Pensijilan untuk memasarkan produk mereka sebagai halal telah diadakan untuk peserta dan pembeli untuk memahami keperluan proses pensijilan Halal. Para pengunjung juga diberi peluang untuk mencuba produk Halal Korea melalui sesi uji rasa. Dari 14 hingga 16 Ogos, K-Food Fair 2015 menandakan kemunculan sulung kepada pengguna di Pusat Pameran Mid Valey ( MVEC ) dan mempamerkan pameran yang memaparkan makanan Korea segar dan hasil dari organik untuk kesihatan yang berkaitan dengan makanan, makanan ringan dan minuman serta kuih yang Halal dan oleh yang demikian tiada masalah untuk masyarakat Islam memakannya. Memandangkan tradisi Korea lama daripada pasangan makanan untuk musim-musim, oleh yang demikian keseluruhan pameran telah disusun mengikut empat musim iaitu Musim Bunga, Musim Panas, Musim Luruh dan Musim Sejuk. Setiap gerai diwakili dan dihias mengikut tema bermusim dan terdiri daripada pelbagai aktivitiyang menarik seperti membuat Tanglung Lotus, membuat gaya Korea "Kajang', permainantradisional dan sukan musim sejuk seperti bermain ski. Kemuncak K-Food Fair 2015 merupakan bahagian makanan kegemaran dari makanan laut dan restoran yang juga menjadi tumpuan para pengunjung. Kawasan khusus untuk produkHalal ini bagi menyediakan ruang dan peluang untuk pelangan dan pengunjung mencuba produk makanan dan minuman Korea yang sebelum ini tidak ada lagi. Seperti lazimnya, acara Korea-centric tidak akan lengkap tanpa elemen K-hiburan, dan para pengunjung di K-Food Fair 2015 disajikan dengan persembahan dari kumpulan B-Boy - F-Flava, Band perkusi dari Korea serta Cover Dance dari team K-pop yang telah menjadi kegemaran peminat di Malaysia.
Saya sendiri telah merasa pelbagai jenis makanan dan minuman di K-Food Fair ini. Semuanya sedap-sdap belaka dari susu yang berperisa pisang, perisa melon hinggalah minuman cuka daripada buah-buahan. Setelah merasa kesemuanya, saya berpendapat makanan Korea bukan sahaja sedap dan lazat, tapi juga mereka mementingkan makanan kesihatan. Marilah datang beramai-ramai ke pameran ini dimana hari terakhirnya adalah pada 16 Ogos. Antara pempamer atau syarikat yang terlibat dalam K-Food Fair 2015 ini adalah, RIMAGLOBAL Co.ltd, CJ CHEILJEDANG, MUSHM.Co.ltd, Jinsung F.M Co.ltd, K-MUSH, Jinju-horticultural, HANSUNG FOOD Co.ltd, H & P INTERNATIONAL, Mommake, HAN'S KOREA Co.ltd, YOUNG POONG Co.ltd, Sampling Global Food Service Co.ltd, Korea Eundan Co.ltd, Daedong Korea Ginseng Co.ltd, Chun Jae Myung Korean Red Ginseng, Hmax Inc., Teazen Inc., Daewon Co.ltd, Quali Korea Corp., & Binggrae.
No comments:
Post a Comment