Saturday, September 12, 2009

KEMPEN 1MALAYSIA SESUAI WARNA-WARNI AIDIL FITRI STACY n CHAQ



Seronoknya hati bila ramai yang memuji sambutan WARNA-WARNI AIDIL FITRI STACY & CHAQ ini diperakui sebagai membantu kempen kerajaan menyatukan pelbilang kaum dan agama dalam 1Malaysia. Oleh itu, tunggu sahaja liputan dan komen-komen para wartawan lepas majlis ini kerana artis yang bukan Islam mengadakan Majlis Raya dan beraya bersama peminat. Setakat ini semuanya berjalan lancar dan tidak ada kerja lagi nak dibuat selain Mrs.X, Abby, Feeda dan aku juga menjual tiket. Walaupun kali ini AJK majlis hanya separuh dari AJK Majlis ulangtahun Stacy yang lalu, tetapi komitment yang diberi cukup baik. Dengan tidak memilih kasih dan merendahkan diri bertanya pada semua AJK melalui sms, saya meminta mereka membalas "YA" jika dapat beri komitmen pada Majlis Raya ini dan yang membalas hanyalah:-
1.MRS.X
2.ABBY
3.HAORI
4.ANIP
5.LIZA
********************
Manakala yang tidak membalas kerana mungkin sibuk dengan kerja dan persiapan Raya adalah:-
1.ANN
2.LIANA
3.RIANA
4.APPAN
5.HALE
********************
Namun begitu, kali ini kami ada menampilkan ahli Stacy's Frenz lain sebagai special Task kali ini untuk membantu melancarkan majlis terutamanya pada malam Majlis tersebut. Antaranya:-
1.FEEDA - Penyelaras Tetamu ( VIP & tetamu biasa ) tugasannya menyapa para tetamu, bertanya khabar dan bertanya setiap tetamu nama mereka dan bertanya pernahkah berchatting di Blog SF. Juga bertanya pendapat tentang majlis tersebut dan apakah cadangan mereka untuk masa depan.
2.SNIPER - Penyelaras Merchandise, tugasannya menjaga dan menjual barang cenderamata SF seperti T.Shirt, Pen, Key Chain dan foto-foto eksklusif Stacy yang tidak terdapat dimana-mana ( siap dgn tanda tangan Stacy ).
3.JIMY - Pengawal Stacy, tugasannya menjaga Stacy dari diserbu oleh peminat dan juga mengawal peminat menunggu giliran untuk bergambar dan mendapat tandatangan Stacy.
4.MEOW - Penyelaras Door Gift dan kedudukan tetamu bersama Anip.
5.SITI KOTAK & PYRO - Jurufoto ( walaupun ada wartawan dan jurugambar, tetapi kami juga sediakan jurugambar untuk arkib Stacy's Frenz sendiri )
********************
Seperti biasa saya akan menjadi Floor Manager dan hanya berseorangan sama seperti Majlis Raya Stacy tahun lepas di Grand Olympic Hotel. Mrs.X dan Abby akan berduet lagi mengatur kedudukan meja/kerusi dan bahagian ticketing ( dua tugasan ). Ah Mae selain menjadi pereka Grafik untuk tiket, poster dia juga akan berduet dengan Liza menjadi Reception ( dua tugasan juga ). Haori menyelaras Hadiah , cenderamata dan sijil bersama Abby, Anip pula akan berduet dengan Meow memberi Door Gift dan mempersilakan tetamu ke meja mengikut urutan nombor tiket.
Kali ini kami tidak memberi Goodies bag seperti sebelum ini, tetapi kami ada juga sediakan DOOR GIFT untuk buah tangan atau kenangan pada para tetamu. Sementara itu, beberapa proses telah dilaksanakan seperti:-
********************
1.Menjemput Media dan pengesahan kehadiran
2. Mencari penaja dan mencari hadiah
3.Menyediakan benda untu door gift
4.Mencari model dan pengacara
5.Menjemput artis untuk membuat persembahan dan sebagai tetamu
6.Menyediakan Banner ( giant Poster ) sebagai latar pentas
7.Menyediakan sijil penghargaan untuk AJK bertugas dan sijil penghargaan untuk penaja ( akan diberikan terus pada malam itu dan disampaikan oleh Stacy & Chaq sendiri )
8.Membuat keografi untuk fesyen pakaian Tradisional dan baju Raya ( sesuai dengan majlis )
9.Mencari penaja baju untuk artis dan model-model
10. Menyediakan perhiasan seperti ketupat, lampu pelita dan aturcara majlis untuk setiap meja
********************
Semua saya nyatakan disini untuk dikongsi bersama pada yang tidak pernah membuat majlis atau untuk panduan FC lain cara penyediaan majlis kerana saya tidak mahu lokek idea dan pengetahuan. Salam Lebaran pada semua dan pastinya Raya kali ini menjadi satu kenangan abadi anda bila berkesempatan bermaafan dengan Stacy, berhibur dengan Stacy dan beramah mesra dengan Stacy. Walaupun tahun lepas hanya Stacy saja perform itupun 3 lagu sahaja tetapi sambutan orang membeli tiket sangat baik apatah lagi kali ini ada Chaq dan artis-artis lain, pastinya lebih gempak majlis kali ini.

10 comments:

farish sinclair said...

meriah mjlis! hehee

MY HEART & MY SOUL said...

X sabar rasanya nak pergi, nak jumpa Chaq dan bergambar dgnnya, harap tertunai harapan I selama ni. Bro, kim salam kat Chaq ya

Jimy said...

Err... Ada tugas lain lagi tak??Aku segan la nak buat keje macam tu.Atau pun letak kan aku 2 orang ke,tak kan bodyguard sorang,betul tak??Kalau still nak bagi keje 2 tak kisah la,janji tolong ajar ok??PeAc3!!!

Anonymous said...

wah jimy..best gilak dpt tugasan tu..jdi pengawal stacy tuu..bkn calang2 org bleh wat benda tu..hehe..
berusaha lah ye!

YASALMAGALLERY said...

SAya mencari artis untuk ditaja pakaianya sesuai dengan tema style design2 saya visit http://yasalmagallery.blogspot.com

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.