Anak didikku terpilih sebagai FORD MODELS SUPERMODEL OF THE WORLD MALAYSIA 2009. Bukan kerana sebab dia asal Sabah dan kebetulan Amber Chia dari Sabah juga ( untuk rekod, keluarga Amber berpindah ke Sabah dari Ipoh masa dia masih kecil lagi ). Dalam ramai-ramai model yang terpilih, memang semuanya tinggi 6 kaki dan ke atas, tetapi wajah Etnik yang Edu miliki adalah faktor penting selain tinggi dan bodynya yang kekar dan mantap. Wajah-wajah lain dah terlalu biasa dan similar ala-ala Pan Asia atau Arabic look.
Ingat lagi dulu bila saya paksa dia join Modelling, dia kata layak ker? boleh ker? dan macam-macam alasan yang membuat aku tambah geram. Untuk menjadi Model atau memaksa orang menjadi Model, kita harus ada pendekatan. Pertama sekali menaikkan semangat dan keyakinan diri. Kedua memberi peluang atau jalan dia buat Modelling. Bukan setakat kata "EH...KAU BOLEH LA...". Benda ni tidak akan membantu. Ibarat kita kata "EH...KAU BOLEH KE KK LA". Kalau setakat cakap saja macam tu, orang tu tetap akan berada di KL. Kita kena belikan dia tiket, hantar dia ke airport, barulah dia boleh sampai ke destinasi itu. Perlu beri latihan dan mencari peluang untuk dia memulakan langkah. Bila orang itu telah dilatih, dan berpeluang memulakan aktiviti Modelling, secara tidak langsung semangat dan confidentnya akan terserlah. Bila dia berkeyakinan tinggi, orang yang menguji bakatnya akan nampak dan yakin mereka tidak salah pilih. Setelah aku gesa banyak kali, akhirnya hatinya cair jua. Setelah beberapa kali mengajar dia Catwalk, mengajar pose depan kamera dan mengajar dia memek muka dan cara cari mood untuk bergambar, akhirnya keyakinan diri Edwin datang ibarat elektrik. Sejak dari hari itu, dia tidak berpaling lagi dengan muncul beberapa fotoshoot dan stage show. Bukan semua Model berpeluang ke Runaway Show...kerana ramai yang hanya muncul dalam majalah atau iklan atau peragaan pentas biasa, tetapi Edwin telah muncul dalam Runaway Show. Nantikan kemunculan Edwin dalam realiti Show dikaca TV anda tidak lama lagi. To U Edwin, Congrats...




































