Saturday, June 27, 2009

LAGU STACY DI KELAB MALAM,ORG ENJOY MENARI

JOSHUA DAN DANCE NATION MENARI MASA MAJLIS STACY

Semlm kawan saya iaitu Joshua telah menjemput saya pergi Clubbing. Saya ni malas sangat nak pegi clubbing, maklumlah model...nak jaga imej baik konon,cewah. Xde la...bukan berlagak public figure...kita ni semua sama, artis ker...bukan ker...model ker...tapi saya ni X berapa gemar asap. Ok berbalik pada jemputan Joshua, dia beria-ia nak saya pegi kerana groupnya akan perform kat Club tu. Mungkin ramai yg kenal Joshua, dia adalah Mentor pada aktres Rina yg menjadi protegenya dalam SEHATI BERDANSA musim ke2 lepas. Joshua dan groupnya juga ada perform kat majlis Hari Raya Stacy & Stacy's frenz sebelum ini.


Memang ramai dan meriah suasana kelab malam La Queen,penuh sesak. Yang bestnya, sebaik saja DJ tahu kehadiran saya, terus dia putarkan lagu "Aku Stacy", apa lagi...meruju-ruju org kelantai tari. member pula paksa aku tunjuk bakat, lalu aku pun mula tunjukk skil kat dance Floor bergoyang dgn lagu "AKU STACY". Seronoknya jadi presiden Stacy FC ni, kerana ramai yg kenal, DJ tu siap welcome lagi, dan peminat Stacypun ramai yg sedari kehadiran saya kat club tu. Itulah keistimewaan jadi Presiden SFC ni, malah pernah beberapa kali jumpa artis, mereka siap tegur dan ramai sangka saya adalah abang Stacy. itu belum lagi org perseorangan dan promoter hiburan yg cari saya kerana nak Stacy perform, padahal Stacy ada pengurusan artis sendiri di bawah Astro Entertainment SB.

Saya bangga sangat lagu Stacy jadi pilihan DJ kelab yg biasanya memainkan lagu2 inggeris sahaja. Bayangkan, lagu melayu yg rancak berkumandang di kelab malam, memang sesuatu yg menarik. Menurut org kuat La Queen, Minggu sebelumnya, ada beberapa artis dan celebriti yang juga ke situ, antaranya NIKKI, dan DJ popular Suria FM iaitu Tuah Zulkarnain dan Zizi. Cuma saya tertanya mengapa lagu "Aku Stacy" yg agak season dimainkan, bukan lagu "gagap". Kalau lagu "gagap" lagi gempak...aku akan buat Shuffle lagi heh heh heh.

Wednesday, June 24, 2009

STACY DAN SEPATU TUMIT TINGGI

Sebenarnya saya X suka masukkan entri pasal stacy. Ya la...walau kami rapat, nanti org kata cari publisiti pula. Ni kira entri ke3 saya masukkan tentang hal Stacy di Blog peribadi.Ramai yg tahu Stacy kalau perform, tak sah kalau X pecah lantai atau pecah tanah. Kiranya memang gempak lah persembahannya setiap kali muncul di pentas. Kali ini Stacy telah dijemput ke Tg.Agas, Pekan, Pahang. Kebetulan pula undangan ini bersempena majlis Pecah Tanah untuk tapak cari gali GAS. Hmm...perjalanan jauh tidaklah meletihkan kerana teruja nak jejak Pekan bandar diraja Pahang kononnya. Tapi lokasi tempat ni ya...ampun, memang kat hujung dunia. Dah namanya Tanjung Agas. Kalau ikut geografi, Tanjung ni adalah bentuk tanah yg lekuk, tanah dekat tepi laut atau omputeh kata Bay. My hometown sendiri Tawau adalah Tanjung dan Tawau dulu asal namanya Tanjong. Berbalik pada Stacy, malam persembahan itu dia tampil dengan begitu sopan dan siap memberi ucapan aluan pada Yg mulia Tenkgu muda Mahkota Pahang, sedangkan artis2 AF7, X seorangpun greeting tengku muda ( mungkin mereka baru lagi dan kurang peka ). stacy mengenakan kameja putih dan seluar hitam yg cuttingnya membuat dia tampak tinggi. Yg menariknya, dia memakai high heels yg tinggi yg mana tumitnya sangat halus. Cuba bayangkan dia menari rancak dgn kaki kasut yg halus dari jari kelengking. Saya yg duduk kat baris depanpun rasa nak putus jantung takut kalau dia terpelecok@tersandung atau tetiba tumit patah. ya..la, biasanya org menari rancak ni memakai sneakers,kasut sukan atau kasut but yg tapaknya stabil. Saya memuji Stacy dgn penampilan sebegitu, sangat sopan. Mcm biasa, saya selalu nasihatkan dia agar peka dlm soal pemilihan pakaian mengikut kesesuain majlis, kecuali pakaian telah disediakan, susahlah nak cakap. Seronoknya dgn stacy, kita dapat berkongsi rahsia yg mana dia tidak share dgn wartawan.

KOSE AF8, AKIM AF7 & QHAUD AF7
MENYAMPAIKAN HADIAH PADA PEMENANG KARAOKE
PERSEMBAHAN BERAMAI DGN ARTIS AF7, AURA STACY TIDAK TENGGELAM
SEMPAT MELAWAT AHLI SF...CAPIK YG STUDY KAT KUANTAN
BARU SAMPAI KAT TG.AGAS...MEMANG BANYAK AGAS
SEMPAT POSE KAT PENTAS SEBELUM STACY PERFORM
SENGAL-SENGAL
LA...LA...LA...LA...LA...LA, KAMU YG BAWAKU TERBANG
NGANTOK & LETIH, NI KERJA HAORI CURI2 SNAP

Friday, June 19, 2009

DAPAT TAG DARI PAKWEKU? WAH!!!!

Mesti suspen tajuk entri kali ni...kan. Wah, aku ada dapat tag dari Pakweku? aku ada pakwe? adoi!!! bukan lah...kawan yg bagi Tag ni namanya pakwe, memang seorang yg kreatif dia ni...rasa berdosa pulak kalau abaikan tugasan yg dia bagi. Kawan2 Blog biarpun tak pernah jumpa, harus dilayan sebaik mungkin, mereka kawan juga.

1.Anda Rasa Anda Hot?
Mungkin kot? heh heh heh, cuba merendah diri la ni...so drama...aku, kan. Ya la, HOT la sebab bukan aku sendiri yg kata, org yg kata, ada siap komen pic terlampau aku sebagai "MAHLUK TUHAN PALING SEXY"...X caya, cuba tengok segala komen photo aku kat www.myspace.com/kosserani

2.Upload Pic Yg Anda Rasa Sexy.
SILA RUJUK KAT ATAS

3.MENGAPA ANDA SUKA PIC TU?

Erm...saya suka photo ni sebab sebab ramai yg komen kata mata sexy, senyuman sexy ntah arr heh heh heh
*************************************

4. Bile kali terakhir anda makan pizza ?
Makan kat Pizza Hut @ Pavillion last month. Nak pengsan nak habiskan sorang sebab saya bukan pemakan
******************************************

5. Lagu terakhir yang anda dengar ?
lagu 'SEBELUM CAHAYA' dendangan kumpulan "LETTO" dlm maksudnya beb
****************************************
6. Selain dari name sendiri, anda suke di panggil dengan name ape ?
Kengkawan rapat jer tau, nama rumah atau nama kampungku iaitu NONOY. Selain nama sendiri, saya suka org panggil nama manja ni NONOY
*****************************************

7. Tag lagi enam orang
ERRY@HAORI
TKVIE
RIANA
MRS.X
RIZZ
CHIME
( matila...mesti mereka marah ni )
**********************************

8. Sape no satu bagi anda ?
kengkawan X kira dekat atau jauh,asalkan dah jadi kawan...mereka keutamaan saya
*********************************

9. orang no tige ade hubungan ngan sape ?
Stacy & Chaq
*************************************

10. Kate sesuatu berkenaan dengan no lima ?
RIZZ,walau X penah jumpa dgn ko, jgn lupa invite aku masa B'day u ok
***************************************

11. Bagi pesanan kepada orang no enam ?
CHIME, jgn nak ngelak...walau U penah buat ker belum...kena siapkan juga tugasan dariku ini

Thursday, June 18, 2009

TAK NAK MAKAN PELANGSING BADAN LAGI


Sejak kebelakangan ini, ramai member yg terkejut dan merungut mengapa saya kurus sangat. mana dah pergi muscle2 dulu?. Ramai yg ingat saya sakit atau X cukup rehat. Malah ada yg lebih teruk, sorang dua kawan ingat saya ambil drugs. Hish...coner angels kiri kanan heh heh heh. Pada kengkawan semua, terima kasih lah sebab mengambil berat sangat. Sebenarnya saya X pernah berjanji pada sesiapapun, tapi saya telah berjanji pada diri sendiri...X akan mencuba atau menyentuh dadah. Ya la...kita penat2 kerja cari wang, tapi wang mengalir laju utk beli dadah... bukan bodoh ker namanya. Dah tu badan pun rosak.

Ok berbalik pada kisah kurus ni. Sebenarnya sebelum ini perut saya mula ada tanda2 membuncit. Come on...what U expect kalau usia dah melintas langsung 30 yrs above. Sebenarnya kebanyakkan lelaki akan menghadapi masalah nak maintain body terutama part perut, sebaik usia mencecah 30 tahun. ceritanya mcm ni, bila ada dah ura2 nak ambil saya sekali lagi untuk iklan laman web yg memerlukan saya londehkan semua...saya mula cemas bila photographer tetap kata " Ayo...perut huduh!!!". Dari hari itu, saya terus mengambil serbuk pelangsing badan dimana saya menjualnya selain protien untuk membina muscle.

Serbuk pelangsing perut ini begitu berkesan sehinggakan bukan hanya perutku saja kempis dan susut, malah badan pun semakin kecut dan kurus. Serbuk pelangsing ini tidak membawa rasa panas badan, berak2 atau mual, kerana ianya hanya perlu diambil sebelum tidur atau selepas sarapan pagi jika mahu result yg sangat2 berkesan. So, pada kengkawan yg risau saya ambil drugs...jgn risau ya, saya bukan penagih. Sebenarnya sejak minggu lepas saya dah stop mengambil serbuk tersebut. kini kembali ke Gym dan body pula dah mula naik. Rasanya saya hanya perlukan another two weeks nak kembalikan potongan badan yg lean mcm dulu dan berat badan yg ideal. nantikan lah kemunculan saya semula heh heh heh.

Pada kengkawan yg bercadang nak membesarkan badan, bolehlah membeli suppliment dari saya. Begitu juga yang ada masalah perut buncit atau masalah berat badan. Hargabya tidak mahal. Kami menjualnya lebih murah dari kedai kerana kami tidak perlu membayar sewa kedai seperti Watson, GNC atau Nature's Farm. Sebagai cintoh, serbuk pelangsing berharga RM148, saya hanya menjualnya dgn harga RM75.00 sahaja. Kalau X nak org tau, just sms me or email jer ya.

Tuesday, June 16, 2009

NAKAL BUDAK SEKARANG...DIGODA OLEH BROTHER KAWAN


Tadi lepas dari ntah nak kata audition bukan...nak kata interviewpun bukan, but next entri la saya kisahkan hal interview tadi ( sure akan mengejutkan kengkawan rapatku ). Ni nak cerita dulu kisah kenakalan budak2 zaman sekarang. Lepas jer dari audition aka interview, rasa nak pi melepak la pulak. Mula2 teringatkan Pavillion, tapi tetiba rasa muak pulak. Ya la...last week pun baru jer dari sana makan2 sebelah siang dgn client dan sebelah malam pula tengok wayang kat pavillion 'DRAG ME TO THE HELL'. Jemu pula kerana asyik ternampak muka yg sama berpeleseran kat sana ntah tayang muka ntah cuci mata.
Lalu aku mengambil keputusan ke KLCC yg telah agak lama aku X jelajahi. Sayang my best friend ada pula fotoshoot kat Kuantan, so try sms kawan lain. Hmm... X bangun lagi, punyalah best life korang yer, matahari dah tegak, masih diulit mimpi indah. Biasanya kalau dgn kengkawan, sure ke Dome KLCC lepaking dua tiga jam,gossip2 sampai ketawa berderai, atau pillow talk ( sessi mendengar problema kawan dan sessi memberi nasihat ) sampai mata berair. Well, memandangkan wrong timing,kengkawan x free, aku decided ke foodcourt jer la.
Masa menaiki escalator, berselisih dgn one group yg mana salah sorang senyum lalu menegur saya. Siapa ya??? ehh, mcm kenal...mcm pernah jumpa, tapi di mana ya?. aku hanya sempat senyum kerana tangga terus bergerak ke atas. Tapi dia menyusul naik dari belakang membiarkan kawan2nya menanti di lantai bawah.
DIA : "Abg Kos, ingat saya?" ME : " Mcm kenal, tapi ingat2 lupa" DIA : " Iman la.. ME : " Iman?" sambil mengerut dahi...mencuba recall nama tu. DIA : " Emanuelle, adik Roland... anak auntie Onoi". ME : " owh!!!...ya...ya. Eh! besarnya sudah, buat apa kat KL?" DIA : " Study kat sini la, kat Kosmopoint". ME : "Kosmopoint? abg ada kenal someone kat sana, lecturer but muda dari abg". DIA : "Dah abis dah, buat praktikal dah saya di Advertising companya area Yap
Kwan seng,lunch tadi kat atas"
ME : "Owh!...good, stay bujang dgn kengkawan la...kat sini? ( dia angguk ). DIA : "Abg, makin ensem ( aku senyum lebar ). Erm...kawan2 tunggu tu, nak balik opis... ME : "Owh...ok, baik2 tau" DIA : "Err...nak minta number abg, boleh?" ME : owh...ok ( lalu bacakan number ).
Masa tengah makan, aku terbayang masa kat Tawau. Roland, abang si Iman is one of my best friend. Selalu juga melepak kat umah Roland. Masa tu 7thn lepas kot, Iman masa tu budak lagi, ntah form 2 atau form 3. Masa tu elok jer kejadiannya, sama mcm budak lain, ligat, lincah dan kasar. Dia selalu main basikal BMX nya,sambil angkat2, dan kadangkala sibuk bermain skateboard dgn kengkawannya. Kami bukan sekampungpun, tetapi aku selalu ke rumah mereka. Dalam masa separuh makan, tetiba sms masuk, aku agak...kalau bukan Edwin, or staff restoranku, atau pastinya org2 Stacy's frenz...kerana banyak isu2 berbangkit lately ni tentang sambutan Besday Stacy yg akan kami buat secara besar2an. Bila baca text message tu, rasa terkesima pulak bila membaca isi kandungannya. ABG KOS, HAPPY JUMPA ABG TADI. X SANGKA JUMPA. ABG MAKIN ENSEM DAN BERGAYA. KAWAN2 X CAYA BILA SAYA KATA KENAL ABG MASA ABG KUAR KAT MAJALAH. MEREKA SIAP LEKAT POSTER ABG YG PAKAI SELUAR DLM TU KAT BILIK. IMAN DARI DULU SUKA KAT ABG, BOLEH ABG JADI BF IMAN?. Hah!!! aku terlopong dan terus rasa Xde mood nak sambung makan. Hmm...nakal2 budak zaman sekarang ni. Aku bagitau abgnya kang...naya dia kena pukul si Roland.

Sunday, June 14, 2009

A SHOULDER TO CRY ON

EDWIN YANG JUGA BERASAL SAMA MACAM AKU DARI SABAH,TINGGI SIKIT DARI AKU,TAPI KALAH SIKIT DARI SEGI LUCK.PERNAH DITAWARKAN MENJADI MODEL OLEH NEW YORK AGENCY TAHUN LEPAS, TAPI X SANGGUP TINGGALKAN ORG TERSAYANG.
EDWIN MEMBUATKAN AIRMATAKU MENGALIR TATKALA DIA MENEPUK BAHUKU
MRS.X YG SENTIASA MENGAMBIL BERAT MEMBUATKAN SEMANGATKU NAIK. DIA KU KENALI MELALUI STACY'S FRENZ.
REEN YG MEMBUATKANKU SEDIHKU LENYAP DGN CALLNYA. DIA KU KENALI MELALUI STACY'S FRENZ.
HAMPIR SEJAM REEN CALL AKU HINGGAKAN LOW BATTERY MOBILEKU
ANDY YG MEMBUAT AKU KEMBALI SENYUM DGN JENAKANYA. HANYA KENAL DIA DI ALAM MAYA SIBER DAN X PERNAH JUMPA
ANDY MENELEFON AGAK LAMA SAMPAI TELINGAKU PANAS DEK HABA HP

X LUPA, HALIZA YG RAJIN SMS JAUH NUN DI IPOH...TRIMAS KU UCAPKAN. LIZA YG MISTERIUS,X KENAL RUPA DAN X PERNAH JUMPA

Dalam banyak2 lagu, saya sangat terkesan dengan lagu zaman persekolahan saya dendangan TOMMY PAGE. Bait2 lagu yg begitu mengesankan berlegar2 di kotak fikiran " Everyone need, a shoulder to cry on. Everyone need, a friend to rely on. When the day has gone...coz i'll be there, I'll be your shoulder to cry on". Sekuat mana pun kita, sekeras mana pun hati kita, atau setegar manapun kita control macho...tapi dalam keadaan rundung tiba2 ada yg datang menepuk bahu kita...sambil berkata " Dont worry,everything will be fine!". Arghh!!! mengalir juga airmata. Manakala dalam keseorangan, tiba2 seseorang menelefon dan memberi kata2 semangat, rasa haru membuak2 di dada terlepas juga dengan esakkan dek menahan lama hiba yg menggunung. Ya, siapa sangka kawan yg hanya kita kenal dari jauh, hanya rajin menyapa kita di alam siber tiba2 menjadi penawar meredakan rintihan jiwa. Siapa menyangka Andy dan Haliza yg ku kenali tapi tidak pernah bersua wajah...hanya menyapa mesra melalui alam siber, menjadi antara yg meleraikan jiwa laraku. Terima kasih pada teman yg begitu prihatin,walau aku tidak menyatakan secara terang masalah yg melanda, tapi keprihatinan kamu semua ibarat tangan yg dihulurkan kala aku jatuh tersungkur dek tersandung batu derita.

Thursday, June 11, 2009

TERIMA KASIH DIARI MODEN

Blog bukan hanya ruang untuk meluahkan pendapat, merakamkan peristiwa...malah lebih daripada itu. Pernah beberapa ketika dulu membaca kisah2 curahan perasaan melalui blog seorang kawan. Dia ada menyatakan yg dia risau juga nanti kawan rimas kerana dia asyik memaparkan kisah2 curahan perasaan. Lalu saya komen, tidak ada salahnya memaparkan kisah2 yg terbuku dilubuk hati kerana Blog kita, kita berhak nak letak apa kisahpun. Pada saya, asalkan tidak berbaur fitnah, menghina agama dan kaum, itu tidak salah sekadar meluahkan apa yg tersirat dan tersurat.

Blog adalah satu bentuk Diari moden. Kalau dulu2 orang mencurahkan segala pengalaman dan perasaan melalui Diari, kini blog menjadi pengganti, malah lebih lengkap dengan gambar. Apa yg lebih menariknya, blog ada respond... bukan macam diari biasa yang hanya sekadar catatan harian. Blog ada teman2 yg memberi respond melalui komen dan pandangan. Dalam keadaan resah, duka dan ditimpa kesedihan, terubat juga membaca komen teman2. Terima kasih pada semua, semua komen, pesanan dan nasihat serta pandangan kamoo semua sungguh bermakna dan berguna. Dalam pada org menyalahkan teknologi moden yg banyak membawa keburukkan, ada juga kebaikannya terutama pada yg berada di dalam masalah.

Iyalah...org kata Blog ni ramai yg menyalah gunakannya dgn menjadi medan menghasut, memburukkan parti politik dan mcm2 lagi, tetapi jika digunakan dgn cara yg betul, ianya menjadi medan kita mengenali cara hidup, perasaan dan kehidupan org lain di luar sana. Saya sendiri suka membaca kisah2 teman2 dan blog org lain yg link pada blog teman2 itu. Kadang saya tinggalkan komen, kadang saya hanya sekadar membaca sahaja. Dalam keadaan murung dan rundung, saya lepaskan dan curahkan masalah di Blog baru2 ini. Ada yg beri komen, ada yg datang ke kedai dan ada yg langsung sms dan call sebab saya ada letak peta kedai dan number mobile kat Blog. Jutaan terima kasih pada yg prihatin. Juga terima kasih pada yg call mahu membantu. Saya jenis org yg segan nak terima bantuan, jadi jgn salah faham bila saya menolak. Yalah, sedangkan yg kita kenal sanggup menipu kita, yg tak kita kenal pula nak membantu...mana mungkin saya nak terima budi org macam tu saja.

Terima kasih Blog ( diari moden ), tempat mencurah apa yg terbuku dihatiku... jika tidak...sakit jiwa atau saya dah masuk wad pesakit mental.

Thursday, June 4, 2009

MISTERI NUSANTARA...NGERI & MENAKUTKAN



Susah nak percaya dan tidak terfikir dek akal benda ni akan berlaku pada saya. Bak kata orang sekarang, tak tercapai dek akal mu. Bukan saya tak percaya hal-hal bomoh membomoh ni, but sengaja elak supaya tak masuk ke alam misteri macam ni. Kalau dulu ada masalah, ada jer kawan suruh mandi bunga la bagai...tapi saya cool jer dan ignore benda-benda ni. Tapi sejak akhir-akhir ni, banyak benda berlaku pada saya dan restoran saya, cuma malas nak layan, tapi pagi ni bila anak buah saya call kata sebaik mereeka buka kedai, lantai penuh warna kuning dek ntah apa...belerang ker atau kunyit. Aduh!, siapa la yang punya angkara. Apa makna semua ni? apa yang mereka tak puas hati?. Ni dah kali ketiga tau. Sebelum ni tetiba ada telur ayam kampong tiga biji kat luar kedai. Mustahil ayam bertelur, lagipun manada ayam kampong kat kawasan Bandar Saujana Putra ni. Beberapa hari sebelum tu pula, ada pasir dgn paku karat bertompok kat depan kedai. Ni la masalah orang kita, tak boleh nak lihat orang lain senang. Apa masalahnya? Sampai bila orang kita nak maju kalau dengki mendengki? Sebelum ni kalau saja restoranku penuh, ada jer orang restoran lain ulang-alik lalu dengan kereta asyik tengok2 tempat kita. Nak tuduh dan mengamuk...tapi Xde pula bukti...tapi angkara siapa pula? Saya ni yang tak suka cari musuh dan susah nak sakitkan hati orang lain. lagipun saya tak pernah rasa iri hati kalau ada kawan2 atau orang lain berjaya. Malah saya tumpang gembira dan beri dorongan lagi. Saya sedih sangat lah dengan keadaan macam ni, kalau nak restoran laku, buatlah konsep nice walau dengan kos yg murah. Masak sedap2 dan letak harga murah...itu jer cara terbaik yang boleh tarik orang datang nak masuk bila tengok konsep kedai menarik hati dan harga murah serta masakan sedap pula akan mengikat pelanggan datang lagi...itu jer rahsia saya, takde bomoh2 atau dengki kan orang lain.

Wednesday, June 3, 2009

MENOLONG ORG TERSEPIT, AKU YG TERJERIT



Kebetulan terbaca entry Chime pasal hutang di blognya www.i-chimer.blogspot.com mcm ada connection jiwa pula kebetulan saya nak post kisah hutang kerana bebanan perasaan saya yg tertekan saat ini. Rasanya ramai dari kita yg pernah mendengar peribahasa 'Umpama Menolong Anjing Tersepit'. Peribahasa tersebut menggambarkan kita menolong org yg dalam kesusahan, tetapi kita yang digigit. Tapi dalam suasana saya lain pula situasinya...saya menolong, saya pula dikencing. Susah nak kenal hati budi kawan. Ada kawan yang jujur dan baik suka menolong kita mcm Mrs.X...tetapi kita tak berpeluang menolongnya kerana dia tak memerlukan pertolongan. Tapi saya ada beberapa kawan yang suka minta tolong, tetapi bila kita dalam keadaan sukar, mereka buat tak tahu, atau langsung hilang. Ini lah namanya kawan yg suka kencing kawan. Ada sorang kawan kerja dulu, selalu kesempitan wang. Mulanya kesian juga, lalu tolong juga pinjamkan...walau dia tak bayar setelah dua kali meminjam. Ingatkan dia berjudi atau ambil dadah, rupa2nya kehabisan wang sebab belanja lover dan ikut rentak lovernya. Dah tahu hal tu, saya malas dah nak bantu, biar dia meraung sekalipun. Ada sorang lagi siap sms minta bantu sebab dia dan emaknya di buru Along ( saya masih simpan smsnya ). Masa tu saya agak terhad wang, tetapi sempat juga pinjamkan dan kerana takut terjadi benda buruk, saya sanggup menipu boss kata ada client nak jumpa pasal Landskap, padahal saya berkejar ke bank yang jauh kerana bank yg dia minta bank-in tu Xde kat area Bangsar...area office saya. Bila perlu wang,saya sms X masuk2. Bila call,number dah tak berfungsi. Ada kawan sorang tu pula, keretanya dah nak kena tarik, ejen tarik kereta tahan dia masa nak ambil kereta kat Parking Area. Sibuk call saya minta tolong, siap cakap bossnya X beri gaji sebab cheque dari client mereka tak clear lagi. Walau masa tu tengahari panas terik, saya sanggup cross road berkejar ke bank, padahal saya tak nak keluar lunch sebab cuaca panas kat luar. Bayangkanlah...untuk isi perut sendiri malas nak keluar sebab panas, tapi sebab kawan susah saya sanggup redah panas. Tapi apa balasan kawan? tak ada, malah minta tolong lagi bila keretanya kena tarik bank lepas tiga bulan dari peristiwa tu. Bila saya tanya soal wang or hutang terdahulu, dia kata itu kira bossnya yg hutang. Saya kata "apa pula boss u yg hutang...? dia X bayar gaji U itu lain hal, saya pinjamkan sebab kereta U, means U la yg hutang'. Memang kengkawan kata saya bodoh nak tolong lagi, tapi kerana saya ni terlalu baik dan ingat budinya tolong hantar saya ke sana sini urusan audition dan urusan Stacy FC, saya tolong juga. Ialah, org berbudi...saya berbahasa. Tetapi bila saya berbudi...dia kencing saya. Duduk umah saya dgn adiknya ambil dua bilik, janji bayar...tapi dah dua bulan, dia pindah dgn keadaan rumah mcm sampah. Sebenarnya saya Xnak bagi dia tinggal, tetapi memikirkan kesian dan daripada saya sibuk kat restoran, baiklah dia tinggal. Memang pengotor, pernah saya tegur bilik adiknya busuk...dia mengamuk la pula. Sekarang saya call dan sms beberapa kali, dah senyap hilang, padahal rumah tu nak bayar, bil api dan letrik nak bayar. Aduh, memang tak guna kawan mcm ni, dia pindah dgn hutang hampir RM7 ribu, some of my things pun kena angkut dari rumah. Terkejut tengok umah mcm tongkang pecah, tilam...trolly baju dan yang lain2 kena angkut sekali. Keji betul kawan mcm ni.Memang ada barang dia tinggal kat tempat saya, tapi benda tu ntah berapa harganya kalau tolak kat 2nd.Hand shop. Ada kawan sorang kawan tu pula, berhutang baju...saya juga tolong bayarkan sebab nak jaga nama persatuan, padahal dia yang hutang balance RM750.00 tapi saya juga yang kena bayar. Bukan cakap apa la, wang saya ada di sana-sini, sangkut sana sini. Kiranya saya ada wang, tapi bukan dalam tangan, tapi dengan kawan2 dan beberapa persatuan saya. Kawan susah kita bantu, tapi bila kita susah...siapa yang bantu? Hmm...

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.