Semlm kawan saya iaitu Joshua telah menjemput saya pergi Clubbing. Saya ni malas sangat nak pegi clubbing, maklumlah model...nak jaga imej baik konon,cewah. Xde la...bukan berlagak public figure...kita ni semua sama, artis ker...bukan ker...model ker...tapi saya ni X berapa gemar asap. Ok berbalik pada jemputan Joshua, dia beria-ia nak saya pegi kerana groupnya akan perform kat Club tu. Mungkin ramai yg kenal Joshua, dia adalah Mentor pada aktres Rina yg menjadi protegenya dalam SEHATI BERDANSA musim ke2 lepas. Joshua dan groupnya juga ada perform kat majlis Hari Raya Stacy & Stacy's frenz sebelum ini.
Memang ramai dan meriah suasana kelab malam La Queen,penuh sesak. Yang bestnya, sebaik saja DJ tahu kehadiran saya, terus dia putarkan lagu "Aku Stacy", apa lagi...meruju-ruju org kelantai tari. member pula paksa aku tunjuk bakat, lalu aku pun mula tunjukk skil kat dance Floor bergoyang dgn lagu "AKU STACY". Seronoknya jadi presiden Stacy FC ni, kerana ramai yg kenal, DJ tu siap welcome lagi, dan peminat Stacypun ramai yg sedari kehadiran saya kat club tu. Itulah keistimewaan jadi Presiden SFC ni, malah pernah beberapa kali jumpa artis, mereka siap tegur dan ramai sangka saya adalah abang Stacy. itu belum lagi org perseorangan dan promoter hiburan yg cari saya kerana nak Stacy perform, padahal Stacy ada pengurusan artis sendiri di bawah Astro Entertainment SB.
Saya bangga sangat lagu Stacy jadi pilihan DJ kelab yg biasanya memainkan lagu2 inggeris sahaja. Bayangkan, lagu melayu yg rancak berkumandang di kelab malam, memang sesuatu yg menarik. Menurut org kuat La Queen, Minggu sebelumnya, ada beberapa artis dan celebriti yang juga ke situ, antaranya NIKKI, dan DJ popular Suria FM iaitu Tuah Zulkarnain dan Zizi. Cuma saya tertanya mengapa lagu "Aku Stacy" yg agak season dimainkan, bukan lagu "gagap". Kalau lagu "gagap" lagi gempak...aku akan buat Shuffle lagi heh heh heh.