Friday, November 4, 2011

RAYA HAJI@RAYA QURBAN KE MANJUNG, PERAK

HARI RAYA AIDIL ADHA @ RAYA QURBAN SINONIM DENGAN LEMBU YANG DISEMBELIH

Raya Haji @ Hari Raya Aidil Adha @ Raya Qurban kali ini rasanya tak sempatlah saya buat Open House seperti tahun-tahun sudah. Ya lah...orang hanya buat Open House Raya Puasa sahaja tapi saya kedua-dua Raya pun saya buat sebab niat menjamu kawan2 kerana rezeki yang murah dan mencurah-curah. Tapi Raya kali ni saya beraya di rumah client yang tempah baju bertunang dan baju nikah. Dia akan bertunang pada Raya Haji ni dan berkahwin awal tahun depan. Kelas...kan, ya la, dia lulusan doktor dan sebelum ini bekerja di Hospital Glen Eagles. Mampu macam dia? bukan setakat tempah baju...malah membawa designernya sekali ke majlis tersebut. Biasanya client hanya tempah baju dan pada majlis mereka hanya mak andam atau juru solek yang uruskan soal pemakaian tapi dia nak saya uruskan juga untuk part pakaian dan barang hiasan sementara juru soleknya hanya menata rias wajahnya sahaja tapi style dan penampilan saya yang bertanggung-jawab. Merasa juga lah beraya di Manjung dan Lumut pada kali ini. Bila saja saya post kat FB, ramai pula kenalan FB yang pelawa beraya ke rumah mereka hingga kat area Ipoh.

Apa erti korban pada anda sempena Hari Raya Qurban ini? pada saya...saya korbankan masa cuti dan masa Raya saya demi menjaga mutu dan penapilan client yang menempah baju sempena majlis pertunangannya. Berbaloi juga rasanya mengorbankan jawatan sebagai Presiden kelab dan menjadi ahli biasa ( tapi ada juga orang yang fikiran cetek anggap saya keluar ahli, happy sangat mereka kerana ingatkan saya keluar ahli, padahal saya hanya letak jawatan sebagai Presiden). Berbaloi korbankan duit belajar ambil Diploma dalam bidang Fashion Design yang yurannya bukan calang2 tapi RM25,500 setahun dan dalam dua tahun saya berhempas pulas berkorban masa untuk study 2010 & 2011. Bukan mudah korbankan masa cuti, masa bersuka ria untuk ke kolej demi segulung Diploma. tapi itulah namanya pengorbanan, walau di kolejku kebanyakkannya anak2 Datuk, Datin dan anak2 ahli perniagaan...anak kampung ini gagahkan juga masuk ke kolej ini dengan duit simpanan berlakon, modeling dan duit simpanan bekerja.


No comments:

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.