Monday, August 31, 2015

PROGRAM VOLUNTOURISM PUSPANITA iM4U @ BAGAN LALANG, AVANI SEPANG GOLDCOAST

Seawal pukul 8 pagi kami para wartawan & Blogger telah berkumpul di hadapan MATIC dan kemudian menaiki bas yang telah disediakan menuju ke Pantai Bagan Lalang, Sepang. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 2 seakan tidak terasa kerana rasa teruja untuk melihat pantai. Sebagai masyarakat, apakah kesedaran dan kepekaan kita terhadap alam sekitar? Sebenarnya Alam sekitar seperti keindahan pantai dan kebersihan adalah salah satu khazanah yang bakal kita tinggalkan untuk generasi yang akan datang. Selain itu keindahan pantai dan kebersihannya juga adalah salah satu punca yang boleh menarik pelancong dalam dan luar negara untuk berkunjung ke tempat tersebut. Menyedari betapa pentingnya menjaga kebersihan dan mengekalkan kelestarian pantai, PUSPANITA cawangan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan ( KPK) telah mengambil insiatif untuk membawa masyarakat terlibat secara langsung dalam PROGRAM VOLUNTOURISM PUSPANITA iM4U @ BAGAN LALANG, SEPANG dengan kerjasama Avani Sepang GoldCoast.

Selain acara membersihkan pantai dan menanam pokok, juga aktiviti mengecat Perpustakaan setempat dan juga acara dimeriahkan lagi dengan pameran dan gerai-gerai yang berkaitan dengan pelancongan antaranya makanan, kraftangan, lukisan dan aktiviti persembahan serta sesi bual bicara.

Interview With DJ Kos - Voluntorism Pantai Bagan Lalang



PROGRAM VOLUNTOURISM PUSPANITA iM4U @ BAGAN LALANG PANTAI BAGAN LALANG, SEPANG.

 
Bagan Lalang.Pada 22 Ogos lalu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menganjurkan ‘Voluntourism Puspanita IM4U @ Pantai Bagan Lalang’, Sepang Selangor. Program ini telah dirasmikan oleh YBHG.Tan Sri Dr.Ong Hong Peng, walau dalm keadaan cuaca yang sungguh panas, beliau sangat teruja menanam pokok dan melihat sendiri kerja-kerja pembersihan pantai serta beliau telah melawat ke gerai-gerai yang turut mengambil bahagian untuk memeriahkan lagi acara pada hari tersebut. Program ini merupakan salah satu program di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau “National Blue Ocean Strategy”(NBOS) dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk pihak Kerajaan, NGO dan swasta. Penyertaan program tersebut turut melibatkan beberapa pihak termasuk pihak PUSPANITA , Kementerian Pelancong dan Kebudayaan Malaysia serta agensi-agensi di bawahnya, IM4U,Majlis Bandaraya Sepang, Persatuan Homestay Selangor, Sepang Goldcoast Sdn Bhd serta para sukarelawan pelancong (‘Voluntourism’) yang terdiri daripada para pelajar daripada Institut Pengajian Awam dan Swasta. Pada hari tersebut, pihak Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) mewakili bagi pihak KementerianPelancongan dan Kebudayaan Malaysia turut mengundang rakan-raakan media untuk turut sama memeriahkan program tersebut sebagai tanda sokongan terhadap industri pelancongan dan kebudayaan serta juga program anjuran Kementerian ini. Selesai perasmian program di Pantai Bagan Lalang itu, para peserta dibawa melawat ke Perpustakaan Bergerak, Booth Pameran dan Tapak Gotong-Royong. Sekitar jam 10.23 pagi, semua peserta mengikuti pula lawatan ke Tapak Kerja sukarelawan, di mana pelbagai aktiviti telah diadakan. Antaranya aktiviti Voluntourism (Tapak acara di Avani Sepang Gold Coast). Aktiviti kemudiannya diteruskan dengan 1 Malaysia Cultural & Heritage(Tapak Acara) serta aktiviti 1 Malaysia Green 1 Malaysia Clean( Persisir Pantang Bagan Lalang).
Sekitar jam 11.30, lawatan ke Perpustakaan Desa, di mana aktiviti mengecat dan mengemas telah dilakukan.Selesai sahaja sesi media yang diadakan untuk menerangkan program iM4U ini, barulah aktiviti Voluntourism dijalankan.Program yang cukup bermanfaat ini berakhir kira-kira jam 2 petang.













Sunday, August 23, 2015

RUN STROLLER RUN MALAYSIA 2015



Saya pernah menyertai beberapa pertandingan Marathon atau larian merentas desa seperti di sekolah dan juga beberapa larian amal juga larian Standard Charted. Tapi pernahkah anda mendengar Larian Bersama Kereta Sorong bayi? Bunyinya menarik, bukan. Pada hemat saya, ianya bukan sahaja satu kelaianan yang mengajak masyarakat sihat, tapi juga dapat memumupuk kasih sayang sesama keluarga dan menambah kemesraan suami dan isteri serta anak-anak dan bayi. Di sini bukan soal menang atau kalah tapi kesan baiknya terhadap hubungan sesama keluarga walau seseorang atau peserta itu adalah seorang ibu tunggal ataupun ayah tunggal sekalipun.


 Larian Kereta Sorong bayi adalah dalam jarak 3.5km dan dijangka menyeronokkan untuk kereta dorong dan pelari individu. Ia disasarkan untuk pelari yang tidak serius dan juga pelari serius yang mahu mengambil mudah sekali-sekala untuk menyertai larian ini bersama keluarga dan rakan-rakan.Anda mereka akan berjalan dengan ibu selebriti tempatan antaranya Sazzy Falak, Yasmin Hani dan Daphne Iking dengan kereta sorong bayi dan bagi kategori bukan kereta bayi , anda akan berjalan dengan Atilia Haron.
 Sertai sekarang juga dan anda akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang hebat menarik seperti kereta sorong Bebe Comfort, Maxi Cosi kereta kerusi dan banyak lagi bernilai lebih daripada RM10,000.00 ditaja oleh Mamours . Compressport melahirkan anak lengan dan sarung kaki mampatan bernilai RM2,000.00 , jam tangan tangan oleh Ice -Watch bernilai RM6,000.00 dan ada lagi yang lebih hebat, bukan menawarkan 1 unit Iphone 6 tetapi 2 unit Iphone 6 untuk dimenangi untuk cabutan bertuah.


Setiap peserta yang merdaftar juga akan akan mendapat membawa  beg cenderahati dengan baucar dan produk bernilai lebih daripada RM200. Dengan hanya yuran hanya RM85 seorang. Cepat untuk mendaftar sebagai peserta sebelum tarikh tutup pada 15 September 2015 atau terhad kepada 2,000 peserta sahaja; yang mana lebih diutamakan. yang merdaftar di link ini https://mro.myraceonline.com/rsr15/registrations sekarang dan untuk maklumat lanjut dan kemas kini , atau di fb https://m.facebook.com/themarathoncompany?fref=ts&_rdr  dan laman web http://themarathoncompany.com/home/

Butiran jangka adalah seperti berikut : -
Tarikh Acara : 8 November 2015 (Ahad)
Tempat: Taman Metropolitan Kepong
 ANTARA T,SHIRT YANG PESERTA BAKAL DAPAT JIKA MENYERTAI LARIAN INI.
JUGA MEDAL ISTIMEWA DAN UNIK UNTUK PARA PEMENANG

Sunday, August 16, 2015

RAHSIA RAMPING DAN KURUS HANYA RM10 SEBULAN TAPI ADA JUGA DI K-FOOD FAIR 2015 2 PRODUK KMT

Semasa saya dijemput untuk cover pameran K-Food Fair yang telah berlangsung di Mid Valley baru-baru ini.K-Food Fair 2015 adalah anjuran Korea Agro_Fisheries & Food Trade Corporation, dan secara rasmi disokong oleh Kementerian Pertanian Korea, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar ( Mafra )  berlangsung dari 13 hingga 16hb.Ogos dimana sasarannya adalah untuk komuniti perniagaan dan orang ramai yang berminat dengan makanan dan budaya tentang Korea. Saya sangat terkejut dengan satu produk ajaib keluaran KMT yang mengandungi pati Halia & Madu. Sebenarnya saya telah lama mengamalkan minum pati halia & madu setiap malam sebelum tidur dan setiap pagi selepas bangun tidur ( semasa perut masih kosong ). Itulah rahsiah saya yang dah 4 Series tapi masih slim dan ramping. Ini adalah cara mudah dan murah ( hanya RM10 ) untuk kekal slim kerana Halia adalah detox terbaik. Anda tidak perlu keluarkan duit beli slimming pil yang mahal dan tidak tahu kesan atau campuran yang lain, manakala ada juga krim halia yg disapu pada perut atau kulit tapi ianya membuat rasa kulit merengsa dan bau halia yang tidak berapa sedap baunya. Cara murah dan mudah ini hanyalah beli sebotol Madu ( RM5 ) dan beli Halia ( RM5 ). Halia tadi dibasuh lalu dikupas kulit dan dicampur dengan air masak lalu blender. Pati dari halia tadi simpan dalam tupper wear atau botol dan simpan didalam peti ais. Setiap kali nak minum ambil 1 sudu pati Halia + 1 sudu madu lalu dibancuh dengan air panas lalu diminum setiap awal pagi dan sebelum tidur. Murahkan? sebenarnya ini adalah petua turun temurun nenek saya dan saya rahsiakan sebab bercadang untuk komersialkannya bila ada modal nanti buat dalam bentuk pil dan serbuk yg terus dibancuh dengan air, tetapi oleh kerana Korea pun ada menghasilkannya dengan jenama KMT jadi apa kata dapatkannya dipasaran yang kini ada dijual dirangkaian AEON, lebih mudah dan cepat untuk yang sibuk bekerja, tapi yang siap dibotolkan ini bukanlah yang saya maksudkan RM10 itu. Selamat mencuba.









Friday, August 14, 2015

K-FOOD FAIR 2015 @ MID VALLEY EXHIBITION CENTRE (MVEC )


Photo semasa perasmian K-Food Fair 2015 di Mid Valley Exhibition Centre


 K-Food Fair 2015 adalah anjuran Korea Agro_Fisheries & Food Trade Corporation, dan secara rasmi disokong oleh Kementerian Pertanian Korea, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar ( Mafra )  berlangsung dari 13 hingga 16hb.Ogos dimana sasarannya adalah untuk komuniti perniagaan dan orang ramai yang berminat dengan makanan dan budaya tentang Korea. Pameran K-Food 2015 ini merupakan pesta makanan yang sangat menarikdengan memaparkan masakan Korea dan khususnya makanan Halal kepada masyarakat di Malaysia sejajar dengan itu dapat memperluaskan pasaran makanan Halal Korea Selatan. Ini adalah satu peluang keemasan bagimasyarakat Malaysia untuk mencuba masakan lazat dan sangat popular dari Korea seperti Bibimbap, Bulgogi dan Hanjeogsik. Pengunjung akan disajikan dengan pelbagai hidangan masakan Korea serta kedua-dua hidangan popular dan baru untuk selera semua.

 Pensijilan untuk memasarkan produk mereka sebagai halal telah diadakan untuk peserta dan pembeli untuk memahami keperluan proses pensijilan Halal. Para pengunjung juga diberi peluang untuk mencuba produk Halal Korea melalui sesi uji rasa. Dari 14 hingga 16 Ogos, K-Food Fair 2015 menandakan kemunculan sulung kepada pengguna di Pusat Pameran Mid Valey ( MVEC ) dan mempamerkan pameran yang memaparkan makanan Korea segar dan hasil dari organik untuk kesihatan yang berkaitan dengan makanan, makanan ringan dan minuman serta kuih yang Halal dan oleh yang demikian tiada masalah untuk masyarakat Islam memakannya. Memandangkan tradisi Korea lama daripada pasangan makanan untuk musim-musim, oleh yang demikian keseluruhan pameran telah disusun mengikut empat musim iaitu Musim Bunga, Musim Panas, Musim Luruh dan Musim Sejuk. Setiap gerai diwakili dan dihias mengikut tema bermusim dan terdiri daripada pelbagai aktivitiyang menarik seperti membuat Tanglung Lotus, membuat gaya Korea "Kajang', permainantradisional dan sukan musim sejuk seperti bermain ski. Kemuncak K-Food Fair 2015 merupakan bahagian makanan kegemaran dari makanan laut dan restoran yang juga menjadi tumpuan para pengunjung. Kawasan khusus untuk produkHalal ini bagi menyediakan ruang dan peluang untuk pelangan dan pengunjung mencuba produk makanan dan minuman Korea yang sebelum ini tidak ada lagi. Seperti lazimnya, acara Korea-centric tidak akan lengkap tanpa elemen K-hiburan, dan para pengunjung di K-Food Fair 2015 disajikan dengan persembahan dari kumpulan B-Boy - F-Flava, Band perkusi dari Korea serta Cover Dance dari team K-pop yang telah menjadi kegemaran peminat di Malaysia.
 Saya sendiri telah merasa pelbagai jenis makanan dan minuman di K-Food Fair ini. Semuanya sedap-sdap belaka dari susu yang berperisa pisang, perisa melon hinggalah minuman cuka daripada buah-buahan. Setelah merasa kesemuanya, saya berpendapat makanan Korea bukan sahaja sedap dan lazat, tapi juga mereka mementingkan makanan kesihatan. Marilah datang beramai-ramai ke pameran ini dimana hari terakhirnya adalah pada 16 Ogos. Antara pempamer atau syarikat yang terlibat dalam K-Food Fair 2015 ini adalah, RIMAGLOBAL Co.ltd, CJ CHEILJEDANG, MUSHM.Co.ltd, Jinsung F.M Co.ltd, K-MUSH, Jinju-horticultural, HANSUNG FOOD Co.ltd, H & P INTERNATIONAL, Mommake, HAN'S KOREA Co.ltd, YOUNG POONG Co.ltd, Sampling Global Food Service Co.ltd, Korea Eundan Co.ltd, Daedong Korea Ginseng Co.ltd, Chun Jae Myung Korean Red Ginseng, Hmax Inc., Teazen Inc., Daewon Co.ltd, Quali Korea Corp., & Binggrae.













Sunday, August 9, 2015

MISS MALAYSIA EARTH 2015 AT SYEUN HOTEL, IPOH PERAK

Thank you very much to organiser for brought me and press also others Bloggers all the way from KL to witness grand final Miss Malaysia Earth 2015. Very nice event and very successfull.
 Miss Earth is one of the big four International Beauty Pageants immediatly after MISS WORLD, MISS UNIVERS and MISS INTERNATIONAL. The winners of this year are to promote specifically the care of invironment. In the other words, that is to take care of mother earth. The successful pageants shall reflect the natural merits both internal and external coupled with a caring heart for the benefits of mankind.

For this 2015, the Miss Earth pageant will be held in Austria. The court of Runners Up are best menifested in the titles name after a few natural elements :- 
Miss Earth-Fire ( 3rd.Runner Up )
Miss Earth-Water ( 2nd.Runner Up )
Miss Earth-Air ( 1st.Runner Up )
The result for Miss Malaysia Earth 2015 is
Miss Malaysia Eco Beauty: Janice Tan from KL
Miss Malaysia Eco Tourism: Felcy Francsie from Sabah Miss Malaysia Earth Fire: Yoyo Bek from Penang Miss Malaysia Earth Water: Emily Chung from Sabah Miss Malaysia Earth Air: Amreet Kaur
Winner Danielle Wong Kar Wai from Melaka

From 25 finalist they cut to Top 13 and from Top 13 they cut again to Top 5. The event was very successful and going well. Congratulation to the organiser, Blue Planet as National Organiser, Harmony Harvest as Exclusive Naming Right, Star Avenue Production as National Director and Syeun Hotel as vanue place. For additional, Syeun Hotel is very known well as Ipoh's convention hotel and best city hotel in Ipoh.


 VIP TABLE 1 (11 person)
MR. KEN LEONG MR. ZHANG SHU QUAN DATO’ YIK PHOOI HONG MS. MAGGIE ONG MR. WILLIAM CHAN MR. G.P. KOK MR. & MRS. THANGARAJU SIVALINGAM - ABSENT MS. RENEE TAN MR. STEVE LEONG MR. WANG AN QING - JUDGE VIP TABLE 2 (11person) PUAN ZURAIDA BT MD TAIB - ABSENT DATO’ HO MR. TEOH MR. LEM TZE SHOONG TUAN YAZID BUSTAMI ABDULLAH MDM. MASLIWATI ABD GANI EN. ISKANDAR MIRZA MOHD YUSOF EN. IBRAHIM SIDDIQI MR. LEONG HOONG KIT MR. JIMMY GOH - JUDGE EN. BADLISHAH BIN TALIB

Friday, August 7, 2015

ART MUZIUM DESTINASI MENARIK DAN TERBARU UNTUK ANDA LAWATI

Yes....kini anda tak perlu lagi ke Penang semata-mata untuk bergambar kenangan di lukisan yang menarik di sana. Bayangkan penat memandu, duit minyak lagi dan masa untuk ke sana. Kini di KL telah dibuka satu Art Muzium yang menampilkan 36 lukisan 3D yang nampak hidup dan anda hanya perlu berlakon dengan cara dan mood serta dengan kreativiti anda. Art Muzium yang mempunyai keluasan 6,000 sq ft ini baru saja dibuka selama 2 minggu. Apa di tunggu lagi? jadilah antara orang yang terawal datang dan bergambar di Art Muzium yang berlokasi mdi Jalan Hang Kasturi yang mana benar-benar ditengah-tengah jantung Kuala Lumpur. Untuk keterangan bolehlah hubungi 016-2781412












KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.