Monday, June 30, 2008

ADOI!!! KENA TAG OLEH REEZBERRY HELLEBERRY STRAWBERRY

OK la...sebelum aku berikan beberapa jawapan utk Tag yg dikenakan oleh Reez pada aku...terlebih dahulu aku terangkan kat sini yg aku ni adalah TALAM DUA muka. Aku ada sisi baik dan sisi jahat, mula2 yg jahat dulu la......

( FOT THIS PIC, CREDIT TO MR.EMAD OF PROJECT ICON MODEL, MODELLING AGENCY YG TENGAH HANGAT TU ).

PICK KAT ATAS NI LA SISI JAHAT AKU,MUKA MEMANG NAMPAK SKEMA DAN EGO,SOMBONG. KALAU KUAR TANDUK KAT ATAS KEPALA AKU...X SENONOH LA RESULT PIC AKU DAN SESI BERANI MATI DAN POSE MAUT SEGALA MCM KELUAR...KADANG BENDA YG X PATUT KELUAR PUN AKAN TERBONJOL KELUAR KEH KEH KEH...LAYAN. TAPI JGN LA SANGKA AKU SKEMA...TU UTK FOTOSHOOT JER, IF U REALLY GOOD MODEL...U CAN TWIST OR TRANSFORM YOUR SELF BEING DIFFERENT.

KAT ATAS NI PULAK SISI BAIK AKU...KALAU TENGOK AKU SENYUM, BUKAN BIBIR JER MCM DISIMBAH HONEY...( KISSABLE RIGHT??? ) TAPI JUGA KENA HATI2 DGN RENUNGAN MATA KU...CUBA RENUNG DALAM2 MATA AKU KAT PIC NI,APA KAU RASA?

Ok...now the answer utk Tag yg diberikan oleh ReezScandalicous...nikmatilah
1.
NAMA TIMANG2AN???
Kat Kg. org panggil "BOB", yg aku pelik...nama atau gelaran ni sinonim dgn yg besaq2 dan yg sewaktu dgnnya...masalahnya, bila aku siasat photo2 aku dari baby sampai akhil baligh...Xde pulak rupa diri aku yg bulat-bulat keh keh keh.
Selain itu...aku ada nama manja kat umah..."Nonoy"...nama ni memang utk yg cute...WALAUPUN... aku X cute heh heh heh.
Kat sekolah pulak...aku selalu kena beri nama ejekan TIKOS...atau TIKUS sebab nama aku KOS.
2.
INSAN TERISTIMEWA???
Tak boleh tidak...aku kena sebut mamak ku ( emak ). Dia lah mamak, dia lah bapak Bcoz she is a single mother. Dia bekerja kuli kat kilang papan kayu lapis. Balik rumah belah kayu balak sebagai kayu api dan memasak. Membasuh tanpa washing machine dan membesarkan kami lima beradik. Kudrat mak aku terpaksa dia gandakan dua kali ganda dari lelaki. Sekarang dia kena stroke dan aku hanya mampu belikan dia rumah FLAT yg dia kata lebih 100 kali cantik dari rumah papannya sendiri, terharu aku tengok dia hargai walau aku X mampu belikan dia teres house atau bungalow. Bayangkan masa tu Xde lagi rancangan "BERSAMAMU TV3", padahal kalau kira makan nasi dgn telur goreng atau ikan dah kira lauk paling lazat of the day, sebab selalu makan dgn kicap atau ikan keing jer. Mak ada juga tanah, tapi dia berkeras Xnak jual atau gadai kerana dia kata...kalau kita Xde tanah...hidup rasa mcm menumpang di negara
org...ntah la, tapi aku kurang setuju.
3.
ANDA SEORANG YANG???
Kawan2 kata misterius...ntah arr? Ada pulak yg kata aku ni ada dua watak yg berbeza...tengok sekali sombong, tengok dua kali...peramah, tapi LU PIKIR LA SENDIRI. Suka belanja kengkawan...makan kerana mamak ku kata, kalau kita selalu belanja org, rezeki kita bertambah atau sekurang-kurangnya X putus, but ada pulak kawan sorang tu kata...takut duit abis...camana tu??? patut la dia selalu ada problem...LU PIKIR LA SENDIRI mengapa banyak masalah dan rezeki mcm X cukup jer.
4.
LAGU KESUKAAN???
Mahluk Tuhan Paling Sexy...ntah arr, tiap kali aku dengar lagu tu...aku feeling2 lagu tu ditujukan pada aku sejak pic terlondeh aku kat myspace dikomen dgn ayat2 MAHLUK TUHAN PALING SEXY...dan sejak Stacy nyanyikan lagu tu kat Konsert AF...heh heh heh.
5.
MAKANAN KESUKAAN...???
Apa2 jer kecuali jenis daging2. Seperti ramai kawan2 tau ...aku X boleh ambil makan daging lembu ker...kambing ker...kerbau ker...rusa ker...kecuali AYAM. Nak tau kenapa? ntah arr, maybe sebab dari kecil kot mak tak mampu beli daging utk kami. Tapi yg beshnya ada kawan kata, aku berpantang makan daging kerana pantang ilmu2 hitam aku hilang. Nah...kau, itu baru aku...kalau Marsha...lagi la...bukan sekadar daging dan ayam...malah segala mcm seafood pun X boleh ambil heh heh heh.
6.
SIKAP YG BUAT ANDA STRESS???
Yg tak cantik/ensem...tapi feeling shanteek...dgn berlagak dan sombong ( tapi kalau yg feeling chantek but X skema terkecuali ya ). Aku lagi hormat org yg X cantik, tapi sedar diri.
7.
TIGA BENDA YG MESTI ADA DLM BEG ANDA???
Maap Reez...aku X pakai beg, so...aku skip la this question ya.
8.
KALI TERAKHIR ANDA NANGIS???
Masa balik ke Sabah hari tu...tengok mamak ku berusaha nak bangun dan peluk aku sebaik jer aku masuk ke dalam rumah.Mamak ni semangatnya kuat dan aku pinjam atau mungkin warisi semangatnya sebatang kara mengharung onak hidup di KL ini.

Thursday, June 26, 2008

STACY IS A DANCING QUEEN

Di akhbar sebelum ini, Mila ada khabarkan yg dia akan membuat satu kejutan di mlm Cornetto itu nanti dgn berduet bersama Stacy,but lagu tu rahsia katanya nak...suprise,but I tau dah.
Seperti yg kami telah buat masa konsert mingguan AF, saya terfikir-fikir apakah gelaran yg sesuai dgn Stacy. Oleh kerana dia begitu ceria, ramah dan pandai menari...maka kami memberikan satu gelaran untuknya agar dia lebih menonjol di kalangan pelajar pada setiap konsert. DANCING QUEEN...gelaran yg di beri since kita tak ada penyanyi yg membawakan genre Dance Music. Kalau kita ada Queen of Rock - Ella, Queen of Jazz - Shiela Majid dan Queen of Ballad - Dato Siti, maka kini muncul satu Queen lagi di persada seni Malaysia. Setiap penyanyi yg ingin bertahan lama atau ingin dikenang selamanya, haruslah ada genre yg tersendiri, kalau org lain pun ikut, itu X kisah...yg penting dia yg leading atau pelopor.
INILAH POSTER YG MEMBERI KELAINAN PADA POSTER PELAJAR YG LAIN,HEBATKAN.
POSTER NI KEKURANGAN HURUF 'A' KERANA TERSILAP DARI KILANG PENCETAK.

MILA DAN STACY SEDANG BERLATIH LAGU "DANCING QUEEN" UTK KONSERT CORNETTO 28.JUN.08, MESTI SESUATU YG MENARIK DAN MENJADI FENOMENA. PIC CREDIT TO JOE KLUBBKITT COZ SAYA CILOK DARI BLOGNYA KEH KEH KEH.


SELAIN DARI LAURA ADA MENDAPAT 40 KEPING TIKET DARI KAKAK STACY, SAYA PUN ADA DAPAT TIKET DARI VENDOR ATAU PENGEDAR AIS KRIM CORNETTO.



PADA YG BELUM ADA TIKET, BOLEH HUBUNGI LAURA ATAU SAYA UNTUK MENDAPAT TIKET INI SECARA PERCUMA...LIMIT 3 KEPING SORANG OK...




Monday, June 23, 2008

NEW HOTTEST MODELLING AGENCY IN TOWN


Ni nak cerita sikit pasal Modelling Agency yg tengah hangat dan begitu melonjak naik dan bakal menjadi rebutan promoter dan penganjur show. Walaupun baru setahun jagung,tapi rappor agency ini sangat baik dan telah terlibat dalam beberapa event dan show besar dan Gala. Agency ini bukan sahaja jadi tumpuan dan idaman muka-muka baru, tetapi juga menjadi pilihan tempat bernaung oleh model2 yg sedia ada atau yg berpengalaman. Saya salah seorang yg bernaung di bawah Modelling Agency ini kerana yakin dengan kredibiliti dan kehebatan agensi ini. So, sebelum saya terangkan lagi tentang agensi yang tengah hot ini,mari kita lihat pula sebahgian dari model2 hot yang berada di bawah naungan atau dalam senarai agensi ini.

Nadzrien yg sesuai sangat menjadi model utk pakaian yg hot2 atau model seluar dalam.
Abbos yang sesuai sangat menjadi model video klip dan juga pakaian sukan.
Arm adalah salah seorang finalis jejaka majalah iR REMAJA,sesuai menjadi model pakaian rugged dan kasual.

Kos serani, selain terlibat dgn Tv Drama,Filem dan Teater juga menceburkan diri dalam bidang modelling ( sesuai mengayakan pakaian sukan dan seluar dalam ).
Dean pula adalah salah seorang finalis Gangstarz 1, selain berbakat dalam nyanyian, dia juga menjadikan modelling sebagai cabang seninya ( sesuai sangat menggayakan pakaian kasual ).


Ameen, mungkin ramai yg rasa kenal wajahnya,tapi di mana ya??? dia adalah TOP 12 MALAYSIAN IDOL season 1 ( sesuai sebagai model utk pakaian kot, nampak kemas dan bergaya ).
Shain Hassan sangat sesuai untuk menjadi model ruangan MODE di majalah tempatan kita.



Rayman mesti ramai yg perasan wajahnya yang selalu terpampang di majalah tempatan yg juga salah seorang finalis majalah MASKULIN, ( sesuai menggayakan pakaian formal dan pejabat ).


Idris Khan salah seorang finalis HERO REMAJA, ( sesuai dgn pakaian formal dan pejabat ).
Doda yg hot, rugged dan bergaya,sebenarnya model-model yg lain di atas boleh menggayakan beberapa mood mengikut kesesuaian baju atau tema pakaian atau konsep iklan yg diminta.



Setakat ini saya pernah juga didapatkan peluang beberapa casting antaranya untuk program TV berbentuk remaja sebagai Host atau pengacara, tetapi kerana jadual bertindih dengan fotoshoot yang lain,saya tak dapat menghadirkan diri.

Pada yang berminat menjadi model dan rasa yakin serta berminat untuk menjadi model, bolehlah mencuba dan sila baca iklan promo di atas. Untuk mendapatkan photo terbaik sebagai portfolio, anda boleh lah mendapatkan khidmat photografer rasmi agensi ini kerana ada pakej yg hebat dan murah sehingga 31hb.Julai ini, RM200 termasuk 50 shoot, 1 cd copy dan beberapa edit utk photo anda. Untuk keterangan lanjut, sila lawati www.myspace.com/icon_model_kl atau terus menghubungi salah seorang pemilik Agensi ini...seorang yg kacak dan Model juga iaitu Emad.

Pada yang rasa cantik/ensem atau berangan cantik tu...( Chantek ker??? ), cuba lah nasib. Jangan hanya pukul canang sendiri kata diri tu lawa keh keh keh. Tapi...kan, yg bukan berniat untuk menjadi model pun boleh mengikuti kelas grooming dan catwalk kat agensi ni. Pada zaman ini, penampilan sangat penting terutama yg bekerja bertemu ramai pelanggan, perlukan penampilan yang menarik dan cara berjalan dan bercakap dgn penuh keyakinan, cuba lah mendaftar kerana bayaran yg dikenakan sangat berpatutan dan maybe anda dapat lebih dari wang yg anda keluarkan.






















Saturday, June 21, 2008

AJK MEETING DGN STACY DAN STACY ON9 CHATTING

Baru2 ini...kami mengadakan mesyurat bersama Stacy. Kali ini Stacy telah pulih dari demam dan dia berpakaian cantik pada mlm itu. Mesyuarat kali ini adalah utk membincangkan kempen menonton konsert cornetto beramai-ramai dgn Stacy FC cawangan lembah klang. Juga membincangkan tentang pertandingan Bowling Persahabatan antara FC yg diuruskan oleh AJK bahagian Sukan dan Rekreasi kami.Selain itu...kami juga membincangkan beberapa hal dengan penasihat kami iaitu Joe Klubbkitt, banyak juga isu berbangkit dan kami membincangkannya secara santai. Sebenarnya saya dalam keletihan tetapi oleh kerana kami terpaksa ikut jadual Stacy...yg hanya free pada waktu itu...saya terpaksa call last minit pada AJK lain seperti laura, Adrin dan juga Joe Klubbkitt. ( PHOTO2 DI SINI IHSAN CIK REEN DAN JOE KLUBBKITT ).
NAH...STACY SEMPAT MENGGAYAKAN AKSI TRADEMARK 'ALAMAK TERLEBIH SUDA'
INI PULAK POSE ISTIMEWA STACY KHAS UNTUK PEMINAT2NYA YANG TERSAYANG.

CHERRY...KAKAK STACY,YG JUGA P.A NYA...SEMPAT MEMBACA BLOG STACY'S FRENZ.

HURM...SERIUS NAMPAK JOE KLUBBKITT...DAN SAYA TUMPANG BACA MESEJ2

KAMI SEMPAT MEMENUHI PERMINTAAN PEMINAT STACY YG MAHU BORAK LANGSUNG DGN STACY PADA MLM ITU.

WALAUPUN LETIH...STACY TETAP MELAYAN PEMINAT YG KAMI CALL SUPRISE...

NTAH APA YG SI ADRIN KETAWA KAT BELAKANG TU,MESTI PASAL MESEJ PEMINAT STACY LA TU...
KAMI PANTANG ADA PELUANG BERTEMU DGN STACY...TERUS JER MINTA DIA ON9 UTK MEMENUHI PERMINTAAN PEMINAT2NYA.
Seperti perjumpaan sebelum ini...acara berchatting bersama Stacy berakhir hingga hampir ke pukul 1 a.m, terima kasihlah pada Stacy yg sentiasa memberi kerjasama untuk memenuhi permintaan para peminatnya.








Monday, June 16, 2008

AN EVENING WITH STACY

Sabtu lepas, kami bertemu Stacy lagi, Selain AJK Stacy FC @ Stacy's Frenz, kami juga mengundang penasihat Stacy FC iaitu Joe Klubbkitt, untuk bersama-sama berbincang dan meminta sedikit nasihat.Untuk pengetahuan semua. Joe Lee adalah org yg bertanggungjawab memberi semangat pada kami di masa saya tengah dlm dilema kerana terhimpit oleh tugasan kerja dan aktiviti Modelling.Joe telah memberi panduan dan membuka mata saya dan AJK yg lain cara yg berkesan utk memastikan kejayaan Stacy...thanx so much Joe Lee.
Meminta autograf dari Stacy yg di pesan oleh ahli2 dan peminat2nya melalui kami.
Sign Stacy...jgn X sain...ingat senang nak jadi artis??? nah ni baru sedikit tau...ada lagi yg dipesan

Stacy yg dalam keadaan masih demam...tapi sanggup juga meluangkan masa berchatting bersama peminat2nya di Chat Box Web Rasmi dan Blognya...tu yg buat org syg kat Stacy ni.

Saz @ Cham sedang memerhati Stacy , Reen busy mencatit beberapa hal dan Laura busy ke sana sini...aku pualk...tengok jer la keh keh keh.
Ntah...apa yg lucunya tu sampai Joe dan dan Laura tergelak sakan pada petang itu.
Joe,Stacy dan aku sempat membaca beberapa mesej yg dihantar oleh peminat2 Stacy diCBox.
WAAHH....Adrin dapat tanda tangan Stacy di laptopnya...lar...ni yg buat aku jeles ni... Aik... nape si Cherry tu serius jer??? Wat saspen jer
Ni la Astrounate PINKY yg dihadiahkan oleh Reen pada Stacy...WAAHH bertuahnya Stacy.
PINKY hadiah dari Cikgu Reen Utk Stacy. Sungguh bertuak kerana Astronate pink kaler ni adalah limited Edition....
Tengok tu...betapa kyusuknya Stacy melayan segala pertanyaan peminatnya diChat Box kami.

Saya terpaksa meminta diri awal kerana kena menghadiri Casting di Damansara. Bila tahu aku nak blah...yg lain pun rupanya nak balik juga. Stacy pulak yg masih demam dihantar oleh Joe Lee ke klinik ditemani oleh Cherry. Pada Stacy...get well soon...semoga dapat perform dgn baik.














































































































































Thursday, June 12, 2008

LEPAKING DGN STACY DAN TOI (11/06/08)


SCREEN PIC KAT ATAS TU IHSAN REEN @ HEARTLESS DEVILESS...COPY HEH HEH HEH


Segalanya pantas,petang semlm aku call Stacy dan minta satu tarikh bila dia free untuk berchatting dgn fansnya yg kami gelar Rakan Stacy ( bukan rakan COP ok).Dia kata jadualnya very tide, but mlm nanti dia free tapi dia demam. Memang kental semangat Stacy ni, sama mcm percubaanya beberapa kali masuk pertandingan Gangstarz dan OIAM.Begitu pun dgn semangatnya yg cekal dan X pernah menagis masa di AF.Dia setuju datang ke satu tempat RAHSIA walaupun dgn demam demi utk Fans.Tahniah Stacy...kerana menghargai peminat.
Laura,Me,Andru Tjia,Tanakwagu,(dihadapan) Stacy dan sisternya yg merangkap P.A, Cherry.
Kami sempat berbincang dgn Toi dan Stacy mengenai projek dan kerjasama yg akan kami buat.
Bersama dgn Toi dan dua org PR Maestro yg ramah dan baik hati...thanx abg Wan kerana sudi join kami.
Seronok Stacy berchatting dgn peminat2 @ rakan Stacy dichatting Room Stacy FC semlm.Tiba-
toba chatting room diserbu beratus-ratus chatters sehinggakan Stacy bertambah demam he3.
Laura sebagai setiausaha mewakili Stacy FC dan Frenz memebrikan hadiah sebagai congrats atas kemenangannya tempohari
Apa hadiah di dalamnya??? kamu teka lah...tapi apa yg pasti, sesuatu yg istimewa dan di sukai oleh Stacy....WAAHH.

Kesimpulannya, usaha membawa Stacy Chatting walaupun dlm keadaan yg darurat tetap akan menjadi kenangan manis buat peminatnya dan Stacy sendiri.Walaupun lokasi yg sepatutnya kami atur di Bangsar tidak menjadi kerana faktor kesihatan Stacy...tapi kerjasama dan usaha Stacy utk memberi komitmen pada peminatnya sangat bagus dicontohi. Manakala sikap Toi yg sempoi dan low profile membuat kami selesa dan rasa mcm kenal lama, begitu juga dgn kedua PR MAESTRO yg baik hati.Malah Abg Wan janji akan bawa kami pegi dinner pulak next time, WAAHH!.

Pada yg ada pesanan utk Stacy...sila lah ya, aku akan call atau sms dia utk kamoo. Yg pasti Cindy telah aku buat kezutan dgn pass phoneku pada Stacy...rasanya suara Stacy masih terakam kat telinganya keh keh keh.
7 PERKARA YG ANDA TIDAK TAHU DAN PERLU TAHU....
1- Mulanya kami nak jumpa kat Bangsar specially yg ada WIFI ( kamu boleh agak la tempat tu )
kerana kami bawa 3 laptop.
2- Stacy sedang demam dan langsung X pakai make-up, dan X pakai bedak pun..but she still cute
3- Kakak Stacy yg sweet tu yg bertindak sebagai P.A nya, iaitu Cherry juga boleh menyanyi.
4- Mulanya Stacy hanya mahu bertemu selama half an hour disebabkan demam ...tapi bila dah jumpa kami...dari 11pm hingga 1am baru bersurai...camana tu???
5- ChatBox kami yg selama ini rekod tertinggi adalah 52 dlm satu masa...tetapi pada mlm tersebut tetiba beratus yg masuk sehinggakan Stacy bersama aku dan laura di kiri kanannya langsung tidak boleh baca mesej2 peminatnya kerana terlalu laju.
6- Toi pun demam pada mlm tu.
7- dah la demam mlm tu...kereta Toi pun ikut demam ( Rosak )...sabar ya TOi.






KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.