Saturday, August 8, 2009

NEED A LITTLE BIT RESPECT


AGNES MONICA - TERUSKANLAH .


( single terbaru... klik google dan cari lagu ni )
Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap Sama sekali..
Pernahkah kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri Kesempatan
Ku hidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa

Ada masanya kita rasa macam tak guna memberi teguran. Ada kalanya mcm diri ini X berguna bila kita menyuarakan sesuatu org tembak balik. Ada masanya macam tak guna kita bersuara, memang dah lumrah orang tidak suka ditegur, kenyataan selalunya pedih dan sukar diterima. Setiap orang berhujah yang masing2 betul, lalu siapa yang salah?. Mungkin rakan2 blog tak faham apa yang cuba saya suarakan kerana kata2 ini terlalu berlapik. Bagusnya kalau saya dilahirkan dengan perasaan sentap, yang kala orang buat hal sikit jer saya akan sentap. Org tulis sikit jer saya sentap. Ya, mungin kerana saya abang2...bukan adik2...so rasa sentap itu tidak ada dalam kamus hidup saya. Jika saya ada perasaan sentap, dah beratus kali dah sentap dek sikap org lain atau tulisan org lain. Walau bagaimanapun, saya juga manusia yang tidak sempurna. Rasa kesal dan sebal ada juga bertandang dalam benak. Tapi yg pasti, saya sangat berduka dgn semua ini dan hati terluka sangat.

Saya bukan orang yang tidak tahu menghargai orang, malah saya sangat peka dan sensitif dan melihat banyak perkara dari pelbagai sudut. Tentunya saya tahu menghargai setiap usaha orang. Saya juga bukan tidak pernah merasa bersalah dan meminta maaf, saya bukan berhati batu. Saya hanya utarakan perkara yang tak kena, dan sebagai peringatan untuk masa depan. Namun begitu, teguran saya dipulangkan kepada saya semula, walaupun saya hanya beri teguran. Lalu timbul segala persoalan dan rasanya ibarat saya diacukan beberapa pistol ditembak bertubi-tubi dan mati hidup, mati hidup berulang kali.

Saya hanya beri contoh yang 'Jika kita tahu kita ada RM5 sahaja, cukuplah kita beli sirap RM1 dan nasi campur ( seketul ikan goreng dan sejenis sayur ) RM4'. Ya betul...its nice kalau ada beberapa lauk yang sedap, tapi kalau kita hanya ada RM5...macam mana?. Betul, kita boleh minta pada orang, atau bodek kedai restoran tu beri lauk ayam seketul. Atau memang sedap kalau kita minta kawan sponsor telur dadar pula...tapi itukan meminta namanya?. Alasan yang kata kawan tu yang kata sanggup bayar exrta price tu betul la, tapi kalau kita tak cerita pada orang yang kita hanya ada lauk ikan dan sayur tapi teringin nak tambahan ayam goreng seketul, orang tak akan tiba2 datang offer nak tambahkan kita seketul ayam. YG SAYA MAKSUDKAN, JIKA KITA XDE WANG, JGN LA NAK BUAT ITU DAN INI,LALU MENYUSAHKAN ORG LAIN ATAU MEMAKSA ORG LAIN NAK ADAKAN ATAU SPONSOR BENDA TU. YG KENA UNGKIT BUKAN KAMU...YG TERASA BUKAN KAMU...TAPI SAYA SEBAGAI KETUA YG TERASA BILA ORG SEBUT BEBERAPA KALI WALAUPUN DIA X BERMAKSUD MENGUNGKIT, TAPI FOR ME...KALAU DIA SEBUT TU DAH BERERTI DIA NAK ORG LAIN TAU.

Saya pun tahu marah juga. Memang saya ni cool dan selalu smile dan ceria, tapi saya sebenarnya Bomb Timer yang bisa meletup pada bila2 masa. Maklumlah, saya manusia, bukan Dewa atau Angel. Saya tahu menghormati orang lain. Janganlah pertikaikan keputusan saya. Saya membuat keputusan bukan sebab hal2 berbangkit. Saya bukan banyak bercakap sahaja tapi X buat, saya memang perlu banyak bercakap dan memberi arahan. Walaupun saya sepatutnya X perlu buat kerja dan sekadar beri arahan sahaja, tetapi saya buat kerja juga. Kadang rasa terkilan juga bila kengkawan tanya "kos Mengapa U yg angkat kerusi meja? kemas barang, buang sampah? bukankah U ketua?". Apa yg saya nak jawab? Sebagai ketua saya X pernah letak diri saya di atas, malah meletakkan diri saya kat tahap yg paling bawah, itu pun org masih X sedar. Tidak mengapalah. My life very simple dan saya anggap kalau nak dengar cakap saya ( kerana saya tahu benda luar dlm bidang hiburan ni ) dengarlah. Kalau X nak dengar X apa lah, bottom line saya tahu apa yg saya buat. Rumah tu saya yg bina berseorangan, mana mungkin saya bodoh sangat nak buat keputusan itu ini kalau akibatnya nanti akan merobohkan rumah itu kelak.
Masa buat speech saya cakap jgn bergaduh sesama Department, tapi ada org pula andaikan yg saya terlepas cakap dan tak patut cakap mcm tu. Salah ker saya bagi teguran yg boleh menyatukan semua Department? Saya maksud jgn bergaduh, kutuk mengutuk antara Front Office Department, Housekeeping Department, Security Department dan Restaurant Department. Xkan X faham? Dah tu saya bagi contoh lagi yg sesama artis baru harus kerjasama, mereka X bergaduh...mengapa antara Department pula terlebih nak gaduh? ( MAKSUDNYA JGN GADUH FC DGN FC YG LAIN...MARI BERSATU DEMI ARTIS MASING2....FAHAM!!!!) Saya juga bagi contoh Kak Ifa Raziah dan artis 80an yg lain saling bantu membantu kalau sorang kena offer nyanyi tapi ada shooting drama, org tu akan rekomen kawannya penyanyi sorang lagi. Tu pun X faham ker? itulah saya kata...kita tegur lain, mereka maksudkan lain. Susahlah kalau mcm tu, lalu saya juga yg jadi mangsa...tak mengapalah kalau saya juga yg dipersalahkan...asalkan korang semua happy dan puas hati, cukup.






5 comments:

LIZA WORLD said...

Ni mesti hal kerja dan staff yg buat karenah. Sabar jer la ya,U baru lagi kan, nanti mereka faham lah dan respect kat U bila sedar apa yg U buat selama ini utk mereka dan syarikat juga

MY HEART & MY SOUL said...

X faham lah, tapi mesti pasal erja baru tu...kan? Sabar ya bro, setiap tugas ada cabarannya. Bawa bincang, kalau ada juga staff yg degil juga,ambil lah tindakan.

Heartless Devilish said...

aku paham sket kesah nie..
susah nak puaskan hati sumer orang la kos...

Anonymous said...

Sack out jer staff u yg banyak masalah, ramai lagi org nak kerja

rizz said...

emm cian kat abg kos....

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.