya saya hanya ceritakan luaran kisah kami, kalau cerita secara detail rentetan hidup, boleh buat novel atau drama bersiri berpuluh episod. Tapi ada yang lebih pedih bila saya terpaksa tinggal beberapa tahun dengan mak tiri masa sekolah menengah di bandar. Ada makanan sedap2 selalunya disorok, dia hanya bagi anak tirinya sahaja. Kalau anaknya duit sekolah 50sen, saya hanya 20sen. Bayangkan masa tingkatan 5 duit saku saya hanya 50sen sahaja. Itu belum lagi soal lauk pauk, kalau anak-anaknya makan ikan goreng fresh...saya hanya dapat ikan goreng semalam dan nasi semalam, itupun nasi banyak kerak. Hanya bila ada bapa dia baik dengan saya, tapi itu pun masih suruh saya angkat air isikan dua tangki tiap hari. Padahal saya letih sangat jalan kaki pergi balik sekolah jaraknya macam dari KL Sentral ke KLCC. Pada zaman sekolah saya tak pernah merasa KFC atau mcD, selalunya berliur tengok kawan atau anak jiran makan KFC. Hanya dah kerja baru mampu beli. Masa 1st.time dapat makan KFC lepas dapat gaji, rasa nak nagis pulak. Dulu selalu sabtu lepas kelas tambahan, kawan2 akan ajak ke Bandar, aku selalu menolak kata kena balik cepat, padahal mengelak kerana risau kawan ajak ke Fast food atau pegi tengok wayang...mana ada duit. 50sen tu cukup beli air sirap 20sen dan mee goreng 30sen.





















KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.