Wednesday, February 3, 2010

INTERIOR DESIGN MAGAZINE PHOTOSHOOT

FOTO IHSAH DARI AIZUL @ RIANA YG TERLIBAT SEBAGAI MAKE UP ARTIS

Baru-baru ini sekali lagi aku terlibat untuk fotoshoot dengan majalah dekorasi iaitu majalah 'Apartment Impiana". Sebenarnya ini bukanlah penglibatan saya yang pertama menampilkan kreaviti saya dalam seni hiasan rumah. Sebelum ini, saya pernah terlibat untuk majalah "Impiana', rancangan TV2 bertajuk "Laman Rias", Majalah "Remaja" dan NTV7 untuk program "Live Session". Itu yang melibatkan rumahku, tetapi kalau yang melibatkan kerja@profesion, saya telah terlibat untuk majalah "ID", akhbar 'New Straits Times' dan pelbagai majalah yang melibatkan rumah client untuk pengembraan Tv atau majalah,

Fotoshoot kali ini agak berbeza dengan beberpa majalah yang saya pernah terlibat sebelum ini, kerana Team majalah Apartment Impiana ni kreatif sangat kerana selain menonjolkan hiasan rumah, siap ada beberapa model yang terlibat agar suasana nampak hidup dan tidaklah nampak ruang tu macam galeri, atau macam muzium, atau seperti ruang pameran semata-mata.

Selain fotoshoot di dalam rumah, saya dan model lain yang terlibat turut beraksi outdoor untuk menunjukkan keadaan dari pandangan luar. Selain itu, majalah ini juga ada ruangan khas dimana ditunjukkan tempat2 menarik atau tempat pilian untuk mencari barang2 hiasan rumah. Model yang terlibat seperti Edwin, Thiran Naidu, Shima dan saya sempat mengadakan fotoshoot minggu sebelumnya di sekitar luar dan dalam Bangsar Village. Maaf saya tidak dapat loadkan foto2 tersebut kerana "Apartment Impiana" nak yang eksklusif dan keluar dari majalah ni secara segar. Nantikan Kemunculan 'Apartment Impiana' akhir bulan depan atau awal April.

7 comments:

Hezesuze said...

orait nnt akak tunggu apartment impiana tu nnti....yihaaa

LIZA WORLD said...

Hh, tu baru are bilik tdo, romantiknya...nice. Ntah area2 ain mesti wonderful, awak ni berbakat besar...very talented...tahniah X sabar tunggu keluaran majalah tu

Anonymous said...

Wow! so excited to see your Bedroom. I have no Idea others part like kitchen, dining but I believe its much much better. Congratulation, love to view your Blog. - Steven Wolfgang

MY HEART & MY SOUL said...

U ni banyak sangat bakat, X tau pula U ada bakat Interior Design ni, X pernah cakap pun selain Modelling, Berlakon dan mengacara @ Menulis. Nasib baik umah dah upah org ubah suai, if not sure panggil U. By the way, boleh touch up my room? my room looks so bored la

Secret Writer said...

KAK HEZESUZE, thanx...X rugi beli edisi tu nanti kerana ianya edisi Annivesary setahun majalah Apartment, banyak yang menarik.

LIZA WORLD, heh heh heh, sebenarnya saya pun X sabar tunggu ( X malu...kan ).

Secret Writer said...

STEVEN, thanks so much for dropping by here.

ANDY, no problem kalau sekadar nak hias ur Bedroom, seharipun X sampai

Mohamad Hj Yawmon said...

woaw! nice! i pun nak juga. =)

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.