Syukur atas segala rezeki dan jalan mudah yang saya dapat sejak menjadi Designer. Baru-baru ini ada seseorang mesej saya dalam FB melalui In Box bertanya bagaimana saya boleh masuk ke arus mainstream begitu cepat sedangkan dia lulusan Fashoin Design juga dari sebuah Universiti tempatan dan telah 3 tahun masih tercari-cari arah dan tapak. jangankan muncul di TV, akhbar dan majalah....mendapat peluang di pentas Fesyen pun dia tidak pernah lagi. Sebenarnya selain dari pandai Markerting, kebetulan saya manager dan sekaligus Marketing di salah sebuah hotel di KL itulah sebabnya saya tahu cara mempromote kan diri. selain itu penampilan yang menarik kelebihan saya menjadi model membuatkan orang suka dan senang berurusan dengan saya. Bukan hendak mendabik dada...tapi itulah buktinya dan rahsianya mengapa saya cepat menonjol dibidang Fesyen. Tengoklah cara saya menaikkan kelab peminat, hampir setiap bulan keluart di majalah dan sebulan dua atau tiga aktiviti sehingga orang luar kenal dan kelab kami sangat menonjol satu ketika dulu, buktinya ada lagi di majalah dan saya satu2nya Presiden Kelab Peminat yang pernah dipuji dan ditulis oleh seorang wartawan popular diruang pojoknya. Sempena Festival Filem Malaysia ( FFM ) yang akan berlangsung 20hb.November nanti, saya telah terpilih menyediakan persalinan untuk 3 orang artis, antaranya yang tercalon untuk kategori Pelakon Harapan Lelaki iaitu Arja Lee ( Filem ....Dalam Botol ) dan dua orang pelakon wanita.
No comments:
Post a Comment