Thursday, November 3, 2011

ORANG LAIN DAH 3TAHUN X KEMANA, SAYA X SAMPAI SETAHUN DAH BANYAK SHOW, TEMPAHAN DAN KELUAR MAJALAH

RASA GEMBIRA DAPAT SATU RUANGAN DENGAN IDOLA SAYA PEREKA TERSOHOR SALIKIN YANG TELAH BERBELAS TAHUN DALAM BIDANG REKAAN FESYEN MANAKALA SAYA BARU SEBELAS BULAN, BAYANGKAN IBARAT SEBELAS TAHUN DENGAN SEBELAS BULAN.

Bukan nak membangga diri, tapi cuma rasa bersyukur dan gembira kerana usaha saya bertukar angin dari bidang Modelling ke Designer sangat menjadi. Bayangkan ada kawan sekolej berpuluh orang yang dah lepas 3 tahun graduate tapi tidak ke mana dan masih tercari-cari arah serta ingin mendapat pendedahan akhbar dan majalah serta teringin design mereka diperagakan artis tetapi belum tercapai, saya yang baru setahun jagung ( tak sampai setahunpun ) dalam bidang rekaan telah beberapa kali dijemput menyertai Fashion Show, photoshot akhbar dan majalah serta beberapa artis telah sudi meyarungkan baju rekaan saya untuk mereka gayakan samada untuk majlis, acara persembahan mahupun fotografi dengan akhbar dan majalah. kalau sebelum ini rekaan saya keluar di akhbar KOSMO, HARIAN METRO, dan kini pula di MAJALAH REMAJA.

Pada saat ini pula saya sedang sibuk dengan persiapan untuk Festival Filem Malaysia, fotoshot dengan majalah dan juga tempahan baju bertunang, baju nikah dan baju bersanding, walau letih...tapi puas hati dan bersyukur dengan rezeki yang tiba dan jalan saya dipermudahkan sedangkan kawan2 yang pernah belajar dengan saya satu kolej dulu masih mencari-cari peluang untuk Fesyen Show dan muncul di akhbar mahupun majalah. Kata orang, kalau kita intan berlian...jatuh dilumpurpun tetap berkilau, begitulah yang terjadi pada diri saya kerana saya terus yakin akan bakat saya dan saya tidak pernah patah semangat dengan yang dengki dan mengutuk. Satu lagi mengapa rezeki saya luas dan murah...sebab saya tidak pernah dengki dengan orang lain, saya malah berbangga bila melihat kawan2 lain berjaya.

INILAH ANTARA REKAAN BATIK SAYA, RAMAI YANG SUKA KERANA SEBELUM INI GOLONGAN MUDA TAK SUKA BATIK YANG MCM UNCLE2 DAN MCM YB TAPI SAYA SUNTIK STYLE MUDA DGN POTONGAN SINGKAT, IKUT BODY DAN TAK TERLALU BANYAK BATIK UNTUK MENARIK MINAT BELIA, INILAH SUMBANGAN SAYA PADA NEGARA UNTUK MEMERTABATKAN BATIK DAN MENARIK MINAT GOLONGAN MUDA MENCINTAI BATIK ( I WONDER WHY RAMAI DESIGNER DAPAT PINGAT DATUK KERANA PELUANG UTK BERBAKTI PADA NEGARA BANYAK, SEPERTI SALIKIN PULA MEMERTABATKAN REKAAN TRADISIONAL. MUNGKIN SALIKINPUN BAKAL DIANUGERAHKAN DATUK SAMA MACAM DATUK NEBARD CHANDRAN,DATUK RADZWAN RAZWIL, DATIN KIRANA DLL SEBAB KEGIGIHANNYA MEMPERTAHANKAN DAN MEMPERKASAKAN REKAAN TRADISIONAL. SAYA PULA MENCUBA BANTU PROMOSI KERAJAAN MENDIDIK DAN MENARIK MINAT BELIA2 AGAR MEMNCINTAI BATIK MELALUI REKAAN SAYA, INI SAHAJA YANG SAYA BOLEH BANTU KERAJAAN DAN SUMBANGKAN PADA KERAJAAN )


No comments:

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.