Sunday, September 5, 2010

PENGALAMAN MENGACAU DODOL TAK RAMAI YANG MERASAINYA

Dodol adalah sejenis kuih tradisi di Semenanjung Malaysia. Di Sabah memang payah nak dapat kuih sebegini kecuali musim Hari Raya itupun jarang sekali ada. Saya biasanya akan membeli sehingga 50 paket @ RM4 sepeket. Semalam saya merasai pengalaman mengacau dodol yang jarang orang dapat rasai pengalaman sebegini kecuali orang di kampung itupun jarang-jarang sudah. Terima kasih pada Kak Heze yang beria-ia sangat mengajak saya bersama memeriahkan kumpulan kami yang dinamakan Blogger Club yang meriah, dan mendapat perhatian ramai mengalahkan peserta Puteri Umno pada malam itu. Hampir 50 kumpulan yang terdiri dari 5 orang setiap satu kumpulan makan seperti satu kampung yang turun padang dan suasana gamat dengan pelbagai aksi. Antara orang besar yang turut hadir adalah YB Dato Hj. Abdul Rahman Hj. Palil ( Adun Sementa ), Dato' seri Dr. Mohamed Khir Toyo dan YB Datuk Seri Hj.Noh Bin Omar.

Bayangkan dalam 24 jam semalam saya hanya tidur selama tiga setengah jam kerana seharian di kolej dari 9 pagi hingga 8 malam lepas tu bergegas ke Klang dari 8 malam hingga 3 pagi. Saya masuk tidur jam 4 pagi dan bangun semula 7.30 pagi untuk bekerja. Walaupun tidak cukup tidur dan lengan sakit mengacau dodol hampir 5 jam, tetapi rasa seronok kerana dapat pengalaman sebegini dan pertama kali merasa Nasi Ambeng. Yang penting saya membawa balik 3 container hasil tangan sendiri mengacau dodol. Pada kawan-kawan blogger terutama Kak Heze, Rhuddy, El Zeffri dan Remi Leng Chai, terima kasih, rasa seronok sangat.









KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.