Thursday, September 10, 2009

DISANGKA ABG STACY KAT CHARITY SHOW


Semalam aku terlibat menjadi salah seorang model untuk memperagakan baju-baju Melayu sempena Raya. Majlis berbuka ini menjual secara langsung pada penonton yang mana sebahagian wang akan didermakan ke rumah anak yatim. Tidak seperti tahun lepas, kali ini baju yang aku peragakan kesemuanya dibeli oleh para dermawan. Ini kerana terjadinya salah faham bila mana hadirin menyangka aku abang kepada Stacy. Yang bestnya, walau aku bersaiz 'M', pembeli bersaiz XL pun boleh beli dgn design yg sama.
############################
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama orang salah faham begini. Sebelum ini pun masa Selebriti Car Wash pun, ramai artis dan DJ yg turut serta anjuran bersama Karangkraf itu menyangka yang aku ini abang Stacy. Bila aku jelaskan yang aku tiada kaitan darah dengan Stacy, mereka terkejut kerana selama ini mereka melihat aku setiap minggu dikaca TV pada konsert mingguan AF6. Ada juga yang menyangka kerana kesungguhan aku berkempen dan membuat FC Stacy, adalah kerana aku ahli keluarganya.
#############################
Begitulah popularnya Stacy hinggakan boleh mempengaruhi orang membeli baju hanya kerana menyangka aku ada kaitan dengannya. Lepas show kami berborak sambil menjamu selera diballroom hotelpun ada beberapa orang menegur dan bertanya Stacy tak datang ker? apa Stacy buat sekarang dan macam2 lagi. Apa2 pun , tempias nama Stacy ini bukanlah membuat aku berbangga dan cuba ambil kesempatan, kerana kadang kala menyukarkan pergerakkan dan aktiviti harianku sendiri. Bayangkanlah ditempat kerjapun ada staff dan hotel guest yang pernah nampak aku di TV masa AF dan mentor masih mengaitkan aku dengan Stacy dan Chaq.

3 comments:

||| PöJìé PööH ||| said...

sememangnyer Abg Kos sudah popular dari dulu lagi..
abg popular dulu dari Stacy..
heheh..

LIZA WORLD said...

Terus terang, sebenarnya dulu pun saya sangka u ni abg Stacy sebab tiap minggu tengok u kat Astro dan bila Stacy tersenarai ke Final, u pulak diinterview bkan mak bapa dia, so ingatkan u abg dia. Anyway saya suka Stacy, sangat2 berbakat.

Kos Serani said...

POJIE, memang la aku yg masok dunia seni awal dari Stacy, tapi aku kena kontrol aktiviti ku kerana ada kerja tetap, Stacy makin berjaya kerana dia buat satu keje jer...dan bakatnya besar sangat, kan.

LIZA, anyway...memang aku abg Stacy...abg angkat...malah more than that...kadang aku mcm pengurus dia, PR dia...dan penasihat dia, dia dengar pandanganku dan dia jenis yg suka perbaiki diri

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.