Monday, August 31, 2009

MY HOMETOWN... TAWAU DAN SEKITARNYA

SELEBRITI YANG BERASAL DARI TAWAU ANTARANYA:
AMBER CHIA - SUPER MODEL, PELAKON, AHLI PERNIAGAAN
KAMARUDDIN MAPE - PENYAMPAI BERITA TV3 ( SATU SEKOLAH DGN SAYA)
BAYU UTOMO RAJIKIN - PELUKIS NEGARA ( SATU SEKOLAH DGN SAYA )
KOS SERANI - PELAKON DRAMA & TEATER, MODEL SAMBILAN
RESORT DI PULAU SIPADAN
JERNIHNYA AIR DI PULAU SIPADAN,JARUM JATUH PUN BOLEH NAMPAK
PASIR PULAU SIPADAN LEBIH PUTIH DARI GULA DAN GARAM

Bersempena dengan hari kemerdekaan ke 52 negara, saya ingin membawa teman2 semua melawat Sabah, khususnya Tawau dan kawasan yg masih dalam jajahan kawasannya iaitu Semporna dan Lahad Datu. Kalau cerita seluruh Sabah memang tak cukup ruang, kita cerita pasal Tawau sahaja. Seperti juga Borneo atau Sabah yang terkenal dengan keunikan dan gelaran paradisenya, Tawau juga mewarisi ciri2 unik tersebut. Tawau adalah bandar kedua terbesar selepas KK. Kawasannya yg luas menjadikan Tawau terkenal dgn pertanian dan perikanan. Ada banyak bangsa yg terdapat di Tawau antaranya Bajau, Tidung, Bolongan, Banjar, Cina, Suluk, Bisaya, Bugis, Orang Cocos, Murut, dan Iban ( hanya menyebut sebahagian sahaja ). Jangan terkejut, di tawau ada Kg. Iban bukan hanya di Sarawak sahaja. Mak saya dari suku kaum Dayak asal Sembakung, iaitu boder Sabah dan Kalimantan.

Tawau telah dibangunkan oleh syarikat Inggeris North Borneo pada tahun 1848. Bapa saya sendiri pernah bekerja dengan company Inggeris ini dan dia belajar bahasa Inggeris sikit-sikit. Tanaman Koko dan kelapa sawit menjadi punca pendapatan Tawau selain pembalakkan dan perikanan. Sebut pasal ikan, makanan laut memang termurah di Tawau, Lahad datu dan Semporna. Lobster? udang galah? ikan merah? semuanya murah...makanlah sampai pengsan heh heh heh. Jom lihat apa yg ada di Tawau dan sekitarnya. Ialah, semangat patriotik bukan hanya berperang atau mengalunkan lagu semata-mata, tetapi rasa bangga dan cinta kita pada tanahair dan tempat asal usul kita sendiri.


TARIAN COCOS INI BEGITU UNIK DAN MENJADI TARIKAN PARA PELANCONG . BAJU LELAKINYA YG UNIK MCM PAKAI SKIRT LA PULA DAN BAJU ATASNYA ( TOPS ) MCM KEBAYA .

KAWASAN RESORT TERAPAUNG ADA DI SEMPORNA DAN SPULAU SIPADAN
TAWAU JUGA MENGADAKAN PERTANDINGAN UNDUK NGADAU TIAP TAHUN
BENTUK JALAN DARI LAHAD DATU KE TAWAU BERBUKIT BUKAU...SABAR JE LA YA
ANTARA GEREJA YG TERBESAR DI TAWAU...HOLY TRINITY CHURCH
RUPA BENTUK BANDAR TAWAU DARI PANDANGAN ATAS DAN PIC KAT BAWAH PULA HOT SPRING TAWAU. AIRNYA BOLEH MENYEMBUHKAN KULIT BERMASALAH SEPERTI KUDIS, GATAL2 DAN MENYEGARKAN TUBUH LESU. ADA YG SIAP REBUS TELUR DISINI



gambar telur pisang dan beras mentah itu menunjukkan ada orang 'menurun' persembahan semah untuk orang halus.

INI PEMANDANGAN SEBAHAGIAN DARI BANDAR TAWAU

NI LAH FELDA SAHABAT 14, LAHAD DATU. KAWASAN INI YG PERTAMA SEKALI MENERIMA MATAHARI DI MALAYSIA KERANA KEDUDUKANNYA DAN SEMESTINYA PALING AWAL PAGI SELEPAS IT BARU TAWAU.
JAMBATAN KE LEMBAH DANUM,LEMBAH TERTUA DI ASIA TENGGARA
PENUH MISTERI LEMBAH DANUM DENGAN UJUDNYA 250 SPESIS BURUNG, BADAK SUMATRA. WALAUUN HUTAN HUJAN TETAPI KERABAT RAJA BRITISH PERNAH MELAWAT TEMPAT INI DAN PERNAH JADI SOROTAN NATIONAL GEOGRAPHIC
KEADAAN BANDAR LAHAD DATU YANG BEGITU TENANG
PASAR IKAN LAHAD DATU YG UNIK BAGAI TERAPUNG
KEADAAN DI DALAM GUA MADAI INI SEJUK DAN LEMBAB. WALAU BANYAK TAHI BURUNG, TETAPI TIDAK BUSUK
GUA MADAI DARI LUAR DAN PIC ATAS CARA MENGAMBIL SARANG BURUNG MENGGUNAKAN TANGGA BULUH YG TINGGI. GUA INI PENUH MISTERI SETIAP TAHUN ADA SAHAJA YG MATI KETIKA MENUAI SARANG BURUNG. SARANG BURUNG INI DIEKSPOT HINGGA KE HONG KONG DAN TAIWAN
KEADAAN SEMPORNA DARI ARAH ATAS...REDUP MATA MEMANDANG. DI SEMPORNA TEMPAT BANYAK MENGHASILKAN MUTIARA SABAH KERANA ADA KAWASAN KHAS MENTERNAK TIRAM DI SINI UNTUK MENDAPATKAN PEARL
PERTANDINGAN PERAHU BERHIASA ATAU LEPA-LEPA MENJADI ACARA TAHUNAN DI SEMPORNA KERANA MASIH ADA MASYRAKAT BAJAU YG TINGGAL DI ATAS PERAHUPEMANDANGAN BIASA DI PERKAMPUNGAN BAJAU LAUT DI SEMPORNA.....SUNGGUH INDAH DAN MENENANGKAN.
Antara tempat-tempat menarik di Tawau dan sekitar daerah berdekatamn dengannya adalah
TAMAN HILL PARK
BUKIT GEMOK
PANTAI BATU PAYUNG ( ADA BATU BERBENTU PAYUNG )
LADANG KOKO TECK GUAN ( ADA KILANG COKELAT BOLEH DILAWAT )
PULAU SIPADAN
PULAU WALLACE BAY ( PULAU SEBATIK )
TAMAN AIR PANAS ( HOT SPRING )
GUA MADAI ( LAHAD DATU TEMPAT SARANG BURUNG )
DANUM VALLEY ( LAHAD DATU, RAIN FOREST TERTUA )

























19 comments:

armiza said...

cantiknya suasana di sana,mcm nak pergi ke sabah n sarawak satu hari nanti.

Tijah said...

aduhhhh. cantiknyaaaa...

iyllienaz said...

my next trip is pulau sipadan..ngah kumpul duet ni..xsabar nk g..ramai dah ckp snorkelling situ terbaek..

Secret Writer said...

ARMIZA, datanglah berkunjung ke Sabah...kalau nak pegi bagitau la...mana tau saya kebetulan free, boleh balik sama dan tunjukkan tempat2 menarik kat sana.

KAK TIJAH, memang cantik pulau Sipadan tu...kena ke Tawau dulu baru naik bot ke sana.

IYLLIENAZ, pegi lah, kita masih murah lagi. Mat Saleh sanggup[ datang dari jauh dan spend beribu ringgit tau, kita dekat jer pun mcm payah nak pegi...padahal X perlu keluar wang banyak sangat. Kalau Mat saleh sanggup berhabis wang, mesti temp[at tu best...kan!.

MY HEART & MY SOUL said...

Bro, tetiba rasa nak ke Sipadan dan dan round bandar Tawau tu, banyaknya tempat menarik. Boleh temankan kalau I pegi sana?

suezen said...

aku org sbh....tp blum lagi smpi tawau..teringin mau pg sipadan tuh:)

Secret Writer said...

MY HEART, ok bah kalau ko. Tapi bagitau awal lah, manatau boleh aku arrange time. Bukan apa...aku ni pun busy kat KL ni.

SUE, u asal Sabah? sebelah mana? Rugi la kalau X pegi Sipadan lagi kerana kita X perlu wang yg banyak nak ke sana...bukan mcm org putih. Tapi org Amerca dan Europe pun yg sejauh itu dah sampai, U yg dekat X sampai lagi heh heh heh

LIZA WORLD said...

Tawau ni rupanya banyak tempat indah dan sungguh mendamaikan. bertuah awak berasal dari sana kerana saya baca kat majalah travel, Sipadan antara pulau tercantik dan bersih di dunia.

KeMatZ said...

wOw.... tiba tiba ko cerita pasal tawau dan lahad datu....

teringat plak kat kampung aku dibuatnya....

Secret Writer said...

LIZA, Thanx.

KEMATZ, lupa pulak yg U ni asal usulnya org Sabah....mcm org Semenanjung la pulak...kan

farish izaryl @izreez said...

abg koss bile nk bwk rizz jln2 sabah hehee

Anonymous said...

orang tawau kah?? me too...
my fb - sue.sean2806@gmail.com

Azmil Ahud ® said...

Salam.. best la blog koe, rajin koe tulis erk? Tawau marii..

Anonymous said...

aku pun org tawau...bangga ada artist mcm kos..btw your mom asal sembakung same as my root..but i'm tidung boy...

ed

ain comey said...

i mahu g tawau bln 7 nie..boley advice tmpt2 y best2 x?

nia said...

Salam..

Uik ada gak ulun pagun dalam blog ni bah.. Naaa kan bagus kalau ada blog mcm ni.. Congrate to owner blog ni.. Rajin2 lagi ko menulis r.. Promote Tawau dgn semua..
Aramaiti...

Kpd semua yang membaca blog ni.. Sy syor kn tempat makan ala2 seafood yg paling murah di Tawau.. tempat tu berada di kawasan batu 2.. sy pn x sure skrg katne coz lm dh x balik tawau yg pasti area bt 2.. tmpt asal dh tebako..
So, atas permintaan ramai restoran tu di buka semula...
Jangan risau klu sape2 yg nk bw fmly dlm 10org hrga makanan yang dibayar tidaklah semahal yg anda sangkakan.. Mcm2 ade kat situ.. Puas korg makan.. Huhu.. Selamat Mencuba.. Welcome to Tawau..

Unknown said...

Love sabah walaupun bkn org sabah

Unknown said...

Love sabah walaupun bkn org sabah

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.