Monday, March 21, 2016

MEN'S FASHION RUNWAY KUALA LUMPUR ... PENTAS PERAGAAN LELAKI DAN MEDAN HIMPUNAN REKAAN PAKAIAN LELAKI JUGA MODEL-MODEL LELAKI

 Men's Fashion Runway telah ditubuhkan pada tahun 2012 oleh Shaun Model Management. MFR atau Pentas Peragaan Lelaki ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan pada Pereka Fesyen yang menghasilkan rekaan busana atau pakaian lelaki. Disamping itu ianya juga memberi peluang pada Peragawan lelaki beraksi dipentas besar khas untuk lelaki. Idea Men's Fashion Runway ini ditubuhkan adalah kerana kurangnya peluang fesyen show untuk rekaan pakaian lelaki dan kurangnya peluang Peragawan lelaki muncul dipentas peragaan kerana kebanyakkan pertunjukkan fesyen lebih menumpukan pada rekaan busana wanita dan memberi peluang pada Peragawati sahaja. Men's Fashion  Runway buat julung-julung kalinya telah diadakan di Black Box Publika pada tahun 2012. Untuk edisi pertama ini  ( MFR 2012 ) seramai 6 orang Pereka Fesyen yang menghasilkan lebih pada Busana Lelaki telah terlibat, antaranya Salikin Sidek, Adnan Hasan, Fairuz Ramdan, Azizi & Kos Serani. Selain menampilkan 6 orang Pereka Fesyen, untuk MFR 2012 ini menampilkan 16 orang Peragawan. Walaupun baru pertama kali diadakan, tetapi sambutan dari penonton, penggiat seni, penggiat fesyen dan para wartawan sangat menggalakkan.
 ANTARA KISAH MENGENAI MFR 2012 YANG DISIARKAN DALAM AKHBAR THE STAR
 Untuk MFR 2013 pula, ianya telah diadakan di Roof Top, Lot 10 Bukit Bintang. Sambutan untuk musim kedua ini sungguh menggalakkan dengan penglibatan 5 Pereka Fesyen tempatan. Edisi ketiga pula iaitu MFR 2014 telah diadakan di Frangipani Club, Jalan Alor bukit Bintang. Untuk edisi ketiga ini, menampilkan empat orang Pereka Fesyen muda yang menampilkan rekaan lebih berani. Menurut orang kuat MFR iaitu saudara Shaun Salim, untuk MFR 2016 akan lebih besar dan meriah. Selain menampilkan pelbagai jenis rekaan busana lelaki, akan ada persembahan artis dan ada acara Red Carpet. Selain itu, selepas berakhirnya pertunjukkan fesyen, akan ada Post Party dimana para penggiat seni dan penggiat fesyen boleh beramah mesra dan bertukar idea. Gala Night #MFR2016 akan diadakan di Concord Hotel Kuala lumpur pada 28hb.May, 7pm tapi sebelum itu akan diadakan Preview MFR 2016 pada bulan April di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Untuk sesi pengenalan ini, akan ditampilkan sedikit rekaan dengan penampilan para Pereka Fesyen yang terlibat dan Para Penaja serta para Peragawan sambil menikmati minum petang bersama Media dan Bloggers.
 ANTARA KISAH MENGENAI MFR 2012 YANG TERSIAR DI AKHBAR KOSMO


 ANTARA REKAAN DAN MODEL-MODEL YANG TERLIBAT SEMASA MFR 2014
 SHOW TIME, MFR 2013 @ ROOF TOP, LOT 10 BUKIT BINTANG
 AMONG MODEL FOR MFR 2013 ( BACK STAGE )
 ANTARA BARISAN MODEL YANG TERPILIH MASA CASTING UNTUK MFR 2012
 REHEASEL TIME, MFR 2012 AT CONCORD HOTEL KUALA LUMPUR
 DURING FITTING TIME FOR SALIKIN SIDEK COLLECTION
BARISAN PEREKA FESYEN SEMASA MFR 2012 @ BLACK BOX PUBLIKA

SHOWTIME DURING MFR 2014 @ FRANGIPANI CLUB, JALAN ALOR BUKIT BINTANG

No comments:

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.