Saturday, September 5, 2009

JADIKAN RAYA ANDA SUATU KENANGAN ISTIMEWA

Aha...Raya datang lagi dan seperti lazimnya, Stacy's Frenz memberi peluang pada para peminat Stacy untuk beraya, beramah mesra dan bertemu muka dengannya. Tapi yang pasti kali ini peminat bukannya dapat beramah mesra dengan seorang artis sahaja, malah Chaq dan artis2 lain pun ada. Kiranya walau kali ini AJK dalam kumpulan yang paling kecil, tetapi akan membuat majlis yang berganda besarnya. AJK ramai yang tidak dapat serta kerana sibuk dengan Raya walau majlis ini dah Raya yang ke 20, tetapi tidak mengapa kerana kami tiap seorang akan membuat dua tiga kerja sekali, baru tahu bakat yang ada. Saya sendiri walau busy menjadi operation manager pada sebuah hotel, dengan pelbagai masalah hotel dan berpuluh pekerja, tetapi masih boleh membuat kerja mencari lokasi, call hotel, mencari sponsor, mencari penaja butik untuk pakaian artis, menjemput para media, menjual tiket bersama AJK yang lain dan juga menjadi Floor Manager. Bukannya tamak, tetapi terus terang semua ini bukan masalah dan bukan alasan kita merungut kata penat ke sana sini, padahal semua terpelajar, hanya klik Google maka keluarlah beratus hotel dan dewan dalam KL ini sahaja. Tidak payah ke sana-sini, semua dihujung jari. Kalau sebelum ini tidak sampai 20 buah hotel yang AJK lain senaraikan...saya terkejut rupanya lebih dari itu.
Jadikanlah Aidil Fitri anda pada kali ini sesuatu yang istimewa kerana dapat beraya, bermaafan, beramah mesra dengan Stacy dan Chaq serta artis-artis yang lain. Percayalah, ianya akan menjadi satu kenangan paling abadi Hari raya anda tahun ini. Betapa Stacy dan Chaq akan menjadi tumpuan media kerana meraka bukan Islam tetapi menyambut Raya dan meraikan peminat islam dan bukan islam mereka. Stacy dan Chaq menyahut seruan kerajaan kita dengan konsep 1 MALAYSIA itulah sebabnya saya teruskan juga majlis ini walau ada banyak rintangan sebelum ini, yang pasti kali ini ada kejutan, apa dia? tunggu.......


Untuk tempahan tiket/keterangan lanjut sila hubungi/sms:



MRS.X - 016-2085693



ABBY YANTI - 017-6574144



FEEDA - 017-6400210

4 comments:

LIZA WORLD said...

Wow bestnya, mestilah nak pegi juga. Dapat juga jumpa Stacy lagi tahun ni dan beraya dgnnya.

MY HEART & MY SOUL said...

Haruslah pergi, selain nak jumpa Stacy, sebenarnya nak jumpa bro juga...can get along. X sabar nak tunggu majlis ni. Betul tu, RM50 lebih berbaloi-baloi ngalahkan iklan tu

farish sinclair said...

hrus p ni abg kos hehee

Kos Serani said...

LIZA...jumpa nanti ya, boleh tempah tiket tu sekarang...limited lah.

MY HEART, memang berbaloi sangat...yg anda dapat lebih dari yg anda laburkan RM50.Jumpa nanti ya...mlm tu :)

RIZZ, u harus datang...rugi X datang tau....banyak hadiah menarik

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.