Friday, August 7, 2015

GLAM ELITE AWARDS 2015 @ SANI HOTEL KL

 Pada 2hb.Ogos lalu telah berlangsung grand finale Glame Elite Awards 2015 di Sani Hotel KL. Majlis yang mencungkil bakat belia dalam bidang peragaan, Jurusolek dan pereka Fesyen itu telah berlangsung dengan meriah dan jayanya. Majlis telah diacarakan oleh Abdul Saman Taip yang begitu sinonim mengacarakan pertandingan pencarian Model.

Pemenang kategori Model perempuan dan kategori Model lelaki adalah seperti berikut:
1. Sunshine Aileen Devi Eric
2. Monica Picca
3 Diana Rani

1. Yusuf Tony
2. Amm 'Azmi
3. Badam Kamal

Majlis yang bertema Glam & Glitz itu juga turut diserikan dengan kehadiran artis dan selebriti serta persembahan memukau dari Salma Mentor.
Ternyata majlis yang disertai oleh 23 Team itu dengan barisan 33 orang Talent yang bertanding ternyata telah berjaya mencapai matlamatnya. Terima kasih pada penaja antaranya, Kimlook, Nasgera & Kose Design & Collections. Tahniah diucapkan pada penganjur Borneo United SS yang diterajui oleh Filoz Andy, Hazwan Hilmi dan Zach Key serta turut dibantu oleh Khawal Chow. Semoga untuk edisi yang akan datang tahun hadapan, lebih banyak kategori ditambah dan lebih ramai penyertaan dari Team yang bertanding. Syabas diucapkan.









No comments:

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.