Semasa saya dijemput untuk cover pameran K-Food Fair yang telah berlangsung di Mid Valley baru-baru ini.K-Food Fair 2015 adalah anjuran Korea Agro_Fisheries & Food Trade Corporation, dan secara rasmi disokong oleh Kementerian Pertanian Korea, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar ( Mafra ) berlangsung dari 13 hingga 16hb.Ogos dimana sasarannya adalah untuk komuniti perniagaan dan orang ramai yang berminat dengan makanan dan budaya tentang Korea. Saya sangat terkejut dengan satu produk ajaib keluaran KMT yang mengandungi pati Halia & Madu. Sebenarnya saya telah lama mengamalkan minum pati halia & madu setiap malam sebelum tidur dan setiap pagi selepas bangun tidur ( semasa perut masih kosong ). Itulah rahsiah saya yang dah 4 Series tapi masih slim dan ramping. Ini adalah cara mudah dan murah ( hanya RM10 ) untuk kekal slim kerana Halia adalah detox terbaik. Anda tidak perlu keluarkan duit beli slimming pil yang mahal dan tidak tahu kesan atau campuran yang lain, manakala ada juga krim halia yg disapu pada perut atau kulit tapi ianya membuat rasa kulit merengsa dan bau halia yang tidak berapa sedap baunya. Cara murah dan mudah ini hanyalah beli sebotol Madu ( RM5 ) dan beli Halia ( RM5 ). Halia tadi dibasuh lalu dikupas kulit dan dicampur dengan air masak lalu blender. Pati dari halia tadi simpan dalam tupper wear atau botol dan simpan didalam peti ais. Setiap kali nak minum ambil 1 sudu pati Halia + 1 sudu madu lalu dibancuh dengan air panas lalu diminum setiap awal pagi dan sebelum tidur. Murahkan? sebenarnya ini adalah petua turun temurun nenek saya dan saya rahsiakan sebab bercadang untuk komersialkannya bila ada modal nanti buat dalam bentuk pil dan serbuk yg terus dibancuh dengan air, tetapi oleh kerana Korea pun ada menghasilkannya dengan jenama KMT jadi apa kata dapatkannya dipasaran yang kini ada dijual dirangkaian AEON, lebih mudah dan cepat untuk yang sibuk bekerja, tapi yang siap dibotolkan ini bukanlah yang saya maksudkan RM10 itu. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment