Sunday, May 3, 2009

AJAI MENCARI JUSTIN TIMBERLAKE MALAYSIA



Ramai yg sedia maklum tentang program MENTOR yg bersiaran di TV3 setiap ahad 9pm. Untuk musim ke3 ini, saingan amat sengit sekali. Selain Jac, Awie juga menjadi Mentor untuk kali ini dan pasti sekali ada peminat Jac atau awie yang mengundi bukan disebabkan Protege mereka, tetapi kerana mereka minat pada kedua-dua penyanyi tersebut. Namun begitu, Chaq sangat bertuah sekali kerana dipilih oleh Ajai yang kita semua sedia maklum yg beliau ini seorang yang sangat2 cerewet. Kiranya Chaq benar2 bertuah kerana Ajai pasti tak akan membiarkan anak didiknya tanpa lagu baru kelak samada Chaq menang ataupun tidak. Lebih2 lagi Ajai memiliki syarikar rakaman sendiri. Berbalik pada persembahan pengenalan semalam, sambutan begitu meriah sekali terutama Chaq yang menang sorak dan jeritan tak henti2 sepanjang dia berada di pentas. Namun begitu, semasa dia diinterview di belakang pentas, sorakan masih kuat dan panas. Syabas pada para penyokong Chaq. Kalau ada masa, layanlah Website atau Blog CUZ @ Chaq Ultimate Zone.
INI BARU SEBAHAGIAN DARI PENYOKONG CHAQ
PADA TEMAN2, JANGAN LUPA VOTE YA
WAJAH2 CERIA STACY'S FRENZ
WAH...MRS.X SIAP BERHOYEH-HOYEH
CHAQ TERSENYUM GIRANG MELIHAT PARA PENYOKONGNYA
NAH...INILAH BAKAT YG BELUM ADA DI MALAYSIA
PENTAS MENTOR 3 CANTIK SEKALI

Samada percaturan Ajai mencari Justin Timberlake menjadi atau tidak, semuanya terserah pada takdir dan kemudian pengundi. Tapi seperti yang saya katakan, Chaq akan muncul juga dengan lagunya sendiri kelak. Mana ada artis lelaki yang boleh menyanyi dan menari di Malaysia saat ini. Yang ada ramai menyanyi malas, tegak atau setakat tangan ke kiri kanan. Kalau lagu rancak pula, harap back up dancer saja yang menari, tetapi penyanyinya tidak menari. Sudah sampai masanya kita lari dari lagu yang meleleh dan mendayu-dayu...melelh dan cengeng...kecewqa merana...huh...letih dengar. Semuanya stereotype, tidak ada kelainan abntara penyanyi lelaki lain dgn imej lagu slow milo ( mylo ). Sepatutnya penyanyi lelaki kita mencipta imej lagu berbeza atau tersendiri, baru penanpilan mereka diingati dan menjadi sejarah biar mereka muncul sekejap saja...tetapi kesannya berpanjangan dan mencipta rekod kerana kelainan yang ditampilkan.

13 comments:

LIZA WORLD said...

Tak busy ker nak support Mentor pula? hm...kalau saya letih. Salute dgn energy awak dan group

chumichugus said...

kos..aku nk ikut gk..

MY HEART & MY SOUL said...

Wah, support abg Stacy pulak ya bro. Nak ikut juga...boleh?

Kos Serani said...

LIZA, adoi...saya busy sangat, manada X busy, tapi demi Stacy dan semangat kekeluargaan Stacy's Frenz...kami gagahkan juga, walau letih.

CHUMI...kalau nak pegi jom la next week...kat Shah Alam jer, nanti saya sediakan tiket. Ada number saya...kan? kalau Xde, tengok kat MAP restoran saya di tepi ni.

MY HERAT, mesti sokong...Stacy punya hal...abg dia pun sebahagian dari dia. Jom la kalau nak pegi...ada number saya kat tepi blog ni...apa2 sms or call jer ya

rizz said...

congrat chaq heheheh best pal tgok die menari smlm abg kos ngee

Kos Serani said...

RIZZ, next week jom pi join kami...syok tengok live tau, u can feel the beat

Heartless Devilish said...

sonok sgt tgk chaq masok mentor..
muekekeke... sanggup tgu depan tv semata-mata nak tgk chaq...

NieZearm said...

makin bz la lepas ni.. :)

Anonymous said...

BEWARE!!!!
CHAQ CAN BE OVEROLL DROP JATUH GEDEBUK..HE'S BEST BUT..AJAI CAN 'DESTROY" HIM BCOZ...ALL O U KNEW THAT RAMAI YANG ANTI AJAI...OK...A N T I A J A I!!!!
SO.....LU FKR LA SNDIRI

chimera said...

kos... wahhh... baru ni ada masuk tv kan, komen pasal budak yg sape ntah nama dia tu yg nyanyi lagu 60an duet dgn jefri din.... huhu...

Kos Serani said...

REEN, Chaq memang bagus dalam tarian tetapi dia pun ada vokal yg bagus, cuma nasib dia kita tak tau lagi.

BRO NIEZARM, wahhhh! LAMA x CHATTING DGN BRO. yUP, TAMBAH BUSY LAGI LA NANTI SAYA HEH HEH HEH.

CHIME, Yup...saya menolak masa tu, tapi wartawan TV3 tu nak juga interview heh heh heh

Kos Serani said...

ANON, ada betulnya kata awak tu, masa kat live tu pun ada yg jumpa saya dan kata ramai yg anti ajai...thanx atas peringatan ya

pEdo29 said...

wow....CHAQ masuk MENTOR...hows B.A.D Boyz.....erm..nway, satu langkah yg bijak for CHAQ....Go ChaQ..Go ChaQ..Go ChaQ....IDUP SABAHANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN...

p.s-> Master Kos..gua nak join la bro...nak sgt2...but tis weekend 16 Mei 2009, ELLA ada kt KUANTAN...agak2 sempat kerk tu nak join u olz?...
KEEP ON ROCKIN bro..

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.