Tugasan kali ini sangat mencabar. Bukan hanya kerana aku tidak mahir tentang hiasan pelamin, malah tidak tahu tempat yang kami pergi sebenarnya. Aku kalau hal2 Interior Design ni memanglah kira expert, tapi kalau hiasan untuk pentas apalagi pengantin, memang kurang. Seingat aku, pernah hiaskan bilik pengantin, katil, dan meja beradab sepupu kawan sahaja. Itu pun demi kawan. Kali ini majlis Perkahwinan kaum India, di dewan yang besar dan Pelamin yg besar, kiranya ini Majlis Gala, keluarga yg berada. Bayangkanlah bunga-bunga yg digunakan untuk menghias pelamin dan dewan, semuanya Fresh Flower hampir RM3 ribu utk bunga sahaja. Aku dan kengkawan bertolak ke Batang Berjuntai 10pm dan setelah melalui jalan sempit dan berbukit dan curam, selamat juga sampai hampir 12 tengah malam. Hias menghias bermula hingga lah 7am, dapat juga rehat dua jam lebih lalu 9am balik ke KL dan terus ikut rombongan Stacy's Frenz berkelah ke Air Terjun Sg.Gabai.
Mula-mula bunga diasingkan mengikut kumpulan sebelum digubah.
Flower Stand yg masih kosong sebelum dihias
Mula-mula Daun-daun disusun diikuti juntaian bunga melingkar
Barulah dicucuk bunga here and there mengikut keseimbangan dan ada bucu dan mercunya
Tara....dah siap, tapi sebenarnya ada 14 Flower Stand semuanya
Inilah rupanya Pelamin yg masih kosong sebelum dihias dengan gubahan bunga