

Di bawah adalah petikan dari berita Minggu:-
ADEGAN pergaduhan Puteri Sarah Liyana nampaknya bukan hanya dalam filem Lu Fikirlah Sendiri De Movie, sebaliknya turut berlaku selepas majlis pratonton filem itu di sebuah pawagam Di Damansara, baru-baru ini. Gelagat Sarah dan kekasihnya, iaitu model dan juga pelakon baru ( Tari Tirana, Tv3 ), Ammar Alfian Aziz memang agak mengejutkan orang ramai yang berada selepas majlis itu. Ia boleh dianggap agak memalukan. Kalau ya pun nak bergaduh atau berperang, takkan depan orang adik ooi...
Dah namanya pelakon utama, mestilah Sarah jadi tumpuan, bergandingan pula dengan juara Raja Lawak, Nabil, tentulah lensa kamera dihalakan pada mereka. Nak jadikan cerita, adalah sekumpulan jurugambar yang minta Sarah dan Nabil berposing mesra, bukan berpeluk bagai nak rak pun, hanya ambil gambar rapat-rapat dan Nabil terpegang bahu Sarah, tetapi kekasihnya Sarah, si Ammar ni tiba-tiba macam naik angin, mungkin cemburu tak bertempat.
Si Ammar boleh siap 'sound' seorang jurugambar, "tak boleh ambil gambar elok-elok ke?"
Apa yang membuatkan Raja dan teman-teman wartawan lain tak puas hati, Sarah boleh siap salahkan jurugambar berkenaan, katanya jurugambar itu bersikap kurang ajar terhadap kekasihnya. Hai, sudah terang lagi bersuluh. Masalahnya, perkara itu berlaku depan mata teman-teman Raja, mereka lihat sendiri sikap Ammar yang tidak profesional itu.
Sudahlah datang majlis orang, buat kecoh pula. Kalau tak mahu kekasih bergambar mesra atau ambil gambar `daring' dengan pelakon lain, suruh saja si Sarah tu duduk rumah, jangan jadi artis.
Peliklah, cakap saja berdegar-degar pernah bekerja dengan syarikat antarabangsa dan selalu ke luar negara, tapi pemikiran...? Ammar pernah juga ambil gambar separuh bogel ketika jadi model seluar dalam suatu ketika dulu, tak memalukan pula? Tapi, kekasih ambil gambar rapat-rapat dengan orang lain jadi masalah. Cerminlah diri dulu...
RAJA: Sebut nama Puteri Sarah, teringat filem M Nasir, Aduh Saliha yang tak siap-siap tu...