Monday, August 31, 2015

PROGRAM VOLUNTOURISM PUSPANITA iM4U @ BAGAN LALANG PANTAI BAGAN LALANG, SEPANG.

 
Bagan Lalang.Pada 22 Ogos lalu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menganjurkan ‘Voluntourism Puspanita IM4U @ Pantai Bagan Lalang’, Sepang Selangor. Program ini telah dirasmikan oleh YBHG.Tan Sri Dr.Ong Hong Peng, walau dalm keadaan cuaca yang sungguh panas, beliau sangat teruja menanam pokok dan melihat sendiri kerja-kerja pembersihan pantai serta beliau telah melawat ke gerai-gerai yang turut mengambil bahagian untuk memeriahkan lagi acara pada hari tersebut. Program ini merupakan salah satu program di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau “National Blue Ocean Strategy”(NBOS) dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk pihak Kerajaan, NGO dan swasta. Penyertaan program tersebut turut melibatkan beberapa pihak termasuk pihak PUSPANITA , Kementerian Pelancong dan Kebudayaan Malaysia serta agensi-agensi di bawahnya, IM4U,Majlis Bandaraya Sepang, Persatuan Homestay Selangor, Sepang Goldcoast Sdn Bhd serta para sukarelawan pelancong (‘Voluntourism’) yang terdiri daripada para pelajar daripada Institut Pengajian Awam dan Swasta. Pada hari tersebut, pihak Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) mewakili bagi pihak KementerianPelancongan dan Kebudayaan Malaysia turut mengundang rakan-raakan media untuk turut sama memeriahkan program tersebut sebagai tanda sokongan terhadap industri pelancongan dan kebudayaan serta juga program anjuran Kementerian ini. Selesai perasmian program di Pantai Bagan Lalang itu, para peserta dibawa melawat ke Perpustakaan Bergerak, Booth Pameran dan Tapak Gotong-Royong. Sekitar jam 10.23 pagi, semua peserta mengikuti pula lawatan ke Tapak Kerja sukarelawan, di mana pelbagai aktiviti telah diadakan. Antaranya aktiviti Voluntourism (Tapak acara di Avani Sepang Gold Coast). Aktiviti kemudiannya diteruskan dengan 1 Malaysia Cultural & Heritage(Tapak Acara) serta aktiviti 1 Malaysia Green 1 Malaysia Clean( Persisir Pantang Bagan Lalang).
Sekitar jam 11.30, lawatan ke Perpustakaan Desa, di mana aktiviti mengecat dan mengemas telah dilakukan.Selesai sahaja sesi media yang diadakan untuk menerangkan program iM4U ini, barulah aktiviti Voluntourism dijalankan.Program yang cukup bermanfaat ini berakhir kira-kira jam 2 petang.













No comments:

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.