Persembahan kedua Chaq, dia menyanyikan lagu dendangan kumpulan Kerispatih ' BILA RASAKU INI RASAMU'. Ajai memerlukan 3 orang pelakon untuk menjayakan persembahan ala-ala Video Klip 'live' ini. Selain saya dan Chaq, Liana Jasmy dan Kefli AF2 terpilih berlakon sama. Kisah bermula bila Chaq menelefon GF nya untuk ajak keluar makan malam. GFnya menyatakan dia tak sihat dan berehat di rumah ketika itu. Oleh kerana Chaq telah ada di area Cafe, dia bercadang hendak makan seorang. Tiba-tiba sedang nak duduk dia ternampak GFnya sedang minum dengan seorang lelaki lain. Hancur luluh hatinya. watak saya pula sebagai waiter memberikan Menu kepada Chaq. Mamat ni ambil menu membelek dengan kepala kosong lalu memulungkan menu tanpa berpaling pada saya. Saya merasa pelik, lalu memandang kearah Chaq ...kemuduan ke arah meja GFnya...lalu berkata...dengan kebingungan..."Erm...whatever..." lalu blah. Heh...heh ...heh...sebenarnya susah berlakon tanpa dialog ni. kalau ada dialog, atleast orang boleh faham jalan cerita, lalu gaya dan memek muka kitalah penterjemah kisah drama tersebut.
Selepas show, kami beramai-ramai chill-out kat cafe Waikiki yg kebetulan dekat dengan hotel penginapan peserta Mentor. Lepak lah kami dgn Chaq...sesekali protege lain seperti Black, Thye dan Sani muncul sekejap.