Sunday, August 23, 2009

ORANG NAK RAYA, AKU YANG PENING

POSTER DAN LATAR PENTAS REKAN SAYA TAHUN LEPAS
Ramadhan baru saja menjengah hari ke 3, tetapi aku dengan AJK lain pula sibuk dah bercerita pasal Raya. Kengkawan Melayuku yang sambut Rayapun cool saja kerana kata mereka lepas hari ke 15 puasa barulah fikir nak shopping segala. Tiba-tiba aku jadi pening mengalahkan orang yang nak sambut Raya. Bukan pening sebab nak shopping apa? nak balik umah mak atau mentua layaknya orang yang berumah tangga tu, tetapi pening memikirkan vanue sambutan Majlis Raya Stacy dengan peminatnya. Ialah, walau bukan Islam, Stacy juga harus meraikan Raya bersama peminatnya sementelah majoriti peminatnya adalah Melayu. Bunyinya memang menarik, kerana walau bukan islam tetapi kemeriahan Aidil Fitri diraikan bersama dan ini membuktikan Stacy menyahut seruan kerajaan dalam kempen SATU iaitu satu bangsa Malaysia.
**************************************************************************
Ini bukanlah kali pertama Stacy menyambut Raya bersama peminatnya, kerana tahun lepas telah diadakan dan oleh kerana kejayaan dan kemeriahan tahun lepas mendapat sambutan yang baik, ramai yang mendesak kami membuatnya lagi pada tahun ini. Bukan senang nak beramah mesra dengan Stacy kerana jadualnya yang padat. Tetapi walau sepadat manapun jadual Stacy, walau letih manapun Stacy dan walau letih kami tak hilang lagi lepas Majlis Ulang Tahun Stacy awal bulan tadi, kami gagahkan juga demi peminat Stacy. Soal untung tolak tepi. soal penat tolak ketepi, yang penting usaha ini ibarat GIVE BACK stacy pada peminatnya yang sentiasa menyokong kerjaya seninya selama ini. Biar mereka berpeluang bertemu secara dekat dengan Stacy, bersalaman dengan Stacy, bergambar dengan Stacy. Biarlah penat melayan peminat seorang demi seorang, asalkan momentum sokongan pada Stacy berterusan.
***************************************************************************
Setelah dua kali bermesyuarat ( minggu lepas dan semalam ), kami masih buntu memikirkan vanue Majlis walaupun tarikh pelepasan Stacy dari pihak ASTRO ENTERTAINMENT dah dapat. Ada cadangan di restoran terapung iaitu CERANA RESTORAN yang mana tempat ramai artis meraikan ulangtahun dan rumah terbuka Raya serta pelancaran album yang terletak di Cheras. Atau di restoran milik produser Millionair Datuk Yusof Haslam di Restoran Haslam yg terletak di Setapak. Ada juga cadangan Restoran Lemon di The Mines milik produser terkenal David Teo, yang selalu dibuat Majlis Pelancaran Filem. Dan ada cadangan buat ditempat Erra fazira dan Tengku Imran bernikah iaitu di Restoran Puteri milik pelakon Rubiah Suparman yang terletak di Taman Tun. Manakala Restoran Seri Melayu tempat artis selalu mengadakan pelancaran album dan filem telah penuh tempahan.
**************************************************************************
Membuat majlis di hotel pula dah terlalu biasa, yang mana tahun lepas pun kami buat di Ballroom salah sebuah hotel dekat sebelah Bukit Bintang. Walau bagaimanapun, hotel-hotel juga adalah dalam senarai kami dan mungkin juga menjadi pilihan terakhir kami. Manakala Dewan Tun Raha dan dewan-dewan lain seperti Dewan MCA, Dewan Sime Darby turut menjadi pilihan kecuali Dewan Felda dan Dewan Risda yang telah terkeluar dari senarai. Sebenarnya, walau dimana pun majlis akan diadakan, saya tetap percaya peminat Stacy akan tetap datang kerana minat dan sayang pada Stacy. Lagipun zaman dah moden, dihutan sekalipun dibuat...dengan adanya MAP, Google dan GPR...semuanya dapat dijelajahi. Sementara dalam pos produksi memilih vanue dan konsep, saya menyediakan dulu senarai penaja yang bakal kami approach terutama butik yang bakal menyediakan baju Stacy untuk majlis tersebut.

SEMASA POS PRODUKSI MENGATUR FOTOGRAFI STACY UNTUK GAMBAR POSTER DAN GAMBAR YANG BAKAL DIBERI SIAP DENGAN SIGNATURE STACY PADA TETAMU YANG HADIR
PERSEMBAHAN TARIAN YANG MULANYA MENJADI PENGIRING LAGU 'AKU STACY' TETAPI TERPAKSA SAYA TUKAR MENJADI PERSEMBAHAN SOLO MEREKA MENARI KERANA STACY TIDAK SESUAI MENYANYI LAGU TERSEBUT DENGAN BAJU KURUNG
KALAU DAH MODEL, 'BEST DRESS' MESTI ADA UNTUK TETAMU
MEMBUAT DEKORASI SEBELUM MAJLIS
PENATPUN TAK APALAH WALAU DAH JADI TAHAP KULI
FASHION SHOW TETAP ADA MEMPELBAGAIKAN PERSEMBAHAN UNTUK TETAMU
FESYEN SHOW BAJU RAYA REKAAN PEREKA TEMPATAN
BERBINCANG DAN BERBAGI TUGAS SEBELAH PAGI SEBELUM MALAM MENJELAMA
STACY DAN ALIFF AF6
MANISNYA STACY DENGANREKAAN KURUNG MODEN INI
MEJA KAMI DAN STACY SEMASA SAMBUTAN RAYA MENGHIMPUNKAN ARTIS2 AF YANG LAIN












6 comments:

iyllienaz said...

good luck for the event..

LIZA WORLD said...

X sabar nak tunggu majlis tu, mesti gilang gemilang. Tengok pic2 tahun lepas ni, nampak sangat u berkerja keras, tahniah dan wish u all the best, buat lebih baik dari last year ya

MY HEART & MY SOUL said...

Ala buat apanya sakit pala bro, pilih jer satu tempat tu...kat manapun kami pegi juga yg penting jumpa Stacy. Xde kereta,aku tumpng kawan lah

Anonymous said...

Wah bestnya, bila tu? camana nak join majlis raya ni? tlg bagitau saya by email details nya ya kerana saya kat Penang anna87_telus@yahoo.com

farish sinclair said...

wahh sonok la abg kos..ade dak2 af lagek hehee

Anonymous said...

Nak tanya, dimana majlis ni dibuat dan bila? I nak join juga. Budak kecil umur 9 tahun boleh ikut ker bcoz my doughter minat sangat kat Stacy

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.