Seawal pukul 8 pagi kami para wartawan & Blogger telah berkumpul di hadapan MATIC dan kemudian menaiki bas yang telah disediakan menuju ke Pantai Bagan Lalang, Sepang. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 2 seakan tidak terasa kerana rasa teruja untuk melihat pantai. Sebagai masyarakat, apakah kesedaran dan kepekaan kita terhadap alam sekitar? Sebenarnya Alam sekitar seperti keindahan pantai dan kebersihan adalah salah satu khazanah yang bakal kita tinggalkan untuk generasi yang akan datang. Selain itu keindahan pantai dan kebersihannya juga adalah salah satu punca yang boleh menarik pelancong dalam dan luar negara untuk berkunjung ke tempat tersebut. Menyedari betapa pentingnya menjaga kebersihan dan mengekalkan kelestarian pantai, PUSPANITA cawangan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan ( KPK) telah mengambil insiatif untuk membawa masyarakat terlibat secara langsung dalam PROGRAM VOLUNTOURISM PUSPANITA iM4U @ BAGAN LALANG, SEPANG dengan kerjasama Avani Sepang GoldCoast.
Selain acara membersihkan pantai dan menanam pokok, juga aktiviti mengecat Perpustakaan setempat dan juga acara dimeriahkan lagi dengan pameran dan gerai-gerai yang berkaitan dengan pelancongan antaranya makanan, kraftangan, lukisan dan aktiviti persembahan serta sesi bual bicara.
No comments:
Post a Comment