Followers

Monday, February 8, 2010

MODEL SELUAR DALAM DAN KESANNYA

Blog adalah DIARY MODEN yang lebih canggih boleh menyimpan gambar dan video tidak seperti diari biasa atau yg dulu2. Mencurahkan perasaan dan pendapat adalah hak si empunya Blogger, saya harap yg bagi komen busuk2 dan mengutuk Stacy dan saya tu hentikanlah. Bukan apa, sia2 saja kerana semua komen saya tapis dan ID si pelawat saya boleh jejak di sini, jadi awas. Kalau setakat komen saya model murahan, model lucah, korang buat sia2 saja kerana saya dah kalis komen2 busuk mcm tu. Ada yg siap menyeru nama tuhan lagi dihujung komen. Dari korang buat dosa kering dan pahala korang lari pada org lain, baik korang yg busuk hati tu nyah dari sini kerana anda datang tak bersambut, masuk tak diterima. Pada yang masuk cara baik, sila...sila, kita berkongsi rasa dan pendapat serta info dunia Model dan kehidupan biasa.
AMMAR DALAM POSE MAUT, INI SEMUA ADALAH TUGASAN KERJA MODEL
DAVID BECKHAM MENJADI MODEL SELUAR DALAM EMPORIO ARMANI
PERUT DAVID SEBENARNYA MENGGELEBEH WALAU SERING BERSUKAN
SAYA, SEMASA MENDAPAT TUGASAN MENJADI MODEL SELUAR DALAM
Memang dah menjadi lumrah, apa yang kita buat hari ini akan menjadi refleksi esok hari. Saya pernah di dalam situasi Ammar ( pelakon tari Tirana ) tapi dalam situasi yang berbeza, cuma persamaannya, kami pernah menjadi model seluar dalam dan menjadi bahan cemuhan orang dan dalam situasi yang lain orang akan mengungkit perbuatan tersebut tanpa memikirkan alasan kita. Saya ada sebab tidak ingin terus masuk ke dalam mainstrean dunia hiburan kerana tidak mahu orang mengungkit perbuatan lampau saya dan menyentuh perasaan keluarga terutama emak yang stroke. Ada banyak tawaran berlakon saya terpaksa tolak bukan hanya sebab loghat saya masih ada telo Sabaha, tapi kerana tidak mahu kisah silam saya akan menjadi bahan, kerana telah banyak terjadi hal sebegini bila Model turn to Pelakon.Seperti si Ammar ni, setelah jadi pelakon, kerana sikapnya, segalanya diungkit perkara lama yg dia lakukan semasa menjadi model seluar dalam.

Di bawah adalah petikan dari berita Minggu:-

ADEGAN pergaduhan Puteri Sarah Liyana nampaknya bukan hanya dalam filem Lu Fikirlah Sendiri De Movie, sebaliknya turut berlaku selepas majlis pratonton filem itu di sebuah pawagam Di Damansara, baru-baru ini. Gelagat Sarah dan kekasihnya, iaitu model dan juga pelakon baru ( Tari Tirana, Tv3 ), Ammar Alfian Aziz memang agak mengejutkan orang ramai yang berada selepas majlis itu. Ia boleh dianggap agak memalukan. Kalau ya pun nak bergaduh atau berperang, takkan depan orang adik ooi...

Dah namanya pelakon utama, mestilah Sarah jadi tumpuan, bergandingan pula dengan juara Raja Lawak, Nabil, tentulah lensa kamera dihalakan pada mereka. Nak jadikan cerita, adalah sekumpulan jurugambar yang minta Sarah dan Nabil berposing mesra, bukan berpeluk bagai nak rak pun, hanya ambil gambar rapat-rapat dan Nabil terpegang bahu Sarah, tetapi kekasihnya Sarah, si Ammar ni tiba-tiba macam naik angin, mungkin cemburu tak bertempat.

Si Ammar boleh siap 'sound' seorang jurugambar, "tak boleh ambil gambar elok-elok ke?"

Apa yang membuatkan Raja dan teman-teman wartawan lain tak puas hati, Sarah boleh siap salahkan jurugambar berkenaan, katanya jurugambar itu bersikap kurang ajar terhadap kekasihnya. Hai, sudah terang lagi bersuluh. Masalahnya, perkara itu berlaku depan mata teman-teman Raja, mereka lihat sendiri sikap Ammar yang tidak profesional itu.

Sudahlah datang majlis orang, buat kecoh pula. Kalau tak mahu kekasih bergambar mesra atau ambil gambar `daring' dengan pelakon lain, suruh saja si Sarah tu duduk rumah, jangan jadi artis.

Peliklah, cakap saja berdegar-degar pernah bekerja dengan syarikat antarabangsa dan selalu ke luar negara, tapi pemikiran...? Ammar pernah juga ambil gambar separuh bogel ketika jadi model seluar dalam suatu ketika dulu, tak memalukan pula? Tapi, kekasih ambil gambar rapat-rapat dengan orang lain jadi masalah. Cerminlah diri dulu...

RAJA: Sebut nama Puteri Sarah, teringat filem M Nasir, Aduh Saliha yang tak siap-siap tu...

8 comments:

LIZA WORLD said...

Saya Xnak pertikaikan apa2, itu kehidupan awak dan kerjaya, mungkin awak ada sebab tersendiri, cuma kalau boleh pic2 tu sensor la part mana2 yg patut, segan tengok, saya terpaksa skip laju2, semua berani mati punya pic.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
MY HEART & MY SOUL said...

OMG, U memang berani mati. patutlah ramai g gelar U Model terlampau. Kalau org profesional, yg tu anggap tugasan Xla ada masalahpun. Cuma memang kalau kita dah terkenal, segala hal lampau dan hal peribadi wartawan akan cuba korek kerana itu bahan penting utk lariskan baan mereka

Anonymous said...

Yg bergambar sex dgn Ammar tu mcm nyah la. Lagi satu body Ammar dulu2 ni sekeping, X cantik langsung

Anonymous said...

Huh! U betul2 berani mati beb. Jgn peduli apa org kata, mereka tu jeles. kalau Melayu yg buat mcm tu mereka diam, U org Sabah Xde masalah la, apa mereka nak ambil pot?

Anonymous said...

David punya tu bulat jer, mcm pakai pampers atau tuala wanita, patut la baru2 ni ada wartawan raba dia punya kerana nak pastikan betul ker org kata dia punya kecil jer, suara dia pun kepit...X suara jantan pun

Anonymous said...

dorang bukan gaduh sbb tu lah kose, sbb sorang jurukamera ni berkasar dgn ammar. so sarah pun turun tanya amar 'what happen' then mcm mana citer yg sebenar larik dari benda yg ditulis. Alah normal lah kose

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.