Sesuai dengan namanya The Food Factory, ianya bukan sahaja menghidangkan pelbagai juadah yang sedap dan lazat, malah membuat kita rasa teruja dengan suasana restoran berkonsepkan 'Naked Kitchen' atau Dapur Terbuka ini boleh memuatkan jumlah pengunjung 1,300 orang dalam satu masa. Menariknya, kita boleh melihat sendiri bagaimana cara makanan itu disediakan.
Restoran ini memiliki beberapa alatan memasak Gergasi antaranya Mesin Pancake, Mesin Pizza dan mesin untuk membuat Mee serta Nasi Goreng yang mana mesin ini dibuat di Hong Kong. Kanal-kanak pastinya teruja melihat Pancake yang berbentuk comel. Difahamkan mesin Pancake ini boleh menghasilkan 200 keping Pancake dalam jangka masa 30 minit. Untuk menghasilkan Pancake sebanyak 2,000 keping, memerlukan 7.2kg tepung, 13 biji telur, dan 7.2 liter susu. Disamping itu, untuk resepi Mee Goreng pula, memerlukan 88kg mee rebus, 10kg hitisan ayam, 16kg udang, 150 telur, 16kg sayur sawi, 10kg lobak, 5kg cendawan dan 20kg taugeh.
Selalunya The Food Factory dibuka khas untuk Buffet Breakfast sahaja tetapi untuk musim cuti sekolah ini, ianya akan dibuka sewaktu tengahari untuk Buffet Lunch. Untuk segala pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 03-2718 1118 atau layari website www.rwgenting.com
No comments:
Post a Comment