Friday, August 7, 2015

MISS & MISTER CHARMING 2015 2 N,DAH CATERING & WEDDING, SHAH ALAM


Baru-baru ini telah berlangsung Miss & Mister Charming musim kedua yang telah berlangsung pada 6hb.Jun.2015 di N'Dah Catering & Wedding, Shah Alam. Pertandingan pencarian Model dan MUA kali ke 2 ini dianjurkan oleh seorang Designer iaitu Kos Serani dan Twin Travel Sdn.Bhd. Seperti musim pertama, musim kali ini lebih meriah lagi dengan penyertaan dari 33 buah Team dimana satu Team diwakili oleh dua orang Model { lelaki dan perempuan } dan seorang Make Up Artis. Uniknya untuk musim kedua  ini selain dari penyertaan remaja Melayu, juga turut disertai oleh remaja dari kaum Cina dan India serta suku kaum dari peribumi Sabah dan Sarawak. 

Pertandingan yang berlangsung pada malam itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian dari Reyhana Yunus, Kumpulan Ardzuna, Shaun Salim, Azmir Arif, Dior & Khairul Daniel. Selain itu majlis tersebut juga turut diserikan dengan kehadiran beberapa finalis Dewi Remaja juga beberapa Ratu dan peserta Male pageant yang telah dan akan mewakili Malaysia ke pertandingan peringkat dunia. 

Juri pada malam tersebut terdiri daripada mereka yang mempuanyai pengalaman dalam bidang modeling dan termasuk juga pengamal media, antaranya Meen Tahrin, Anwar Razali, Lew Voon Khong, Eizaaz Fareez, Kiren Dhilon, Datuk Kee Hua Chee & Datin Reiss Tiara. Antara penaja pada malam itu adalah Sya Laa, Natasha by Dr. Ferdi Setyawan, Kimlook, Wanita Kota.Network, Karangkraf, majalah Media Hiburan, Santai Travel, Wanita4U.FM HD Concept & majalah Stailista.

Berikut adalah senarai pemenang hadiah utama dan hadiah sampingan,

Miss Charming : Dayang Siti Norlizah
Naib Juara         : Diana Rani
Ketiga                 : Ashira Kaseh
Keempat            : Richel Rien
Kelima               : Wenxi

Mister Charming : Adam Arjuna
Naib Juara           : Nelson Achan
Ketiga                   : Yusairi Yusoff
Keempat              : Anas Dzul
Kelima                 : Raja Nasron

Miss Photogenic       : Ashira Kaseh
Mr.Photogenic           : Adam Arjuna
Miss Body Beautiful : Wenxi
Mr.Hot Body               : Anas Dzul
Best Catwalk Female: Richel Rien
Best Catwalk Male     : Nelson Achan
Best Dress Evening Wear : Dayang Siti Norlizah
Best Outfit Evening Wear   : Anas Dzul
Best Dress Traditional       : Bunda
Best Outfit Traditional         : Nelson Achan
Darling Of The Crowd         : Nelson Achan
Most Popular in Social Media : Bard 






No comments:

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.