Saturday, August 29, 2009

AWAS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ini bukanlah satu amaran, cuma satu peringatan pada seseorang atau pada teman-teman yang lain. Bukan bermaksud untuk mengajar, tetapi saja berpesan-pesan dan yang pastinya ditujukan pada diri sendiri itu yang paling utama. Sekali lagi bunyinya suspen tetapi sebenarnya hanya sebuah kisah tentang keadaan sekarang yang celaru dan haru-biru dek kehadiran H1N1. Dalam keadaan kerajaan terutamanya pihak kementerian kesihatan menyarankan agar kita mengelak dari tempat tumpuan ramai, tetapi dalam suasana puasa inilah kita ingkari semuanya. Sibuk bershopping di pusat beli-belah, berpusu-pusu ke Baazar Ramadhan.
********************
Mungkin sudah sikap kita warga kota yang malas memasak dan tidak ambil endah tentang penyakit H1N1 ini. Bayangkan kalau saja antara kalangan pengunjung Bazaar tersebut menghidap H1N1?. Atau cuba bayangkan kalau sipenjual semalam sihat tetapi hari ini menghidap H1N1?. Baazar Ramadhan yang meletihkan dan membuat jalan sesak disana-sini. Parking sesuka hati dibahu jalan. Kalau alasan tidak ada masa atau tidak sempat masak...tetapi berlegar sejam dua di Baazar boleh. Sejam dua tu belum dicampur dgn perjalanan pergi dan balik dari Baazar, kalau dihitung kesemuanya boleh cecah 4-5 jam, masak 12 jenis laukpun boleh dengan siap tanak nasi dan lemangpun kiranya siap dah. Ada yg siap Tawaf dua tiga kali padahal benda yang sama walau dia round banyak kali pun. Aku kalau nak ke Bazaarpun dulu...siap fikir...hari ni nak beli Cendol...jagung rebus dan kuih gula melaka dan for sure aku hanya aiming benda tu ...beli dan beredar. Tak nak susahkan orang, tak nak sesakkan jalan. Kalau pun kebetulan nampak ada ayam percik, belilah...namun berpusing berkali-kali tidak sesekali. Bukan semua makanan tu bersih cara penyediaannya tahu tak?. Kita tidak tahu apa terjadi di rumah dan di dalam perjalanan menghantar makanan tu. Ada juga pernah terbeli kuih basi, lauk basi. Ayam ...jagung panggang dan kedudukan Bazaar ditepi jalan memungkinkan lalat dan habuk menyapa makanan terlebih dulu dari kita.
********************
Sebenarnya bukan sahaja sebab Ramadhan, tetapi sejak H1N1 melanda, saya jarang makan kat luar. Rasa lebih selamat makan makanan masakan sendiri. Tidak ada alasan tak pandai memasak kerana segalanya kini mudah...nak makan Tom Yam...beli jer Maggi Tom Yam Paste. Nak Masak merah pun ada...nasi gorengpun ada. Aku memang selalu masak kat rumah kecuali benar2 ada janji dgn kawan. Bukan soal kedekut atau nak jimat, tetapi soal kebersihan dan kepuasan hati. Kat luar tu banyak sangat guna Monosodium Glumate atau org lebih mudah ingat Ajinamoto. Benda ni bubuh banyak memang menyedapkan makanan tetapi kidne cepat rosak dan seseorang akn mudah mengalami keguguran rambut. Kalau soal gula jangan cakaplah, terutama masakan stail pantai timur...serteba-serebi manis. Manis ni pun tak baik. Kalau soal masin pula janganlah cakap. Itu tak kira lagi jumlah kalestrol yang terkandung pada makanan. Itulah baiknya bila kita memasak sendiri...kita tahu kawal gula, garam dan Monosodium Glumate didalam makanan kita dan yang paling penting, kita tahu nilai gizi yang kita makan.
*********************
Aku sendiri suka makan lauk simple...ada ikan bakar atau ikan goreng ...cicah kicap yg diperah dengan limau dan cili padi...cukup dah dan ada sayur atau kuah sup. My junior si Ernesto juga ikut stail aku. Dia kalau makan mesti nak ada kicap, tak kisahlah makan nasi dengan ikan ker...dengan telur goreng ker...mesti nak kicap. Pernah bawa dia makan kat restoran besar, dia tolak makanan lain dan minta kicap, hmm....
MAKAN SIMPLE JER TAPI KALAU NASI PANAS, IKAN PULA BARU DIBAKAR, HMM...

MERONTA DAN BUAT HAL KERANA NAK KICAP JUGA

3 comments:

||| PöJìé PööH ||| said...

Xpelah Abg Kos..
bersederhanalah kamu, kelak mendapat keberkatan...

P/S: Jom buka pose sesama..

MY HEART & MY SOUL said...

I X pandai masak...tapi memang elakkan diri ke Bazaar atau ke masjid India tu...sesak sangat, mcmlah kat situ aje ada jual baju, org kita ni pelik sangat...padahl apa yg dijual kat Jln Masjid India tu, kat pasar mlm dan lain2 tempat pun ada, nak juga berpusu ke sana

LIZA WORLD said...

Kadang ke Bazaar tu seronok tengok suasananya, cuma tahun ni elak pergi sebab H1N1 ni lah. kalau shopping pula memang X suka ke Jln Masjid India...hiruk-pikuk, jam bau dan mcm2 lagi

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.